Assalamualaikum wbt
Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terlebih dahulu.
Jika pada Mac 2006, saya pernah menulis tentang BE SCEPTICAL, hari ini saya perlu menulis lagi. Seperti tajuk entri saya kali ini, masalah ini sudah lama wujud, dari zaman saya masih pelajar hingga sekarang sudah mempunyai 2 orang cahayamata, tetapi masih dengan masalah yang sama
ISU E471 atau Emulsifier 471
Banyak pihak kerap meng'forward' tentang produk yang kononnya haram kerana mengandungi E471. Yang terlampau taksub hingga menyalahkan JAKIM kerana mengeluarkan sijil halal sedangkan produk itu mempunyai E471. Antara yg pernah terkena tempias adalah keropok ROTA, Coklat Kopiko dan macam-macam lagi.
Jadilah pengguna beretika dan sedikit bijak sebolehnya. Google dihujung jari. Ambillah inisiatif dan jangan cepat menghentam. Cari sumber rujukan yang dipercayai dan bukan seronok dengan cerita gosip panas tak tentu hala.
Jakim sendiri telah mengeluarkan kenyataan bahawa E471 tidak semestinya mengandungi lemak khinzir. Ia adalah kod pengemulsi bagi Mono- and diglycerides of fatty acids (glyceryl monostearate, glyceryl distearate (Mono- and diglycerides of fatty acids) .
Bahan ini boleh dihasilkan daripada tumbuhan (sawit) dan haiwan. Jika produk tersebut telah mendapat pengesahan halal, sudah pasti E471 tersebut dihasilkan daripada sumber yang halal. Jangan lah cepat melompat dan terjun tingkap atau terburu-buru nak samak tekak dengan air tanah kerana tertelan produk yang ada E471!
Isu Bovine dan Gelatin
Sama seperti isu E471, kebanyakan orang kerap dengan semberono menyebarkan berita tidak betul atau lebih tepat dipanggil FITNAH bila melihat dua perkara ini berada didalam bahan sesuatu makanan.
Ada yang sampai tangkap gambar buang supplement dalam tong sampah sebab ragu-ragu dengan kandungan bovine dalamnnya. Jadilah sedikit rajin utk bertanya atau dapatkan pengesahan. Janganlah kerana gossip mak jemah atau kiah propa, anda pun menangguk sama.
Gelatin ini boleh berasal dari pelbagai sumber. Jika sumbernya adalah lembu maka ia digelar Bovine. Jika dari ikan, akan digelar Marine dan jika berasal dari babi, akan dipanggil Porcine. Ada juga gelatin berunsur dari tumbuhan.
Jika mereka menggunakan Porcine, maka jelas ianya Haram. Jika berasal dari tumbuhan atau marine, ianya adalah halal namun, jika yg digunakan Bovine, maka kaedah penyembelihan binatang itu mestilah mengikut garis panduan islam.
Makanya, tak semestinya bila nampak Gelatin atau Bovine, ianya HARAM mutlak!
Rujuk sijil halal dan jika sah, maka bolehlah kita guna dan makan
Harapnya dapat lah memberi sedikit manfaat
Jadilah pengguna bijak ye
Love,
Salwa
Popular Posts
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Hari ni nk cerita satu lg feature menarik tentang salah satu produk Shaklee yang paling hot Hari tu kita dah kupas te...
-
Assalamualaikum wbt Sebenarnya saya sedikit kesal dengan kebanyakan pengguna internet yang suka menyebarkan maklumat tanpa diselidiki terl...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...

Setuju dengan akak. Bacalah dan kajilah dulu. Bukan 'share' dulu.Saya di bidang inipun pening dan naik muak dah dengan mesej berantai tak tentu hala. Ada yang lagi 'best', jangan makan sardin,tulang sardin tu reput kan? Kalau kita makan macam mana? Haha.
ReplyDeleteagak meng stresskan heehe. tp tu la, kita kene teruskan memberi maklumat yg betul supaya lebih ramai yang tahu :D
DeleteSalam kak
ReplyDeleteSaya baru beli product
Nutralife capsule L-carnitine
Dalam ingredient dia ada tulis gelatin bovine source tapi tak ada logo halal
Saya rasa was-was macam mana nak tau halal ke tidak
ws wbt. kalau kes gini, awk kene contact syarikat tu sendiri, tanya ada tak sijil halal.
Deletekalau halal pun dia x faham... kena buangke supplement tu... buang kapsul gelatin bovin tu saja boleh ke... macam pernah dengar zaman dulu... jgn bazir katanya
ReplyDelete