Assalamualaikum wbt
Tubuh badan kita dicipta unik dengan fungsi yang sama tapi berbeza dari setiap individu.
Ada yang mempunyai daya ketahanan tinggi
Ada yang metabolisma tinggi
Ada yang mudah dihinggapi penyakit
Ada juga yang tahan lasak walaupun diuji dengan cuaca dan kondisi pelbagai
Indah ciptaan Allah ni.
Sama juga hal nya bila tubuh kita bereaksi ke atas sesuatu yang di ambil
Ada yang biasa sahaja
Ada juga alami alahan
Bagaimana pula dengan pengambilan supplemen?
Ada juga ke kesan?
Hari ni saya nk kongsi 3 kesan utama yang sering di alami oleh seseorang yang mengambil supplemen Shaklee. Kita panggil istilahnya adalah HEALING CRISIS PROSES.
Mari kita tengok apa 3 kesan paling biasa berlaku tu
KESAN 1: DEMAM DAN SELSEMA
Ini berlaku kerana kadar keasidan yang tinggi didalam badan kita.
Pengambilan supplemen adalah selamat utk diteruskan.
Di nasihatkan agar anda mengambil air dengan secukupnya (sekurang-kurangnya 3 Liter sehari) dan boleh menghilangkan haba dengan meletakkan tuala basah di kawasan haba terkumpul seperti celahan ketiak, lutut, di bawah tengkuk dan liptan siku.
Jika keadaan berlanjutan selama beberapa hari dengan suhu yang tinggi, anda dinasihatkan untuk segera bertemu dengan pegawai perubatan untuk rawatan
KESAN 2: LOYA DAN MUNTAH
Ini berlaku kebiasannya ketika mula mengambil supplemen
Simptom yang dialami adalah disebabkan tindak balas tubuh kita yang penuh toksin yang menerima 'rawatan' dengan supplemen yang kita ambil.
Badan kita akan rasa letih dan tidak bermaya.
Dicadangkan agar terus mengambil supplemen dan pastikan pengambilan air yang banyak dan mencukupi bagi membantu proses membuang toksin didalam tubuh badan
KESAN 3: JERAWAT
Ini adalah kesan yang paling kerap dialami terutamanya pelanggan yang mencuba supplemen yang berfungsi untuk proses detox.
Jerawat yang timbul adalah proses untuk membuang toksik yang berada didalam tubuh badan kita yang dikeluarkan melalui peluh, proses perkumuhan dan juga dalam bentuk jerawat atau bisul.
Perkara ini akan berlanjutan sehingga ke tempoh yang agak lama seperti 2 minggu.
Pastikan anda terus mengambil supplemen, minum air yang mencukupi, tidur secukupnya dan elakkan makanan tidak berkhasiat dan berminyak sepanjang tempoh ini
KESIMPULAN:
Diharapkan dengan perkongsian ini anda akan rasa lebih selesa dan yakin untuk mengambil supplemen dan tidak merasa risau.
Apa yang penting, bersabar dan sentiasa positif disamping berdoa agar kita diberikan kemudahan untuk menjadi lebih sihat.
Dapatkan konsultasi dari pengedar Shaklee anda. Bagi pelanggan kami di salwasaleh.com dan OHSEM GROUP, kesemua konsultasi dan tips disediakan secara percuma dan berterusan.
Selamat mencuba!
Love,
Salwa
Popular Posts
-
Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high com...
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Biasa tak korang confuse dan pakai ayat-ayat mcm "pkl 1 petang karang kita jumpe tau" atau &...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...

No comments:
Post a Comment