Assalamualaikum wbt
Saya pasti, anda juga mungkin pernah tertanya-tanya dengan sebilangan amalan yang kita dok selalu nampak tapi kita rasa pelik.
Aik?
Kenapa pulak macam ni? Islam ade ajar ke macam ni? Kenapa pulak macam menyusahkan?
Haaaa, nak tahu tak, sebabnya islam tak ajar pun buat camtuh sebenarnya. Tapi kita dah tercampur aduk antara amalan budaya dan ibadah, jadi confuse tatau mana satu yang betul mana satu yang tak betul.
Saya telah menulis kembali entri ini setelah idea diterima dari mesej whatsapp dari salah satu group yang saya kira telah rangkumkan dengan baik tentang amalan-amalan terbalik masa kini. Elok sangat kita buat sebagai pengajaran
Ini hanyalah contoh
Adapun yang baiknya adalah merujuk semula dalil dan sebab dengan orang lebih berilmu.
Wallahu'alam
AMALAN 1: KENDURI ARWAH
Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas
sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Bayangkan, mereka ini telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Jika belanja yang digunakan adalah dari harta si mati, dan belum pula di agihkan ikut HUKUM FARAID, tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
AMALAN 2: WALIMATUL URUS
Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi atau kita panggil salam kerok. Ini dikira sebagai hadiah wang yang diberi semasa bersalam di kenduri kawwn. Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Kadang-kadang segan sebab tk cukup cash atau takut tuan rumah rasa kita bagi sikit.
Lebih teruk lagi jika tuan rumah memberikan doorgift hanya kepada yang bersalam sahaja.Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. Disini yang tetamu pun pelil, yang tuan rumah lagi pelik.
AMALAN 3: ADAB BERPAKAIAN
Kalau nak pegi majlis keraian ke lagi2 kalau yang dianjurkan pemimpin atau orang-orang kaya, kita berpakaian cantik kemas dan segak siap buat tempahan special kt designer. Tetapi bila mengadap Allah yang Maha Agung dan Pemberi Rezeki baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja. Kadang-kdang lansung tak berbaju. Mengapakah?
AMALAN 4: JUADAH
Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu. Karang orang kata kita gelojoh sangat sampai licin pinggan mangkuk. Usahkan rumah orang, rumah sendiri pun sanggup nak tinggalkan sepotong kuih sebab takut nampak pelahap. Oh no!!! Sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Tuan rumah pun jaga pula ada sikap judgmental pada yang datang umah dia. Jika anda datang umah saya, tolong la habiskan. Jika anda habiskan, saya akan happy sangat ye
AMALAN 5: SOLAT SUNAT
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin. Masuk aje masjid terus buat solat sunat. Sebelum solat kita solat sunat. Habis solat fardhu, buat lagi solat sunat. Tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
AMALAN 6: BELANJA DI BULAN PUASA
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu. Makan, pakaian, perbuatan, percakapan dan segala serba serbi termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
AMALAN 7: ILMU AL-QURAN
Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Siang pegi sekolah, petang dengan malam hantar tuisyen. Umur budak baru 7 tahun pun nk tuisen. Apekah?
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Camne tu?
Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Jika tiada uzur atau halangan, solat di masjid bagi orang lelaki. Kenapa susah nk buat?
Kalau yang isteri pulak, kalau keluar umah kemain berhias bagai. Semua nak ditepek sampai tatau ape jadi nampak muka tu. Fesyen tudung bertukar2 sampai reben atas kepala pun ade sekarang. Udah jadi tabarruj pun ade.Tapi kalau kt umah? Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia dan kadangkala porak peranda
Begitu lah al kisahnya
Saya pun bukanlah baik benar tapi elok la kita amik pengajaran bersama utk membetulkan mana yang tak betul tu. Khuatir melarat-larat nanti
Wallahu'alam
Selamat beramal!
:)

AMALAN 8: REZEKI

AMALAN 9: BERHIAS

No comments:
Post a Comment