Hijrah vs tkde mood

assalamualaikum...

seperti yg dijanjikan..lps exam akan sambung posting.actually dh lama nk tulis tp keadaa tk brape mengizinkan ditambah pulak dengan unsur2 kemalasan.maaf la pada yg menjenguk tp tkde entry baru.maaf sesangat.

keyh la..kali ni ckp psl hijrah sket.setiap manusia yg ada kat muka bumi ni tk lari dr konsep hijrah.baik dr segi batiniah mahupun secara lahiriah nye.secara amnya kalau disebut perkataan hijrah tu sendiri...terbayang di kepala kita..perpidahan ke satu tmpt yg baru.namun sebanarnya pengertian hijrah melingkupi aspek yg lebih luas..cam "anjakan paradgima" la..

ape itu hijrah?

Hijrah, adalah satu momentum ke arah satu perubahan yang lebih baik dan mestilah dengan niat hanya pada jalan Allah s.w.t. (*3)Sebagaimana huraian tafsir Al-Qur?anul Karim, oleh Maulana Abdullah Yusuf Ali, di dalam huraian maksud Surah An-Nahl, ayat 41, telah disebutkan di dalam nota kakinya:

"?Tidak ada terdapat keutamaan atau kebaikan dalam perbuatan berhijrah itu sendiri. Untuk ianya mendatangkan kebaikan, mestilah: (1) ianya pada jalan Allah; dan (2) selepas berlaku penindasan dan kezaliman yang memaksa orang yang tertindas itu untuk memilih antara Tuhan dan manusia. Bila syarat-syarat ini ada padanya, maka mereka yang melakukan hijrah itu berhak untuk mendapat penghormatan setingginya, kerana mereka melakukan pengorbanan yang besar pada jalan Allah."

bagi kita umat Islam..hijrah Rasullullah s.a.w. beserta para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah merupakan peristiwa yang sangat penting. peristiwa ini sering diperingati saban tahun pada tanggal 1 Muharram bersamaan 622 Masihi .Hijrah disini merupakan perpindahan baginda secara fizikalnya dari kota Mekah ke Kota Madinah.

sebab ape kite hijrah?


Tegasnya kedamaian dan ketenangan dalam menganuti akidah dan agamanya itulah motif hijrah. Hijrahnya Rasullullah s.a.w. dan para sahabat dengan segala pengorbanan dan kesusahan, adalah semata-mata untuk menyahut seruan Allah bagi meninggalkan buat sementara negeri Mekah yang ketika itu dipenuhi dengan kekufuran dan kesyirikan. Mereka menuju ke kota Madinah untuk mendirikan sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam menurut ajaran Allah dan RasulNya.

Iman menjadi titik tolak untuk berhijrah. Hijrah pula merupakan suatu ujian kepada kekuatan iman, yang kelak akan menghasilkan jihad ke jalan Allah, dan menerusi jihad pula akan menjamin kejayaan di dalam perjuangan menegakkan masyarakat Islam. (*1)Ketiga-tiga rangkaian inilah yang telah disebutkan oleh Allah dalam surah at Taubah ayat 20, yang maksudnya;

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (yakni daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang memakmurkan masjid sahaja), dan mereka itulah orang-orang yang berjaya." (At-taubah :20)

kenapa entry kali ni psl hijrah?


sebenarnya...untuk pengetahuan semua..in sya allah 1 july ni ktrg akan pindah ke tmpt br.ni kira hijrah zahiriah la.kali ni apartment pulak.but wait...jgn bayangkan yg indah dulu kerana selalunya camtu la..indah kabar dr rupa.tp kali ni situasi neyr berbeza sikit."kabar buruk rupa pun tatau lagik".itu aje la yg dpt digambarkan utk membayangkan suasana sedey kami yg bakal berpindah.

td mmg rasa nk ngamuk aje tp kala pk balik..nk ngamuk pun buat ape.kate orang...ngabihkan beghas ajo.dulu sahabat2 hijrah lg la...kene tinggal harta..sanak saudara..kaum kerabat..demi agama.ktrg pindah siap angkut semua benda lagik ade.cuma ape yg leyh buat kat sini..selain nangis..hehehe...adlh berdoa la..moga2 Allah kasik ketenangan dan berikan kesenangan uk idup kat tmpt sempit cmtu.

macam prinsip yg dipegang selama ni la.."sesuatu yg allah takdirkan itu adalah yg terbaik dan mempunyai hikmah yg tersembunyi"..so,carilah..sampai dpt.kalo tk dptt jugak..tunggu sampai dapat.in sya allah mende ni membantu.[for me myself la...tp kalo korang nk try pun best gak]

keyh la..banyak nk citer..psl injured la..psl besday abah,emak n my sister..tp esok la kot...ade keje nk buat sket ni..terima kasih kerana sudi baca...jom hijrah!!! :D wassalam.

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment