Mesti ramai pernah dengar tentang Muzium 3D Art ni kan?
Kami pun ade dengar banyak cerita menarik tentang Muzium ni.
So sewaktu menemankan suami conference di Prai haritu, kami mengambil kesempatan melawat muzium ni. Muziumnya terletak di Lebuh Penang. Dekat aje dengan Terminal Feri Raja Uda. Dalam 600 meter. Kalau tak jem, 2 minit sampai sudah.
Kalau tengok sekali lalu, eh, mcm terlepas pandang sebab dia bukanlah bangunan sebuah. Dia nya adalah kedai dua tingkat yang diubah menjadi muzium.
Tips 1: Parking memang susah nak dapat. So dropkan aje anak beranak then cari lah parking ye
Selepas tu anda akan beratur di kaunter tiket. Bayaran utk setiap pelawat adalah seperti berikut:
![]() |
Kaunter tiket |
![]() |
Harga tiket setiap kategori |
Kami hari tu dah agak lewat sampainya. 5 lebih dah. dan weekdays muzium ni tutup jam 6 petang. Makanya agak rushing la jugak nak habiskan tangkap gambar banyak tempat kan
Tips 2: Pastikan anda ada dalam 90 minit kalau masuk muzium ni. Baru la syok bergambar
Setelah bayar tiket, kami pun mula la explore muzium ni. Menarik. walaupun dari luar nampak macam kecik aje tempat ni, tapi bila dah masuk, eh mcm besar pulak. Nama pum 3D art trick kan.. u got me!
![]() |
Ni namanya main gasing penuh kesopanan |
Paling tak best sebab kitorang tak bawak camera and rely on smartphone semata-mata. Phone saya plak skrin dah pecah so bila tangkap gambar senang goyang. Blur aje. Sob sob . sangat rugiiiii
![]() |
Tudung dah cantik dah tapi goyang plak! sob sob |
![]() |
Hujan teh tarik!!! |
![]() |
Jangan bagi jaws tu keluar.. (Imran rilex je muka) |
![]() |
Blur gambar ni. sian ayah penat je posing |
Tips 3: Pastikan bawa kamera atau phone canggih mcm iphone ke. Nak bawak DSLR lagi baguih. Baru la berbaloi beli tiket.
Kitorang pusing sampai atas. Dan oleh kerana rushing makanya tak amik la semua 3D art. Mana yang dapat aje. Staff diorang sangat baik dan helpful. Layan dan borak-borak lagi walaupun dh pukul 6. Kitaorang aje dalam tu. Dah settle baru diorang close the museum.
![]() |
Sebbaik panda ni senyum je 3 hero dok belakang dia |
Tips 4: Kalau boleh pakai la yang bright sikit supaya nampak outstanding dalam gambar tu
Anyways, mmg pengalaman yang best.
Tak sia-sia la naik feri sampai georgetown nk pi sini kan.
Will i recommend u to visit it?
OF COZ!
Love,
Salwa
Menarik ni...tak sangka dah ada banyak 3d art museum kat Malaysia now. Thank you for sharing...
ReplyDeletehaah kak nany. dulu tkde. sekarang banyak tempat ade 3D ni. menarik menarik belaka :D
Delete