Menderma darah adalah satu perbuatan yang sangat terpuji dan digalakkan. Kita mampu membantu mereka yang sedang bertarung nyawa dan memerlukan darah. Kita juga dapat membantu mereka yang sedang di bedah dalam keadaan kritikal yang memerlukan darah.
Banyak mitos yang berlegar di sekitar isu menderma darah
Sebenarnya tak lah susah dan se 'gerun' yang selalu kita bayangkan
Saya juga telah beberapa kali menderma darah, alhamdulillah
Atas dasar kepentingan menderma darah ini, saya kongsikan satu lagi infografik tentang Derma Darah yang bersumberkan dari laman sesawang PUSAT DARAH NEGARA
Semoga bermanfaat!
:)
Kriteria Penderma Darah
ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :
1. Sihat tubuh badan.
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
11. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut :
WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
| |
Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis.
|
Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun.
|
Lesen Memandu
|
Passport
|
Kad Pekerja dengan No Kad Pengenalan dan gambar.
|
Permit Kerja dengan nombor passport dan gambar
|
Kad Pelajar dengan No Kad Pengenalan dan gambar.
|
Kad Pelajar dengan nombor passport dan gambar
|
Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan.
|
-
|
12. Dokumen berikut TIDAK DITERIMA bagi pendaftaran sebagai penderma darah :
WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
| |
Salinan Kad Pengenalan
|
Salinan Passport
|
-
|
PATI
|
-
|
UNHCR
|
-
|
Boleh membaca dan memahami borang pendaftaran penderma samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (penterjemah tidak boleh)
|
No comments:
Post a Comment