Bismillah walhamdulillah wallahuakbar
Assalamualaikum warah matullah
Alhamdulillah, jejak juga ke tahun 1427H. Muharram yg penuh bermakna. Just a short entry kali ni...in sya Allah
Ini bukan kali pertama ana menulis ke akhbar tempatan. Ada yang tersiar, ada yang tidak. Cuma kali ini bila ada, agak mengejutkan. Selalunya kalau ditulis bersentimenkan agama ni kadang2 payah nk lepas.Kalau lepas pn dah kene cut2. semua sedia maklum. :) Lebih2 lg sewaktu ana menulis surat sokongan atas tindakan MAIWP menubuhkan skuad sukarelawan baru-baru ini. Natijahnya?? Mmg tak disiarkan secara online (wallahua'lam kalau ada dalam akhbar biasa)
Edited Version
Yang ini boleh dibaca secara online. Diasiarkan pada 8 Muharram/ 07 Februari. Rujuk link Forum Utusan
Surat Pertama
TINDAKAN akhbar Denmark, Jyllands-Posten yang mencetuskan kemarahan kepada 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia sewajarnya turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Isu sensitif ini tidak patut dipandang ringan.
Umat Islam Malaysia juga seharusnya menjadi penyokong utama tindakan negara-negara Islam lain dengan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada negara-negara yang terlibat kerana Malaysia sendiri memainkan peranan penting dalam OIC.
Memboikot barangan Denmark, Norway dan Perancis adalah langkah yang telah dimulakan negara-negara Islam yang lain. Ini akan menyebabkan kekurangan pilihan atau tiada lagi barangan tertentu, tapi apalah sangat barangan dari negara-negara ini jika dibandingkan dengan maruah agama Islam
Tp alhamdulillah la. macam kata kawan ana, at least point penting sampai kat situ.
Full Version
Assalamualaikum
Saudara Pengarang,
Tindakan akhbar dari Denmark, Jyllands-Posten yang telah mencetuskan kemarahan kepada 1.3 billion umat islam diseluruh dunia sewajarnya turut dirasai oleh rakyat Malaysia.
Walaupun tindakan akhbar tersebut di sokong meraka-mereka yang menganggap surat khabar wajar mendapat keterbukaan dalam menulis segala isu, namun isu sensitif umat Islam tidak patut dipandang ringan.
Imbas kembali beberapa minggu sejak kebelakangan ini. Umat Islam di Malaysia begitu sensitif ketika tindakan beberapa menteri kabenet bukan Islam mengemukakan memorendum untuk meminda akta 121(A) diikuti dengan beberapa kes berkaitan agama Islam di makhamah-mahkamah tempatan.
Melihat akan senario ini, umat Islam juga seharusnya menjadi penyokong utama tindakan negara-negara Islam lain dengan menyuarakan rasa tidak puas hati kepada negara-negara yang terlibat kerana Malaysia sendiri memainkan peranan penting dalam OIC. Tambahan pula, khabarnya di Denmark, puak-puak berhaluan kanan bakal mengadakan demonstrasi menyokong tindakan akhbar tersebut dengan memijak dan mengoyakkan Al-Quran! Wajarkah kita berdiam diri?
Memboikot barangan Denmark, Norway dan France adalah langkah yang telah dimulakan negara-negara Islam yang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kurangnya 'kesenangan' dalam gaya hidup hari ini tetapi apalah sangat barangan dari negara-negara ini jika dibandingkan dengan maruah Rasul junjungan tercinta, Muhammad s.a.w . Selaku umat islam, kita mesti turut merasa perit dan pedih luka yang ditoreh oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.
Sokongan dari badan kerajaan, badan bukan kerajaan dan seluruh umat islam di Malaysia bakal membuktikan kepada mereka, kita tidak akan tunduk pada kuasa asing yang sewenang-wenangnya mencalar maruah Islam
Kesimpulan
Apa yang ana nk share kat sini sebenarnya tindakan kita. Banyak lg nk ditulis tp in sya allah ana akan gabungkan dalam entry khas utk kes ini. Ada pengalaman berharga ana utk di share. in sya allah, doakan ana dapat menulisnya dengan sempurna.
Salam perjuangan
Wallahu'alam
Wassalam
Popular Posts
-
Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high com...
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...
-
Assalamualaikum wbt Biasa tak korang confuse dan pakai ayat-ayat mcm "pkl 1 petang karang kita jumpe tau" atau &...

No comments:
Post a Comment