Biasa tak kalau kita atau anak-anak kita makan biskut lepas tu tinggal aje dan tak dimasukkan dalam tupperware dengan elok?
Atau mungkin dah masuk bekas tapi bekas tu pulak tidak kedap udara macam Lock&Lock. Makanya biskut terus menjadi lemau.
Kalau dah lemau, apa yang tuan tuan dan puan puan lakukan?
Buang?
Campak?
Kasik burung makan?
Sekarang anda tidak perlu risau lagi. Jangan membazir kerana kami ingin kongsi dengan anda cara merangupkan kembali biskut yang telah lemau.
Bahan yang paling utama adalah: KERAJINAN
Tanpa bahan ini, memang confirm lah biskut anda tu akan terus lemau sampai la tak boleh nak dimakan dah.
So, jika anda dah dapat bahan utama ni, seterusnya cari dulang atau lengat atau bekas tahan oven.
Susun biskut lemau anda elok-elok supaya biskut yang bertindih adalah minimal
Panaskan oven dengan suhu 180 darjah dan bakar biskut tu selama 5 minit.
Tattaraaaaa
Hasilnya sangat best. Bukan setakat rangup malah extra brownish dan sedap dimakan kembali.
Tak percaya?
Cubalah dulu!!! :)
Love,
Salwa
menarik, menarik...
ReplyDeletepanaskan suhu dulu @ masukkan terus biskut?
ReplyDeletebiskut dah salut coklat boleh jgk ke?
ReplyDelete