Assalamualaikum wbt
Pernah tak pergi 4 negara dalam masa lebih kurang 4 jam sahaja? Haaa unik kan? Hehehhe. Minggu lepas bila Emak upload video misi KSN ni, ramai betul teruja dan excited lepas tu mintak Emak buatkan jadi modul. Wah, doa la Emak jadi rajin ye.
So basically kembara ni bermula dari Istana Negara (lama) menuju Tugu Negara, kemudian ke Muzium Negara dan akhirnya Masjid Negara. Fokus utama adalah untuk mereka beraktiviti ala-ala treasure hunt bagi mengasah skill, dan rasa fun disamping memperkenalkan monumen kebangsaan pada diorang.
Lebih thrill sebab kene kumpul 50 points sepanjang misi untuk melayakkan mereka menebus beg sekolah! Haaaa mesti la kene lengkapkan misi kan?
Gambar-gambar ni boleh lah rujuk untuk u ols buat misi masing-masing. Overall memang seronok la cuma penat sebab panas dan bawak dua orang adik kecik. So macam-macam ragam. Mulanya memang cadang Emak yg bawak mereka berdua je, tapi semangat kekeluargaan lebih utama. Hehehe. So angkut je lah semua.
 |
Matlamat: Nak tebus beg sekolah! |
 |
Di Tugu Negara |
 |
Mula-mula mendung lepas tu panaaaasss |
 |
Menjawap soalan |
 |
Soalan untuk Tugu Negara |
 |
Haa tau tak Tugu Negara pernah kene letup? Hehehe |
 |
Ni dah sampai kt Muzium Negara pulak |
 |
Ayah menerangkan tentang zaman-zaman dulu |
 |
Habis floor 1, rehat dulu. Jawap kuiz sifir |
 |
Soalan Muzium Negara |
 |
Senang aje depa cari pasu nih. Isyk isssykkk |
 |
Time Out: Ingat tak sifir semua? |
 |
Muka lebih bercahaya lepas solat Zuhur hahahahha |
 |
Soalan tambahan. Adakah Emak kelihatan gemuk? |
 |
Soalan Masjid Negara |
 |
Yang kapasiti tu diorang tanya Pak Guard |
 |
Suai padan gambar |
 |
Imran nak lukis logo ATM sebenarnya tapi tak sempat dan tak pandai katanya |
 |
I'jaaz macam buat 3D plak. |
 |
Yang last sekali tu tak tahaaaaan |
 |
Tapi ini paling WIN. Nampak tak nampak tak? |
Akhirnya selepas tamat semua, dapatlah tebus beg dengan points terkumpul sebanyak 58 points. Beg diambil di rumah mak ngah di hujung misi.
Tapi kan korang kene tgk page paling last; where we want to travel yg tuh. Kelakar sangat! Hahaha
So, ape pulak projek menjelang nak bukak sekolah nanti?
Tungggguuu
No comments:
Post a Comment