Assalamualaikum wbt
Pernah tak anda rasa sakit yang amat sangat pada bahagian payudara selepas melahirkan?
Atau pernah tak tiba-tiba payu dara anda membengkak dan penuh susu walaupun bayi disusukan mengikut waktu?
Jangan risau
Ianya adalah sesuatu yang normal.
Tapi MENYAKITKAN BUKAN?
Hari ni saya nk cerita sedikit tentang payu dara bengkak dan cara utk meredakan nya mengikut pengalaman sendiri dan olahan info yang saya ambil dari BABY CENTRE
Mula-mula sekali kita kene tahu kenapa Payudara kita tiba-tiba membengkak dan sakit sekali?
Begini
Selepas berlakunya proses kelahiran, susu badan yang sudah terhasil sejak hamil lagi akan memenuhi payudara kita untuk proses penyusuan. Pada masa yang sama, aliran darah akan mengalir dengan banyak ke arah payu dara kita yang mengakibatkan sesetengah tisu di sekeliling payudara itu membengkak.
Situasi ini berlaku sementara dalam tempoh 24 hingga 48 jam namun boleh berulang. Jika kita melakukan beberapa perkara yang disarankan seperti yang bakal saya ceritakan, kelegaan akan dapat diperolehi dengan lebih pantas lagi.
Apa yang penting, sepanjang tempoh payu dara anda bengkak, proses penyusuan bayi adalah selamat dan tidak merbahaya sama sekali malah harus lebih di kerapkan.
Jadi,
Apakah tips yang boleh kita lakukan untuk meredakan kesakitan dan merawat payu dara yang bengkak ini?
TIPS 1: SUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN
Bayi memerlukan susu ibu dengan kerap. Namun kadangkala kita terlupa kerana bayi asyik tidur dan tidak memberikan susu pada waktu yang sepatutnya. Pastikan bayi disusukan setiap dua atau tiga jam. Jika bayi tidur, sentuh bahagian bibir dan hidungnya sedikit utk membangunkan bayi.
Adalah penting utk memastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.
TIPS 2: URUT PAYUDARA ANDA
Terdapat satu lagi teknik yang dipanggil 'menyikat' payudara. Sewaktu bayi anda sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan ke arah kawasan puting. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
TIPS 3: PAM PAYUDARA ANDA
Sesetengah bayi akan mengalami kesukaran untuk melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Bagi melembutkan kawasan itu, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada sebelum memerah susu.
Jika payudara anda kerap penuh, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Malah susu yang diperah iaitu EBM (Expressed Breast Milk) boleh disimpan diruang sejuk beku untuk digunakan pada masa akan datang. Ini juga amat baik untuk memberi sedikit ransangan dan membiasakan anda untuk mengepam setelah habis tempoh berpantang dan sewaktu bekerja nanti.
TIPS 4: LETAKKAN KOBIS DI DALAM COLI
Melalui pengalaman saya sendiri, kelegaan diperolehi dengan cepat setelah meletakkan sehelai kobis di setiap payudara selama 3 jam. Jangan pula tertidur dengan kobis tersebut kerana ia berupaya mengeringkan susu; walaupun tiada bukti saintifik untuk menyokongnya. Sembang-sembang dengan rakan yang mencuba, kami dapati cara ini sangat efektig apabila tips 1 hingga tips 3 yang kami cuba tidak mendatangkan hasil.
TIPS 5: PEMGAMBILAN LECITHIN
Pengambilan supplemen Lecithin juga berupaya untuk mencegah daripada salur susu tersumbat dan merawat masalah bengkak susu. Melalui laman web Ask Dr Sears , dinyatakan kajian telah menujukkan bahawa pengambilan satu sudu makan granular lecithin atau satu kapsul lecithin degan 12oomg untuk 3 atau 4 kali sehari berupaya mencegah salur susu tersumbat dan merawat bengkak susu.
Jika anda berada di Malaysia, Lecithin boleh didapati daripada pengedar Shaklee dengan arga sangat berpatutan. Ianya halal dan mendapat kelulusan KKM. Boleh berhubung dengan saya jika mahu mendapatkannya.
TIPS 6: PAKAI COLI YANG SESUAI
Pakailah coli menyusu yang sesuai untuk payudara anda. Bukan sekadar penting untuk memberi sokongan malah perlu dipastikan coli itu selesa dipakai dan tidak menekan terutamanya pada waktu malam. Pastikan ianya tidak terlalu ketat atau terlalu longgar hingga boleh meyebabkan tekanan kepada payudara anda
TIPS 7: MANDI DENGAN AIR SUAM
Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Setelah mandi dengan air suam, urut perlahan-lahan payudara seperti Tips 2 dan keluarkan sedikit demi sedikit susu untuk memastikan areola dan payudara kembali lembut
TIPS 8: TUAM PAYU DARA ANDA
Teknik ini boleh dilakukan dengan melayurkan daun sireh dan meletakkan sedikit minyak zaitun keatasnya. Tekap untuk beberapa saat. Kemudian layurkan daun sireh yang baru dan ulang beberapa kali sehingga rasa sedikit lega. Teknik ini juga membantu bayi anda utk mengelakkan perut kembung jika dituam setiap kali selepas mandi ke atas perut bayi anda
Bagaimana?
Mudah kan?
Diharapkan dengan perkongsian 8 tips ini, anda akan dapat melegakan masalah bengkak payu dara dan dapat meneruskan proses penyusuan bayi seperti biasa tanpa rasa kesakitan.
Jika anda perlukan bantuan, atau ingin memiliki Lecithin Shaklee yang berharga hanya RM53.75 utk 180 kapsul, boleh hubungi kami di talian 019-5558027
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Love,
Salwa
No comments:
Post a Comment