Review filem Wangi : 3 perkara anda mesti tahu sebelum tonton filem Wangi

Assalamualaikum wbt

Hari ni, 5 September, akan muncul di pawagam seluruh Malaysia satu lagi filem horror (seram) atau thriller yang namanya pun macam suspen, FILEM WANGI 

Filem Wangi, filem Wangi sinopsis, review filem Wangi, trailer filem Wangi, trailer filem Wangi official,  sinopsis filem Wangi,
Penulis a.k.a Emak Salwasaleh di depan poster utama filem Wangi


Memula waktu dihubungi oleh syarikat produksi, saya dengar tajuk filem ni rasa macam eh, filem ape mende ni? Lepas tu tengok pulak poster nya. Uih, ni bukan biasa-biasa ni. Keseramannya agak terserlah. Mereka kemudiannya share media kit , so saya pun baca la sinopsis filem wangi ini dan saya diberikan trailer filem ni.

Lepas tonton, waaaaaa teruja nak tengok!
Tak percaya? Cuba tengok kat sini:


Macam mana? Suspen tak?
See, told you!

Sebab tu lah saya bila di jemput untuk ke malam gala tayangan perdana Filem Wangi ni, saya terus bersetuju nak hadir dan tak sabar rasanya. Sebelum menonton filem Wangi ni, kita selfie sikit la dengan pelakon-pelakon dia kan. Hehehehhe. Untuk entry ni saya belanja selfie dengan pelakon utama, primadona Erra Fazira kita. Gambar-gambar selfie lain hangpa tengok kat FB dan IG saya ya.

Abaikan muka i ols yang nampak tembam gila sebelah NOR


Orait. Now back to filem Wangi.

Saya ada 3 points utama yang memang u ols kena tahu sebelum pergi tengok filem ni. Kalau tak, keluar pawagam sure blur gila. Serius. Sebab itulah yang exactly kitorang rasa selepas menonton filem Wangi ni hari tu. Cumanya sebab petugas media ada sesi temuramah, so we ols dapat la korek-korek dan bertanya. Hasil pertanyaan tersebut barulah terjawap kenapa la jadi gituh. 

Bukti sebagai petugas media. Hahahahahah (belagak gila)


One of the main reason, sebab pengarah kata LPF memang delete a few scenes yang super ganas dan tak sesuai. Sedangkan scenes tu semua sangat penting untuk memahamkan filem ni. Pengarah dia, Yeop Hitler begitu kecewa tapi mereka tak ada pilihan lain kerana it's a no or a go dari LPF. Jadinya macam ada kecacatan lah dalam penceritaan. 

Sebab tu korang kena baca sampai habis, apa 3 points utama ni nanti. Tapi sebelum tu, korang boleh baca review saya yang sungguh jujur untuk filem ni.

SINOPSIS FILEM WANGI


Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sederhana. Yang typical Malaysian family tapi bukan B40 lah hahahah. Ni macam T20 gituh, ada kereta ada rumah boleh tahan besar tapi rumah tu sendiri pun dah seram. Aiseh. Ada Ayah (Sharnaaz) dengan Emak (Erra) dan dua orang anak. Anak lelaki sulung (Mika) nama Khiri, yang baby tu baru lahir tapi takde pulak dia cakap namanya apa. 

Nor dan Khuzairi menghantar anaknya Khiri ke sekolah


Keluarga diorang ni bahagia aje la. Tapi episod-episod mistik tu bermula selepas si Emak ni balik umah lepas selamat bersalin anak kedua diorang. Jeng jeng jeng. Waktu ni ada flash back la memperkenalkan watak lain iaitu adik angkat Emak tu (Nabila Huda) dengan pakwe kepada adik angkat dia tu (Syazwan). Diorang ni rapat waktu sama-sama belajar kat UK.

Kat sini la plot bermula

PLOT DAN JALAN CERITA FILEM WANGI


Ok. Sebenarnya saya ni tak sabar-sabar nak tengok apa keunikan plot cerita ni yang akan membuatkan ianya jadi seram nak mati based on the thriller.

Sejam pertama, plot masih ok. Nampak teratur dan kita mula faham jalan cerita dia. Apa hubungan mereka ni antara satu sama lain. Kenapa keadaan jadi gituh bla bla bla. Tetapi selepas tu, plot mula jadi slow dan saya sehingga ke akhirnya sangat-sangat mengharapkan terjadinya plot twist seperti kebanyakan filem thriller lain. You know, kind of unexpected scene ke outcome ke.

Unfortunately, it did not happened. Hanya ada 1 kejutan sahaja di akhir filem sedangkan yang lain-lainnya dapat 'di baca' sejak awal lagi. Unsur suspen hanya pada 'jump scare' dan latar runut bunyi tetapi tidak pada penceritaan. You know the ending before it ends pun. 


MUTU LAKONAN FILEM WANGI


OK. First waktu memula baca senarai barisan pelakon tu, rasa macam hmmm memang kena nih cuma I ols rasa yang tak berapa nak seram tu heroin dia la. Hahahhaha. Jujur betul. Rupanya Erra sendiri cakap dia pun tak jangka filem tu actually filem seram hahahah. Dia kena game dengan produksi. Boleh tengok kat sini cerita macam mana heroin kita kena game tu: Erra tak tahu kena berlakon watak seram 

Overall, not bad at all la. Boleh tahan juga dia berlakon cite suspen. Sharnaaz pun ok. Tak over sangat dan pembawakan dia sesuai sangat dengan apa yang dia perlu 'jadi'. Saya puji di situ. Watak Mika, sebagai anak sulung tu, macam kadang tak kena tempat, tapi dia berlakon bagus la. Nabila Huda dalam filem ni tidak begitu menyerlah. Mungkin sebab watak dia tu atau tatau la macam mana. Not like her role dalam Munafik la. Macam tak puas tengok. Syazwan, just nice.


Bella dengan pakwenye Azlan. Time ni kt UK


SOUND EFFECT & SINEMATOGRAFI FILEM WANGI


Saya rasa ini yang paling patut dipuji. Angle camera semua ohsem dan tepat dan memang kena dengan setiap scene. Takde yang melayang tetiba tak tentu arah ke. Takde yang tetiba nak buat shoot ngarut-ngarut ke. Semuanya perfectly placed at the right position at the right time. Kredit to pengarah and the team on that! Clap clap clap. Cuma bunyi agak over. Scene yang tenang pun pasang bunyi macam nak runtuh. Hahahahah

3 POINTS KENA TAHU SEBELUM TONTON FILEM WANGI


Akhirnyaaaaa, dah membebel membebel baru nak cerita. hahahahahahha. Jangan marah. Filem suspen kannnnnn.

1. Anak angkat

Ini adalah key yang penting untuk memahami filem ni. Kitorang memula memang blur habis, apsal si Khiri ni macam ni. Ni plot mana ni, ni kenapa jadi gini. Mana datangnya pulak nih? Haa gitulah. So bila tanya kat pengarah, dia cakap Khiri ni actually anak angkat. Bukan anak kandung diorang. 

Oooooo. padan lah! Masalahnya dalam filem tu, dialog yang kata anak angkat tu takde! Yeop Hitler pun mengaku ada kelemahan di situ dan mereka harap penonton nanti boleh faham. So that's why i ols bagi tahu ni. Khiri tu anak angkat, okeh!!

2. Penderaan

Salah satu watak utama filem ni memang korang akan macam 'ehhhhhh, ko dah kenapa?" Dia pun twist perwatakan tu macam dari setan jadi malaikat pastu jadi setan balik. Saya takmau la cakap sapa sebab tak suspen la kan. Jadi spoiler pulak nanti. Tapi korang akan faham totally bile tengok filem ni. 

Apa yang korang perlu tahu, watak tu actually telah didera dengan teruk ketika kecik. Sebab tu dia jadi psiko gituh. Malangnya scene scene yang explain kenapa dia jadi gitu tu telah dibuang kerana tak lepas LPF. Haaa camtuh la ceritanya. Sebab tu la dia jadi gitu, so korang jangan pelik la eh

3. Timeline

Banyak flashback akan menyebabkan korang boleh jadi keliru dengan timeline. Eh ni kat Uk ke? Eh ni bila plak depa balik Malaysia? Eh ni kenapa tetiba ada beranak? Eh eh eh. Pertamanya rujuk point satu saya tadi tu, then akan faham better. Keduanya, korang kena dengar dialog-dialog especially yang Erra cakap sebab disitu key untuk faham timeline filem Wangi ni. Dialog dia nampak bersahaja simple je tapi ada info penting terutamanya yang part awal-awal. So kene pay attention. Once u dengar baik-baik, memang akan faham sampai ke sudah.


Haaa gitulah. I hope it helps.
So, jangan lupa tayangan filem Wangi di seluruh negara mulai hari ni
Kalau dah tau 3 points tadi tu, then should be ok

Byeeeee












No comments:

Post a Comment

Instagram