marhaban ya Ramadhan!!!

Assalamualaikum warahmatullah....

sedar tk sedar....dlm beberapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan paling mulia dalam Islam... Marhaban ya Ramadhan al-Mubarak.Sudah sepatutnya la kite bersyukur kepada Allah kerana tlh diberi peluang sekali lagi utk berada dalam bulan ini.Alhamdulillah.

Bagi org2 yg berada di Malaysia dan kebanyakan negara di hemisfera utara...pose akan start pd 15 oct ni in sya allah (merangkap luse) dan bagi kami kat NZ nih..pose kami start lambat sket.lambat sehari..jd kami start pose ari sabtu.bagi org yg balik msia utk raye ni..kami akan ikut raye msia..kire jimat sehari..tp bagi org yang tertunggu2 bulan ramdhan...die tk rase untung....tp rasa rugi.bak kata my mom " rugi la kamu..org pose 30 hari kamu pose 29 hari je." ye mak..betoi2.. :D

Ihya' Ramdhan

Sempena bulan yg mulia ni, selaku umat islam kite amat-amatlah digalakkan utk beramal sebanyak yang boleh utk mendapat keberkatan dan kemuliaan bulan ramadhan ini.kalau ikut dlm perkataan melayunya... "ihya" tu menghidupkan ...jadi kalau dh combine..ihya' ramdhan tuh sama dgn??? yeah..pandai2...MENGHIDUPKAN RAMADHAN. kalau klik kat link tu..boleh tgk macam2 artikel yg sarat dgn hadith2 dan hukum hakam berkaitan puasa.

kat sini..saye amik kesempatan utk kongsi ape yg smpt saye amik dr blog sorang akh ni ttg bulan ramadhan. credit to akhi mokhzani.(tlg promote blog ni..hehehe..tkpe kan? :p)

MUQADDIMAH
Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT .Umat Islam di seluruh dunia akan melaksanakan salah satu rukun Islam iaitu PUASA. Ia juga merupakan bulan keampunan dan bulan yang diberkati oleh Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.

Dari Abu Hurairah r.a : Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)



KEISTIMEWAAN RAMADHAN



Mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Sabda Nabi SAW:"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).

Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang pembeza antara yang haq dan yang batil.Pada bulan ini disunatkan solat tarawih, yakni solat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Nabi SAW, para sahabat ra. Sabda Nabi SAW:"Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan karena iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).

Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para Syaitan diikat. Pada bulan ini terjadinya dua peristiwa besar iaitu Perang Badar Al-Kubra dan Pembukaan Kota Mekah Al-Mukarramah yang menyaksikan kemenangan Islam dan kekalahan kebatilan serta jahiliyyah.

Pada bulan ini diampunkan dosa orang-orang Islam selagi mana dosa besar tidak dilakukan.?Solat lima waktu, solat Jumaat ke solat Jumaat lainnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya jika dosa-dosa besar ditinggalkan. " (HR.Muslim).


AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. PUASA

Puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan berjima? mulai dari terbit fajar yang kedua sampai terbenamnya matahari. Diwajibkan ke atas setiap muslim yang baligh, berakal dan mampu berpuasa. Firman Allah SWT : "....dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam ..." (Al-Baqarah: 187).

Sunnah Puasa ada enam :

? Melewatkan sahur sampai ke akhir waktu malam, selagi tidak dikhuatiri terbit fajar.

? Segera berbuka puasa bila benar-benar matahari

? Memperbanyakkan amal-amal kebaikan : Solat lima waktu secara berjemaah, zakat harta kepada yang layak, solat sunat, sedekah, membaca Al-Quran

? Jika diejek atau dimaki hanya dibalas dengan kata-kata? Saya berpuasa? dan tidak membalas perbuatan

? Berbuka dengan kurma segar, jika tidak ada maka dengan kurma kering, dan jika tidak ada cukup dgn air.

? Berdoa ketika berbuka puasa sesuai dengan yang diinginkan. Seperti di dalam?hadith di bawah.

Umar berkata : Nabi Rasulullah SAW di dalam berbuka puasa berkata :��� ����� ������ ������ ���� ����� �� ��� ����Transliterasi : Zhahabaz Zhoma'u wabtallatil 'uruuqu wathabatal ajru Insyaallah. Maksudnya : "Telah pergi kehausan, urat-urat telah dibasahi dan ganjaran ada pasti, dengan kehendak Allah" (HR Abu Daud)

Orang yang berpuasa wajib menjauhkan diri daripada berdusta, mengumpat, membuat fitnah, dan mencaci-maki. Hendaklah juga menjaga telinga, mata, lidah dan perut daripada pendengaran yang haram, penglihatan yang haram, perkataan yang haram, dan makan serta minum yang haram.


2. QIAM RAMADHAN


Qiam Ramadhan (solat malam Ramadhan) hukumnya sunnah muakkadah (ditekankan), ditunaikan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan tabi?in. Oleh sebab itu kaum muslimin sentiasa mengerjakan Solat Terawih pada bulan Ramadhan dan solat malam pada sepuluh malam terakhir untuk mendapatkan Lailatul Qadar.

Firman Allah Ta'ala : "Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya (mereka tidak tidur di waktu biasanya orang tidur, untuk mengerjakan solat malam) , sedang mereka berdo'a kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. " (As-Sajdah: 16). Dari Abdullah bin Salam r.a, bahwa Nabi SAW bersabda : ?Wahai sekalian manusia, sebarkan salam, berilah orang miskin makan, sambungkan tali kekeluargaan dan solatlah pada waktu malam ketika semua manusia tidur, nescaya kalian masuk Syurga dengan selamat. " (Riwayat At-Tirmidzi).

Jenis-jenis solat yang boleh dilakukan ialah antaranya Solat Tahajud, Solat Witir, Solat Taubat dan Solat Istikharah. Solat malam pada bulan Ramadhan memiliki keutamaan dan keistimewaan berbanding malam pada bulan lain. Solat Terawih juga termasuk dalam Qiam Ramadhan. Ia adalah sunat, dan lebih utama dilakukan secara berjemaah. Jangan ditinggalkan solat terawih dan jangan pulang sebelum imam selesai dari solat witir untuk mendapatkan pahala solat sepanjang semalam.

Sabda Nabi SAW : "Barangsiapa mendirikan solat malam bersama imam sehingga selesai, dicatat baginya solat sepanjang malam.? (HR. Para penulis kitab Sunan, dengan sanad sahih).
Boleh dilakukan sebanyak 20 rakaat atau 11 rakaat bergantung kepada panjang atau pendek bacaan. Lebih baik dilakukan 11 rakaat berdasarkan hadis Aisyah r.a yang ertinya : ?Tiadalah Rasulullah SAW menambah (rakaat), baik di bulan Ramadhan atau (di bulan) lainnya lebih dari sebelas rakaat.? (HR Al-Bukhari dan An-Nasai)


3. MEMBACA AL-QURAN

Ditekankan bagi seorang muslim yang mengharap rahmat Allah dan takut akan seksa-Nya untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan Ramadhan dan bulan-bulan lain untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, mengharap redha-Nya dan memperoleh keutamaan dan pahala daripada-Nya. Allah telah menjamin bagi siapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya tidak akan tersesat di dunia dan tidak celaka di akhirat, dengan firman-Nya " Maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. " (Thaha:123).

Sabda Rasulullah SAW : "Bacalah Al-Qur'an, karena ia akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi pembacanya. " (HR. Muslim dari Abu Umamah). Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya : Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf. " (HR.At-Tirmidzi, katanya: hadith hasan sahih).

Dari Aisyah r.a, katanya : Nabi SAW bersabda : "Orang yang membaca Al-Quran dengan mahir adalah bersama para malaikat yang mulia lagi taat, sedangkan orang yang membaca Al-Quran dengan tergagap dan susah membacanya baginya dua pahala. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih).Dua pahala, yakni pahala membaca dan pahala susah payahnya.

Tentang keutamaan berkumpul di masjid-masjid untuk bertadarus Al-Quran, Rasulullah SAW bersabda : ?Tidaklah berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah seraya membaca kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali turunlah ketenangan ke atas mereka, serta mereka diliputi rahmat, dikerumuni para malaikat dan disebut-sebut oleh Allah kepada para malaikat di hadapan-Nya. " (HR. Muslim).


4. SEDEKAH

Diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas r.a, ia berkata : "Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.? Hadith ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan:"Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya. "


5. TAUBAT DAN DOA


Pada bulan Ramadhan sangat-sangat digalakkan memperbanyakkan taubat, istighfar dan berdoa. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.
Allah SWT berfirman : "Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " (Az-Zumar: 53).

"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhanmu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (At-Tahriim: 8)
Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba, selagi (nyawanya) belum sampai di kerongkongan. " (HR? At-Tirmidzi, dan ia menghasankannya).

Mintalah keampunan serta berdoalah sewaktu dalam keadaan berpuasa, berbuka dan bersahur. Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah. Dalam sebuah hadith disebutkan: ? Ada tiga macam orang yang tidak ditolak doanya." Di antaranya disebutkan,"...orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah).


LAILATUL QADAR

Allah SWT berfirman :"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. " (Al-Qadr:1-5).

Tentang waktunya, Rasulullah SAW bersabda :"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan." (HR.Al-Bukhari,Muslim dan lainnya).

Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa melakukan solat malam pada saat Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaqun 'Alaih)

Banyakkan doa seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah ra. :-
Dari A'isyah r.a. "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah,jika aku berada pada Lailatul Qadar, apa perlu aku lakukan?".

Rasulullah bersabda ?Bacalah:���������� ������� ������� ������� ������� ���������������� ������ Transliterasi : Allahumma innaka ?afuwwun kariim, tuhibbul ?afwafa?fu?anni.Maksudnya : ?Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau sukakan pengampunan, maka ampunilah aku?. (H.R. Tirmidzi)


PENUTUP

Marilah kita berlumba-lumba mengejar keampunan, serta kelebihan-kelebihan yang Allah SWT telah sediakan untuk hamba-hambaNya pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Semakin banyak kita beramal semakin redha Allah kepada kita. Semoga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini.
"Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan."
(Surah Al-Maidah : 48)


Wallahu'alam

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment