Ok hari ni nak sambung pulak pasal trip kami. Haritu kan ade cerita tentang kami pergi menziarahi Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak. Alhamdulillah sempat solat di sana juga. Selepas turun dari Bukit Chandan, kami kemudian melawat kawan suami di SMK Temenggong, Kati.
Sewaktu dalam perjalanan ke Kati tadi, ada nampak signboard 'Galeri Arkeologi' di Lenggong. Sangat teruja. Sebabnya saya dah lama dengar pasal Perak Man ni. Dan teringin pula nk pergi lihat sendiri. Dah terlanjur ada di Kuala Kangsar pulak tu yang sebelah aje dengan Lenggong.
Bila tanya Cikgu Suhami, katanya dah tak jauh. Dalam 15 minit dari Kati. Dan rangka sebenar Perak Man ada di sana. Tahu tak Orang Perak atau Perak Man adalah merupakan rangka manusia tertua yang dijumpai kat Malaysia. Tulang rangka Perak Man ni ahli arkeologi gali dan jumpa pada tahun 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh . Gua ni terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak.
Dan sekali lagi, dengan spontannya kami ke Lenggong untuk melawat Perak Man. Dalam perjalanan tu ade la nampak Tasik Rebana la, jalan ke Air terjun la. Rasa mmg nak singgah lawat semua tapi tk cukup masa la kan. Kalau anda ada banyak masa, ni ade beberapa tempat boleh di awat di Lenggong
![]() |
Tempat-tempat menarik di Lenggong |
Sampai di Galeri Arkeologi, cuaca agak panas dan bahang. Hampir jam 12 tengahari ketika itu. Mujur mood anak-anak masih ok. Cuma yang bongsu sudah tertidur kepenatan.
![]() |
Bangunan utama di Galeri Arkeologi |
![]() |
Bergambar kenangan di pintu masuk |
Setelah masuk dari pintu utama, kami mendaftar dalam buku tetamu. Oh ye, masuk adalah percuma ye. Di tepi pintu ada pula peraduan. Jadi kami pun tumpang la masuk peraduan kira siput pulak. Hahaha, takde keje betul. Ye la mana tahu betul pulak tekaan kan?
![]() |
Dah tak ingat hari tu Imran dan I'jaaz teka berapa siputnya! Haha |
Then mula tengok-tengok semua jenis batu dan peralatan zaman-zaman dulu kala sampai la ke satu ruangan yang menempatkan Perak Man. Dup dap dup dap. Macam berdebar aje masuk gua tiruan dalam bilik pameran tu. Mula-mula ada sedikit info tentang Orang Perak yang di paparkan. Siap ada My Kad!
![]() |
Info tentang Orang Perak |
![]() |
Rangka asal! |
Sempat juga dua hero ini bertandang di wakaf yang disediakan. Cuba main dam batu dengan congkak. Bagus la, emak pun ade rasa nk beli congkak la 1. Mainan tradisi ini kalau bukan kita yang hidupkan, siapa lagi?
Selepas tu semua dah kepenatan dari kami pun berangkat terus ke tol Kuala Kangsar untuk teruskan perjalanan ke destinasi utama, Prai!
Nantikan cerita kami di Prai pula ye :)
Love,
Salwa
Waaa..rindunya Lenggong! Masa depa dok cari fosil kat Kg Gelok tu dulu kami menyibuk gak pegi, tengok apa ada dalam khemah-khemah depa, tengok depa dok tanda artifak tapi bukan faham apa. hehe. Tapi yang lagi best kami pun tak pernah tengok Perak Man.hiii.
ReplyDeleteTak singgah Tasik Raban ke.
Hehehehe..betoi tu. sebenarnya orang yang dekat la yang susah nk singgah sebab rasa mende tu sentiasa ada. contohnya menara condong teluk intan tu. mana pernah naik. sebab kengkonon bebila nak naik pun boleh. lastnya sampai skrg tk naik pun..huhuhuuh
Delete