Be SCEPTICAL!!!

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar
Assalamualaikum warah matullah

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat- 49:6)

Alhamdulillah, diberi kesempatan dan kekuatan utk menulis sesuatu yang rasanya agak berat sedikit kali ini. Sebelum melangkah jauh, perlu diingatkan, ana ni umur setahun jagung aje. Jd salah silap dalam penulisan ni harap dapat ditegur, moga jd peringatan. Nk ckp lebeyh2 pun ilmu seciput jer. Tk sesuai benarlah utk bawak berdebat atau syarah panjang2.

Jadi hari ni sebenarnya in sya allah nk mengajak semua yg membaca ni utk melihat satu perkara yang makin common dalam dunia IT/tenet sekarang ni…yakni forward mengforward msg.byklah sangat yang dimsg2 sampaikan kalau inbox tuh penuh dengan tanda FWD: aje. Tk cukup email, frenster pulak peginya, pastuh MSN pstuh tambah pulak lagik dengan YM dan segala blog atau apa2 site sahajalah yang boleh dipostkan msg tu.punyalah hebat gejala forwarded2 nih berlansung. haaa, jgn silap paham dulu. Tklah ckp gejala ni tk sehat..Sabaq naa, abehkan baca dulu, baru paham apa yang nak ana sampaikan.

Kadang2 atau selalunya lah, sewaktu mengforward ni, kite akan ada perasaan yang meluap2 nk sebarkan tanpa kita sedari apa yang sebenarnya kita forward tu TAK BETUL. Lebih parah lagik kalau sampai boleh rosakkan aqidah (dasat kan?kan?).


Mcm mane plak yer cik uwa, sampai boleh rosakkan aqidah?

Utk jawap soalan tu, cuba kita teliti msg2 berikut( ini adalah cth sahaja, tk berkaitan dengan mana2 pihak ye):

Message 1

Berzikirlah dengan menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, Allahukbar. Moga hari mu sentiasa diredhai dan jiwamu tenang selalu.Ameen

Message 2

Lailahaillallah muhammadar rasulullah. Send this to 7 people and in sha allah all your problem will gone within 3 hours

Message 3

http://www.thetruecall.com/home/modules.php?name=News&file=article&sid=185 --> The concept of God in Islam and Hinduism. An Inter-Religious Dialogue between Dr Zakir Naik (Islamic Search Foundation) and Sri Sri Ravishankar (art of living).

Message 4

EXPLORE THE LIGHT OF PHROPHET MUHAMMAD (pbuh)
DATE: Saturday 1st April 2006
TIME: 7-9:00 pm
VENUE: Gandhi Hall, 145 New North Road, Eden Terrace, AUCKLAND
SPEAKERS: Mr Yahya Ibrahim (Australia) and Dr. Fethi Ahmed (NZ) ORGANIZER: Al-Manar Trust in cooperations with FIANZ
ADMISSION: FREE

Message 5

Open Microsoft Word and do the following: 1. Type in capitals Q33 NY. This is the flight number of the first plane to hit one of the Twin Towers. 2. Highlight the Q33 NY. 3. Change the font size to 48. 4. Change the actual font to the WINGDINGS What do you think now?!! (try it......Allahu Akhbar)>>try

Okeyh..cukup la kot tuh setakat 5 case study. Banyak2 nanti pening plak. So skang ni kite teliti balik yer. Macam msg 1 tuh, tkde apa salahnya. Bagus la tuh, dia ajak korang semua zikir, dengan tasbih tahmid dan takbir. Siap die doakan lagik, supaya kita sentiasa dalam redhanya, ni kawan yang bagus nih. Zikir tu kan tenangkan hati, yer la kan..ingat Allah..in sya allah lah tenang. (sila rujuk surah ar-ra’d – 13:28) so msg forward pertama  LULUS ujian.

Tgk yang Message 2. yang ni bahaya cik. Cuba cik tgk, mmg la die ajak kita sebut bahwa nya “Tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah”..itu betul, tp atas tiket apakah digunakan utk kata yang kalau cik send tuh kat 7 orang , cik punye problem akan settle? Astagfirullah, msg camni yang ramai orang suke forward termasuk lah kat ana. Bahaya kawan2. soal rezeki, mudharat, manfaat dan seumpama dengannya hanyalah pada Allah layaknya.bukan kita yg menentukannya. (rujuk saba’- 34:24, al-fath- 48:11). Jangan sampai kerana percaya dengan msg2 seperti ini aqidah kita terpesong. Kerana apa? Kita secara tidak sengaja telah mengakui yang dengan menghantar msg itu masalah kita akan selesai. Wa nauzubillahi min dzalik. Ingatlah, syahadah boleh terbatal hatta kerana perkara sekecik2 ini yang kita tk sedari. Berhati2lah. Jd, msg kedua  GAGAL.

Msg 3 ngan 4 nih jarang orang kasik dekat frenster atau email tp orang suke kasik thro chat2 cam YM atau MSN. Yang ni tkde ape pun, mcm yang 3 tuh die kasik link, suruh orang pi tgk. (mcm ana lah kan, suke kasik link kat korang). Yang ni tk timbul masalah as long as link tuh bersesuaian. Means selagi tk langgar syariat, bagus la forward link2 mcm tu kat orang. Kita ni mana la ada masa banyak sgt nk pi explore abeh seluruh tenet tuh. Jd bila ada link2 yang menarik, di share bersama, mudah lah sket keje.info pun banyak. Jd teruskanlah fwd link2 tuh . yg 4 plak pemberitahuan. Ni jarang org fwd sbb bkn slalu ada function. Msg2 ni pun mcm yang 3 tuh td, tkde masalah selagi tk langgar syariat eventnyer. So dua2 msg ni  LULUS

Haaa..yang last ni menarik sket. Yang ni agak panjang la kene hurai sebab kene bawak mai skali cth2 msg2 fwd yang FEMES serantau tenet…supaya korang mengerti apa yang cuba nk disampaikan. Kalo cam msg5 tu kan, kalo orang baca kan, ada yg akan ckp: “uish..betulla..ade gambo dua menara..siapa ada logo2 lagik.ish2 ” … tkpun dia cakap “allahuakbar!!! Kene forward nih kat orang. Betulla.takjubnyer saya”. Ni nasihat ikhlas tulus dari jiwa ana yg dh lama mengkaji mende nih2. kalau msg mcm tu, len kali selidik dulu cik. Betul ke…ape buktinya, mana sumbernya.. betul ke kapal terbang Q33NY tuh yang langgar.. jawapannya:

http://en.wikipedia.org/wiki/Q33_NY
http://www.google.co.nz/search?hl=en&q=q33+ny&btnG=Google+Search&meta=

mende2 nih Hoax aje. Kite pun tatau lah siapa yang buat keje2 nih, sama ada pro muslim atau pro yahudi sbb msg nyer boleh di interpret dalam banyak bentuk. Tp again, mende2 mcm ni yang selalu orang islam silap. Jarang yang check. Kita tkleyh nk harapkan mende2 camni buatkan orang tertarik dengan islam. Biarlah orang tertarik pada islam kerana KEINDAHAN nya, KEBENARAN nya, KESYUMULAN nya bukan kerana perkara remeh temeh seperti ini yang selalu dimanipulasikan pihak2 tertentu.

Orang2 kafir mentertawakan kita ummat islam yang menggunakan isu2 murahan seperti ini utk buktikan agama kita betul. Ana kalo ada masa tu baca jugak la apa opinion diorang pd muslim n kadang2 apa yang disuarakan mereka adalah reality yang menyakitkan tp benar belaka! Sama jugaklah kesnya dengan gambar2 keajaiban dan kuasa allah mcm nama allah pada ikan etc. masya allah, itu semua bukti kekuasaan allah yang seharusnya kita selaku ummat islam amik iktibar. Allah dah kata bukti2 tu hanya ada pada org yang berfikir (rujuk yunus- 10:24) bukan guna utk jadikan asas utama utk convince kan kafir2.(kalau bahan tambahan tu ok lah). Mcm kita beli rumah lah kan. Kita nk masuk umah tuh, umah yang cantik, kemas, teliti dan halus pertukangannya. Bukan nk beli umah sebab iklan kat TV3 ckp umah tu best. Iklan tu bahan tambahan aje yang nk kata betapa bestnyer umah tu, tp still orang tu yang perlu tahu bahawa umah tu betul2 best and PALING SESUAI utk dia dok situ sampai bila2.

Ana still ingat lagi kes2 surat berantai lah..surat dari imam masjidil haram lah.. kisah kiamat nk datang taun 2005 dulu kot (sebab ada dua gerhana. Tk kiamat pun). Cerita ttg paderi lah..cerita ttg kisah asal usul itu, asal usul ini. Mende macam tu pun kene check pasal ramai berhujjah tak guna hadith yang sahih martabatnya. Banyak yang maudu’ (palsu) atau dhaif.ini yang perlu diubah.

Checklah balik kalau ada msg2 seumpama dengannya. Kita kene banyak membaca and ada sikap skeptical supaya kita tahu bezakan mana satu yang kite boleh terima and forward balik kat orang and yang mana satu kite leyh letak kat trash aje. Jangan aci send aje kat orang sampai kalau orang tanye kite pun tatau ape yang kite send. Yer lah, dah banyak sangat send msg kan. Sikap ni kene ubah. Skang BE SCEPTICAL. Kalau ada msg2 tk sahih tuh, rujuk pd yang lebih arif, baca banyak lg source utk compare.

Oklah, ana rasa cukup dulu lah kot. Panjang sangat plak nk baca.penat karang. Salah silap ana mintak maaf la banyak2. ini bukan nak hentam sape2..tak aih.ini PERINGATAN utk semua supaya lebih hati2 time akan datang.

Wallahu’alam
Wassalam

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment