Wanita, berhenti salahkan diri sendiri!
Ramai kenalan dan wanita berkerjaya bertanyakan pendapat saya tentang kerjaya vs. surirumah. Majoriti selalu rasa bersalah kerana tidak dapat berhenti kerja dan menjadi housewife. Dan nasihat saya masih juga sama;
Setiap dari isi rumahtangga ada ceritanya. Tak semua orang sama. Ada masalah tersendiri. Ada cabaran tersendiri. Berhenti kerja bukan juga jalan keluar bagi semua orang.
Jika kita berkerjaya kerana ingin keluarga lebih bahagia dan sempurna dan atas sebab-sebab lainnya, kenapa benarkan rasa bersalah?
Jangan fikirkan soal mulut orang lain. Mereka tidak menyuapkan nasi ke mulut kita. Mereka juga pandai cakap tetapi amat kurang yang akan membantu. Belajar untuk tidak mendengar cakap orang dan tidak bandingkan kehidupan orang, in sya Allah lebih bahagia.
Paling unik, kebanyakan yang menjatuhkan wanita ini adalah wanita juga. Tendency untuk katakan 'aku paling baik' sangat menebal walaupun kadangkala ucapan tu nampak tersembunyi atau disudahi dengan perkatan 'hehehehe'.
Tiada siapa yang lebih baik daripada yang lain.Kita berada dalam kitaran. Saling memerlukan dan saling melengkapkan.
Apakah nilaian paling utama dalam neraca amal?
Adapun nilai taqwa adalah neraca sebenar
"Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa." (Al Hujurat: 13)
Sudahlah. Jangan sedih-sedih.
I'm sending a bouquet of loves to all women out there
Love u!!!!
wonder emak
Popular Posts
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni nk cerita satu lg feature menarik tentang salah satu produk Shaklee yang paling hot Hari tu kita dah kupas te...
-
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terl...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...

Setuju sangat dgn puan. Skrip hidup kita berbeza, cara bahagia dan nilai bahagia itu juga tidak sama antara satu sama lain. Jadilah org yg menyokong, bukan yg menjatuhkan/merendahkan sesama kaum Wanita.
ReplyDelete