Hari ni nk cerita satu lagi tempat yang sesuai untuk anda pergi sebagai percutian tanpa di rancang atau short gateaway gitu. Terutamanya yang berada di lembah Klang dan persekitarannya, boleh la masukkan dalam list utk pergi 'balik hari' sebab tempat nya agak dekat iaitu...
Gold Coast Morib International Resort
Kami sebenarnya dah kesana dua kali. Kali pertama tahun 2014 tapi waktu tu pergi dengan anak-anak aje. Kali ini kami ke sana untuk menyambut ulangtahun kelahiran encik suami a.k.a Ayah pada 12 Jun 2015 yang lalu. Kami bertolak pagi 11 Jun dari Putrajaya. Jaraknya untuk kesana melalui pekan Dengkil dan Banting adalah lebih kurang 49.1km dan kami amik masa dalam sejam utk sampai.Pakej-pakej yang disediakan
Di sini ada disediakan beberapa pakej sebenarnya. Anda boleh pilih untuk menginap dengan dinner dan breakfast atau breakfast sahaja. Ada pakej dengan beberapa pilihan bilik. Pakej biasanya dah termasuk tiket untuk taman tema air mengikut bilangan yang kita dah pilih.Kami pilih pakej istimewa utk Birthday. Ye la, nak sambut besday Ayah kan. Istimewanya selain daripada items lain yg biasa tu, nanti akan dapat kek harijadi, dapat sijil, dan dapat teddy bear! Hehehehe. Tatau plak time tu teddy tu warna pink! Cuma, anda kene berikan I/C sebagai bukti hari jadi anda adalah sehari atau hari tu atau sehari selepas anda check in. Done!
Bagaimana nak beli tiket?
Boleh terus ke laman rasmi Gold Coast Resort Malaysia atau jika anda rajin untuk membelek-belek pakej yang disediakan, boleh juga lihat di Groupon kerana kadang-kadang ada tawaran yang disediakan di sana yang juga menarik. Harganya bagi saya agak berpatutan selepas diskaun diberikan. Pastikan baca terma dan syarat bagi setiap pakej supaya anda tidak keliru kerana ada sesetengah keadaan mungkin bayaran tambahan dikenakan seperti tempahan ketika cuti sekolah atau public holiday dan sebagainya.Taman tema air
Kat sini tarikan utamanya adalah taman tema air yang terletak di antara bangunan penginapan. Taman temanya bagi saya boleh lah tahan besar. Yang menariknya sebab tempat untuk kanak-kanak dengan paras air yang cetek adalah luas dan disediakan banyak gelongsor air yang boleh dinaiki kanak-kanak.![]() |
Pemandangan dari bilik hotel kami |
Saya tak turun petang tu sebab anak bongsu tak sihat waktu tu. Jadi hanya Ayah, Imran dan I'jaaz yang turun ke bawah untuk main air. Saya memerhati dari balkoni aje kemudian lepas tu layan TV hehehehe
![]() |
Seronok bukan main nampak Emak kt balkoni! |
Harga tiket:
Dewasa : RM35.00
Kanak-kanak: RM20.00
Perkhidmatan sewa loker dan sewa pelampung pun ada disediakan. Kalau dh masuk nanti ada diberikan tag utk kita pakai kt tangan. Kalau in house guest, boleh aje masuk sesuka hati sampai la check out nanti selagi mana tak cabut tag tu.
![]() |
Ni la rupa bentuk tag nye ye. |
Makanan dalam hotel
Yang ni disediakan ikut pakej. Kami dah amik yang siap dinner. Secara jujurnya tak berapa seronok dengan apa yang diberikan waktu buffet dinner. Tak sampai 4 jenis lauk pun. serius. Rasanya sebab tu tak ramai orang amik yang siap dinner kot? So elok la rasanya u ols pegi aje makan seafood sedap-sedap kat pesisir pantai Morib dan tentu lagi worth it. Huhuhuh. Kalau kitaorang nak pegi lain kali pun rasanya begitulah nampaknya pilihan paling tepat.![]() |
Harga bagi breakfast, lunch dan dinner |
![]() |
Kanak-kanak lebih 90cm kene bayar yer. Kalau umur 8 tahun tapi masih 86cm maka nya free. hehehe |
Keadaan hotel
Bilik nya selesa. Setiap bilik air ada jacuzi so budak-budak ni tak cukup main air kat bawah tu sambung lagi berendam dalam jacuzi. Siap bubble bubble lagi. Kebersihan bagus dan memang padan dengan harga yang ditawarkan![]() |
Toiletries semua ade, so tayah riso |
Tarikan lain
Ada private beach or pantai yang privasi. Tapi tkde orang mandi kat sini. Air nya tak biru pun. Keruh gitu lah. Ada juga tempat nak main sukan pasir macam bola sepak pasir tu. Ada tempat nak lepak-lepak dan order air minuman. Macam pondok-pondok atas air. Sesuai utk function kecik macam birthday ke.![]() |
Nampak tak bear pink tu? Ha tu la hadiah besday dari hotel! Hahaha |
Waktu kami kesini, air tengah surut so ade jugak yang pi ke tengah laut amik feel cari siput kot. Kitaorang hanya duduk duduk makan angin (yes, tkde order ape-ape hahaha)
![]() |
Tatau la awat muka semua toye plak time ni |
Kesimpulan
Jika anda inginkan percutian ringkas dan menarik yang disukai anak-anak, destinasi ini saya rasa berbaloi dan mudah utk di realisasikan. Saya bagi 3.5 bintang!Selamat mencuba!
Love,
Salwa
Alaa.baru nak baca kot ada rekomen restoran area berdekatan:)
ReplyDeletetkde. sebab tk pernah dapat pi, asyik pi je time tu anak tk berapa sehat, hehehe
DeleteThank you for sharing this Salwa! Boleh sambut besday anak2 juga nanti...senang tak yah pk sangat. Dapat gak teddy bear pink..hahaha
ReplyDeleteHahahaha betul betul betul!
Deletesy nak tanya...tempat makan kt mne yg best....n sis duk bilik no brp?
ReplyDeleteAllah, tk ingat dah duduk bilik nombor berapa. Ada dua kali datang, dua-dua pun ok biliknya. Tempat makan kami tk sempat nk jengah sebab dinner di hotel sahaja. Kata orang2 sana, banyak waktu malam di tepi pantai Morib
DeletePROMOSI - Voucher Gold Coast Morib RM160
ReplyDeleteSiapa yg berminat boleh terus PM atau Whatsapp sy 📲0162268952 Faharul
●
Detail Voucher 👇
❤Voucher ni hanya utk Weekdays shj (Ahad - Jumaat)
❤2hari 1malam (1 bilik ade 2 katil single ATAU 1 katil King) *bilik air ade jakuzi tau 😉
❤Sarapan Pagi utk 2 org
❤Waterpark tiket utk 4 org
❤Kanak2 bawah 90cm FREE Sarapan Pagi & Waterpark
❤Check in 3pm, check out 12pm
❤Expired Date Voucher April 2017
●
RM160 ❗RM160 ❗RM160
Gold Coast Morib❗Gold Coast Morib
Tq wa.. Tgah cari ni nak g utk smabut besday anak dan diri ini hihu
ReplyDelete