Antara Toilet, Bedroom & Ruang Tamu

Bismilahhiramanirrahim
Assalamualaikum warah matullah

Segala puji buat tuhan yang mencipta sekalian alam.selawat dan salam buat Rasul junjungan tercinta, Muhammad s.a.w, para sahabat, para tabi’en, pejuang-pejuang islam serta seluruh umat muslimin dan muslimat sekaliannya.

Alhamdulillah, dengan inayah dan redha-Nya, kita masih berupaya menghirup udara segar (oxygen la tuh) milik Pencipta dengan kadar F.o.C..betapa pemurahnya Allah terhadap hamba2nya..cuba bayangkan kalo sekali sedut kite kene bayar seposen.. satu minit brape kali sedut…tk naye? Tp Allah Maha Bijaksana, tahu hambanya perlukan udara setiap masa..kasik free tp kite yg buat2 tk reti..gunakan utk perkara tk betoi..

Sebelum ana pegi jauh..ana nk minta maaf sangat2lah pada sekalian makhluk allah yang menjenguk blog ana nih tp dah macam berkubur.standard la kata kawan ana, nama pun student,kalo update selalu sangat dah jadik keje blogger sepenuh masa pula.(sebahagian tuh kata die eyh..ana tk kata pon..tp setuju jugak sebagai ‘mendefend’ diri.hehe).kepada yg tinggal msg..mahap yer kalau ana lambat reply..pada yg kasik email..jazakumullahu khairan jaza’..tk sempat lagik nk balas sampai skang.in sya allah ade rezki ana balas la yer..(jangan amik sebagai promise..tk berani nk janji2 nih)


Tk tahu lah apa sebab musabab nyer malam ni tergerak tangan ana nk menaip di keyboard ana yang dh jd external (keyboard ori kat laptop dh rosak..ana tumpahkan milk waktu buat keje berzaman yg silam..innalillah, sampai skang tk baik2kan lagik). Mungkin skang nih ‘lega’ sekejap pasal semua assgmnt n project dah settle.Mungkin jugak malam ni malam last ana nk settlekan semua mende sebelum berjuang habis2an sehingga ketitisan dakwat printer terakhir utk exam.(huhuhu..extreme bebeno bunyiknyer..) skang ni kan ramai yg tgh nk exam2..then macam2 lagik la.ana pun ngaku yang ana sejak beberapa bulan yg lepas berada dalam situasi busy yg susah nk dikatakan.yg effect nyer orang2 yg dekat ngan ana esp bebudak umah ana..(pan, roey n padie  special thanks utk support korang and n sowey jugak utk sebarang ke’bengongan’ selama nih..sampai silap2 kene pakai purdah kat umah eyh?? hihihih)sebbaik la depe nih paham2 belaka..so things goin smooth aa.bese la kan, zaman remaja..ade up n down nyer..

Kongsi sket ape yg dibaca dari sebuah buku(yg sampai skang tk abeh2 baca lagik) yang nama die “Kisah ra’biah Al-Adawiyah-Sufi wanita dan aroma cinta Ilahi” hasil karangan Abu ‘Ubaidillah Syariff

“Dalam psikologi Wanita dijelaskan bahawa pada masa remaja gadis yang sedang membesar tidak akan mencapai perkembangan yang maksimal tanpa menemui rintangan dan kesuakran, selama perjuangan menuju kearah kedewasaan dan kematangan peribadinya, itu pasti pernah menderita, berduka cita, terjatuh, luka-luka, kecewa dan kalah. Kejayaan dalam usaha individu yang matang adalah mampu memikul duka derita.Dan tidak ada seorang pun yang dapat merasakan pahit dan madunya derita kecuali orang yang pernah mengalaminya sendiri.”

“Ciri peribadi yang kuat adalah mampu menghadapi dan mengatasi kepedihan,ketegangan,kemalangan, kekalahan dan duka derita dengan rasa tawakkal dan ketekunan usaha, disertai dengan keberanian dan kemahuan yang besar utk mengatasi segala ujian hidup. Dengan begitu ia akan mampu mengambil manfaat dari semua pengalmannua utk mendewasakan diri utk lebih mematangkan dan menyempurnakan diri.Penjelasan demikian menggambarkan kehidupan yang dialami oleh Rabi’ah.”
Erm..paham? maknanya adat la tuh ade banyak masalah yer dak? Mengajar kite ape itu matured and camne nk handle masalah.nasehat utk bersama nih..ana pun sama aje.banyak aje problemyer…same jugak macam korang semua kan? Kan? Hehehe..jadik bersama2 lah kite muhasabah balik.

Oh yer..melalut kemain lagik…nk kongsi something nih..pada yang belom main ‘game’ nih boleh try kot nanti kat anak2 usrah mahupun anak2 buah masing2.waktu belajar bab tauhid fasal ke lapan jilid first, tajuk die kan “Kedamaian di kediaman” jadik ana pun nk la amik peluang utk aplikasikan game ni. Ari tuh ana bahagikan kepada 3 group.group toilet, ruang tamu dan bilik tidur.kes study nyer macam ni:


“manager rumah anda nk buat satu rumah panjang khas utk anda.tp anda diberi choice utk pilih 2 bilik sahaja.means, anda kene pertahankan bilik anda dan pilih satu lagik bilik utk dimasukkan kedalam rumah panjang tuh.sila beri alas an yang kukuh”

Mcm simple kan? Tp tau ape jadi? Kalah debat parlimen.maka bila diberikan peluang utk ketengahkan hujah masing2..ape lagik..semua pun dengan lantangnya kasik sebab kenapa nk jugak bilik diorang kat umah panjang tuh.group first menamakan diri mereka TOILET.. dengan hujah2 yg melibatkan hygiene, kebersihan dalam islam, system sanitary dan medical perspective, hujah depe mmg susah nk di tolak..dan kump ni memilih utk mengambil ‘bilik tidur’ sebagai rakan kongsi.

Kump kedua, yang menamakan diri mereka “SLEEPY HEAD” yg mewakili bilik tidur..amatlah gembira sekali kerana dh ade rakan kongsi, dan depe pun mmg pilih toilet sebagai partner mereka.berbekalkan bantal sebagai mascot dan logo baby tgh tidur, maka keluarkan aura2 ultraungu kenapa perlunya ada bilik tidur dan tk perlu ada ruang tamu.soal2 seperti senang nk asingkan muhrim n tk muhrim, lelaki ngan pompuan senang nk asingkan (laki tido masjid, pmpuan itdo bilik) dan boleh buat macam2 kat bilik tidur. Kump ni agak selesa kerana mendapat sokongan padu dari TOILET.

Bila turn kump ketiga masuk gelanggang, bilik tmpt buat usrah jadik panas, dengan nama ‘WANNA J” (ops,ana tkleyh btau maksud tersirat die.bahya!!) siap ade icon lagik.kump ni merasakan mereka teraniaya kerana mereka memilih toilet sedangkan pakatan TOILET dan SLEEPY HeAd meyebabkan mereka teserpit. Dengan hujah lantang seperti ruang tamu boleh jd muti-purpose, senang nk ajak office mate makan2 dan paling kukuh..satu soklan yang susah nk dijawab oleh kump lain termasuk manager sendiri (ana la tuh) iaitu “Kite buat usrah ktner?? RUANG TAMU kan???” .
Selepas tuh ade la sesi pergulungan yang mmg masing2 tetap nk menang.(adat debat la kan) ape yg ana nk share kat sini sebenarnya betapa sebenarnya setiap komponen kat umah uth penting dan ada fungsi2nya yg tersendiri. Kalau dh tkde choice sangat, sbeenarnya boleh aje combine bilik tidur dan ruang tamu tuh jadi satu ruang.mcm ni, ruang tamu tuh bubuh divider spt almari ke.. tirai ke utk jadikan ade dua ruang.jd settle kes..:)

Yg plg penting, betapa kediaman mampu mengingatkan kita akan kebesaran Allah dan kediaman kita sebagai perantaraan yg boleh membuat kan tauhid kita semakin kukuh.cuba renungkan betapa Allah Maha Agung, Pemurah dan Bijaksana yang memberikan kita tempat tinggal..(rujuk an-nahl:80) .Dan Kalau Allah mahu, macam2 perkara boleh diadakan utk menjadikan kediaman kita sebagai satu tmpt yang tk sesuai utk kita diami.segala peralatan…bahan2 semua kita dapati secara percuma (dari sumber asas la..kalau beli kat kedai kene bayar eyh).. rujuk surah yg sama dan ayat yg sama.bumi pula sebagai tmpt yg sesuai utk buat tmpt tinggal (al-mukmin:64)

Jadi, hikmah yang nyata dalam penciptaan bumi ialah supaya ia menjadi tmpt tinggal yg tenang dan damai, bukannya tmpt yg punah ranah.Ia menjadi saksi bahawa ia adalah daripada perbuatan Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Mengasihani.

Sebelum ana mengundur diri, teknik game ni sangat la sesuai kalau dibuat time2 exam and time2 mengantuk..tk caye try ler..hehe..

Ana pohon keampunan dari Allah dan entum semua atas segala salah silap ana. Doakan kejayaan kita bersama in sya allah.ameen.wallhua’lam

wassalam

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment