Assalamualaikum wbt
Minggu ini boleh dikatakan agak meriah dengan sambutan pelbagai hari. Ahad lalu, ramai yang mengambil kesempatan meraikan ibu masing-masing sempena dengan Hari Ibu. Pada hari yang sama juga, tidak ramai yang tahu bahawa jururawat juga berkongsi detik istimewa kerana 12 Mei merupakan Hari Jururawat.
16 Mei pula giliran anak didik bangsa membalas jasa guru-guru mereka yang tidak kenal lelah dalam mendidik dan memberi ilmu berguna.
Namun, tidak ramai tahu tentang hari ini.
15 Mei
Ada apa dengan hari ini?
Sejarah telah mencatatkan satu kisah duka yang sukar untuk luput dalam ingatan ummah keseluruhannya. Hinggakan peristiwa ini digelar NAKBAH. Nakbah jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu paling menghampiri erti kata MALAPETAKA BESAR.
Apa yang berlaku?
65 tahun yang lalu, ketika kononnya Israel memperjuangkan hak mereka didalam perang yang digelar Perang Kemerdekaan; mereka sebenarnya telah memahat luka dalam ke atas ummah ini apabila dengan rakusnya merampas tanah milik umat Islam seantero dunia.
Ya, tanggal 15 Mei 1948 itu penuh sejarah hitam
Ratusan ribu saudara seakidah kita dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka
Ribuan mayat bergelimpangan akibat rakus Israel yang tiada belas kasihan
British melalui Deklarasi Balfour memberi restu atas kesombongan ini
PBB umpama boneka kaku yang tidak mampu menahan kezaliman nyata
Akhirnya ummah yang berendam air mata!
Ambillah masa dalam seharian anda untuk mengambil tahu tentang ummah diluar sana. Islam itu penuh dengan keindahan dan semangat persaudaraan. Tidak ada warna kulit, tidak ada kaya atau hina yang ada hanya darah merah mengalir disetiap tubuh dan hanya TAQWA jadi garis pemisah.
Jujurnya, sejak lebih 8 tahun bergelumang dalam isu Palestin, umumnya kini rakyat Malaysia semakin bijak dan terbuka dalam mendalami isu ini. Alhamdulillah. Moga hidayah Allah terus menerombosi hati-hati kita.
Jika anda perlukan seminar atau ceramah, kami sediakan secara percuma. Hubungilah kami, kami akan bantu setakat yang terdaya.
Salam kemanusiaan,
Salwasaleh.com
Popular Posts
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terl...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni nk cerita satu lg feature menarik tentang salah satu produk Shaklee yang paling hot Hari tu kita dah kupas te...

No comments:
Post a Comment