Assalamualaikum wbt.
Harini nak cerita la pengalaman first time ke Kelantan, wpon macam kelakar umur dah besar baru la dapat jejak kesana.
Wah, rasa macam tak percaya aje akhirnya berjaya menjejakkan
kaki ke bumi serambi Mekah ni. Ye la, punya la banyak kali plan nk pegi, asyik
tunda, rezeki di awal tahun 2017 la nampaknya.
23 Feb, hari khamis seawal pagi bertolak dari rumah sebab
flight jam 8. Pakcik taxi sampai
jam 6 tapi sebab tk masuk Subuh lagi jadi ajak dia tunggu utk berjemaah sama.
Jam 6.20 baru kami bergerak ke KLIA2. Rupanya Emak tersilap beli berat luggage.
Ingatkan beli 25kg, rupanya 15kg aje. Haru2. Tak pasal-pasal mengemas dekat
kaunter.
Sempat la sarapan depan boarding gate wpon terkejar-kejar.
jam 9.30 sampai di Airport KB. Tunggu kereta sewa muncul. Lepas tu tatau nk
kemana. Sebbaik member bagi cadangan ke Kopitiam Kita. Famous sebab Roti Titab
katanya. Sampai sana unik juga
rupanya. Macam-macam jenis nasi ade. Dari nasi kerabu, nasi dagang, nasi kepit,
nasi tumpang, eh macam-macam la. Harga nya not bad. RM4 lebih kurang cuma kt
sini air mahal lagi dari KL. Milo ais, teh ais semua RM3. hahahah. Roti titab?
Memang sedap!
Lepas tu
kitaorang jalan tanpa halatuju. Round-round, amik gambar kt dataran lepas tu
update kt FB bgtahu semua org i ols dh sampai Kelantan (poyo betoi). Ke
kompleks kraftangan. yang saya
jadi perak sebab nampak setiap signboard ada tulisan jawi. Wawawawa, brushing
up my jawi skills la gitu.Lepas tu sudahnya ke Shaklee Branch KB sementara
tunggu waktu check in. Sempat la sesat beberapa kali.
Sampai dekat De Viana Hotel and Apartment dekat Wakaf Che
Yeh dah pkl 1. Terus rehat. Sampai pukul 4.30 baru keluar balik cari makan.
Hotel ni bestnya sebab wadding pool dia besar. Mmg tujuan nak bg anak-anak
berendam. Oleh kerana kedai-kedai
sekitar situ tkde yang menarik selera Imran, ade kawan suggest ke HUSM Kubang
Kerian, situ banyak kedai. Lastnya we ols makan nasi Arab di Restoran Kathiri.
Punya jauh jalan makan nasi arab sudahnya.
Kemudian kerana rushing sana sini, akhirnya jumpa Ustazah
Zakiah yg dh 13 tahun tak jumpa di lobi hotel. Terharu sangat Ustazah sanggup
turun dari Machang nk jumpa anak murid nakal dia ni. Nak ajak ke rumah, ktrg
pula mmg dh makan dan memang nk rest malam tu sbb esok saya mengajar. Terubat
juga la rindu gebang-gebang di lobi. Malam tu tkde buat apa. Tido sahaja.
Esoknya hari bengkel eUsahawan di Pasir Hor. Pagi makan nasi
kerabu. Again tak jumpa yang sedap lagi dan saya perasan portion nasi kat sini
sikit. Harga boleh tahan. Huhuhuhu. Kemudian anak-anak ayahnya handle. Mandi
manda dan lepas jumaat ke Pasir Mas ziarah kenalan. Saya pula first time ada
kelas di Pantai Timur. wah, hebat belaka pesertanya. Semangat! Nasib baik depe
paham apa saya ckp hahaha, cuak kot tak paham bahasa KL (double poyo).
Kenangan
best jumpa peserta seluruh Kelantan. Ada yg jauh dari Terengganu. Dari Kl pun
ada! Ni paling takjub.
Malam tu makan ikan bakar di Wakaf Che Yeh. Tak ingat nama
apa restoran. Lepas tu round pasar dia. Saya tkde beli apa. Tkde yang berkenan
di hati. Beli sebiji mangga. Bebudak dapat jam sorang satu.
Esoknya ke Branch
Shaklee di Kota Bahru pula. Bengkel Blogging Dari Jiwa. Yang ni try buat santai
la. Pun terlajak juga sudahnya. Kemudian makan di Nasi Ulam di kompleks
kraftangan. Efie belanja. Tapi sebab hari tu hari Sabtu, ramai sangat orang.
Bebudak pun dah start meragam especially Imran yang tak berapa nak sehat. Jadi
makan tak tenteram sangat dan gambar pun tak sempat nak amik. huhuuhu.
Kalau ikut jadual lepas tu nk jumpa Zak
dan Lina tapi kebetulan Zak mak nya masuk hospital, dan Lina pula tak dpt
jumpa. Takde rezeki. kami bertolak ke Tok Bali dan sampai Tok Aman Bali Resort
around jam 4 petang. Singgah di Pantai Bisikan Bayu tu beli jagung bakar dan
satar. Angin memang kuat betoi kt sana.
Ramai orang suggest suruh makan di Zul Ikan Bakar. Kami
iayakan sahaja. Sekali sampai hotel, rehat kejap, pusing-pusing sekitar, balik
lepas magrib semua tertidur. Anak-anak terbangun tengah malam sebab lapar.
Huhuhuh. Pagi esoknya apa lagi, sarapan macam Ikan Piranha dekat hotel. Tak
berapa sedap sangat kecuali Laksam dia.
Kemudian aktiviti paling dinantikan bebudak ni. Terjun swimming pool! Dari semalam dok
berzikir nk terjun. Uniknya juga. kolam mandi nya sangat besar tapi semua tak
dalam. Ngam2 untuk budak-budak. Habis dalam pun paras pinggang kitaorang je. Setelah lama berendam akhirnya paksa
naik.
Kami bersiap-siap nk ke Terengganu. Bunyi macam jauh je,
walhal sebelah sebab sempadan. 5 minit dah sampai Kuala Besut. Ada student
eusahawan tu ajak ke kedai emas dia. Kak Sapini namanya. Sampai sana hujan
pulak. Sempat la sembang sikit sebanyak sebelum minta diri nak lunch. Paling
tak sangka, ada plak kedai ECO kat sana, seronok la bebudak ni beli barang
termasuk emaknya!
Kami makan di kedai Professor Cendol. Bayar RM2 boleh tambah
beberapa kali unlimited sampai kenyang. Tapi kitaorang tak tambah pun.
Kekenyangan. Petang lepak sahaja. Nak main layang-layang di pantai atau mandi
pool tak boleh sebab hujan lebat.
Kak
Sapini datang bawa keropok dan losong untuk bawak balik. Rajib betul siap
hantar ke hotel. Malam tu senior sekolah nak ajak ke Pantai Irama, makan sate.
tapi sebab cuaca tak mengizinkan lastnya Kak Ala ajak makan dirumah dia. Masak
seafood dan sup kambing. Sedap! Bebudak pun seronok main dengan anak-anak kak
Ala.
Esoknya lepas sarapan bersiap balik ke Kota Bahru. Nak makan
nasi dagang pun tak sempat dan tak larat dah jadi Kak Ala bungkuskan dan kami
bawa ke aiport. Sampai KB jam 10.45 sempat la ke Pasar Siti Khadijah. Amazingly
emak sekali lagi tatau nk beli apa. Sudahnya takde beli apa kecuali mangga dan
jambu air. Hahaha sabo je la.
Sampai airport almost 12 tengahari. Pulangkan kereta dan
terus check in. Kali ni Emak dah tambah 40kg tau beg. Walaupun tk shopping kan.
Dan terus beli makan tengahari siap-siap untuk dlm flight sebab tau diorang
mesti lapar. Touch down KLIA2,
solat dulu lepas tu amik Uber balik umah. RM35 aje. Separuh rege bese kalau naik taxi. Huhuhuu. Sampai
umah jam 4. Pengsan. Nak tulis apa pun tk larat.
Overall, satu pengalaman best. Terima kasih semua yang sudi
bantu kami sekeluarga di sana. In sya Allah akan Kelantan lagi!
No comments:
Post a Comment