Assalamualaikum
Hari ini sangat unik dari pelbagai sudut.
Sejak pagi lagi saya menerima beberapa pesanan yang bertanyakan apa rasanya menjadi suri rumah tangga dan WAHM buat pertama kali?
Jawapan: Masih seperti biasa
Kata suami, sebab baru lagi. Nanti selepas beberapa bulan, mungkin lain pula feeling nya nanti. Ya, mungkin ada benarnya.Lagipun, hari ini memang cuti untuk kawasan Wilayah Persekutuan. Paling awal pun rasa, mungkin Isnin hadapan.
Apapun, ada beberapa perkara yang berlaku hari ini:
#1: Menjaga Imran di hospital
Sehari sebelum saya ber farewell dengan syarikat minyak, Imran lebih mendahului agenda emaknya kerana secara tiba-tiba Imran demam panas diikuti semput yang agak teruk. Seperti yang dijangka, malam Rabu Imran admitted. Terpaksalah ayahnya mengambil cuti kecemasan pada hari Khamis. Dan hari ini, dengan status housewife, saya juga turut menjaga Imran.
#2: Apa yang dirancang tidak berlaku
Kita memang boleh merancang dengan rapi dan teliti. Buatlah sebesar mana pun perancangan kita, tapi jangan lupa bahawa Allah yang menentukan pada akhirnya. Saya berkira-kira pada hari ini selepas selesai urusan check-up saya, saya ingin menguruskan beberapa perkara di sekitar Serdang. Kemudian ingin membeli barang mentah untuk juadah tengahari dan makan malam. Sebelah petangnya ingin mengemaskan sedikit laman rumah. Tapi, hakikatnya, saya berada di hospital menjaga Imran.
"Kita merancang, Allah sebaik-baik perancang"
#3: Sharing is Caring
Idea ini timbul sewaktu mengemas barangan Imran untuk dibawa ke hospital pagi tadi. Ada sedikit lollichocs for Syria di pejabat yang masih berbaki. Terus saya terfikir untuk membawa ke hospital. Bukan untuk Imran kerana Imran alah pada coklat.Tapi untuk kawan-kawan pesakit di Wad Peadiatrik yang senasib dengan Imran. Apa salahnya rezeki yang kecil kita kongsikan bersama
Inilah Lollichocs salwasaleh.com yang Imran edarkan pada kawan-kawanya.
Memang menyentuh hati apabila Imran menghulurkan coklat, terukir senyuman diwajah kawan-kawannya. Semoga coklat yang tidak seberapa ini dapat menghiburkan sedikit hati mereka dan moga mereka juga cepat sembuh!
#4: Bertemu senior lama
Ditakdirkan Allah, sewaktu Round PM, doktor bertugas yang melawat Imran adalah seorang senior yang begitu lama terpisah. Kali terakhir kami berjumpa seingat saya pada tahun 2006. Alhamdulillah Allah pertemukan kembali dengan Kak Gee. Kami berbual seketika, mengimbau kenangan-kenangan lama. Kak Gee sedang sambung Master, saya pula baru bertukar kerja. (heheheh). Dan syukur sekali lagi apabila Imran disahkan OK untuk discharge.
Itulah kisahnya hari ini.
Seorang yang menjadi WAHM pertama kali
Esok, belum pasti apa akan terjadi
Kata Saidina Umar al-Khattab:
"No amount of guilt can change the past and no amount of worrying can change the future"
Bertemu lagi di lain entry in sya Allah!
Salam mesra,
salwasaleh.com
1 Februari 2013
Popular Posts
-
Congratulations on getting to this stage of the Chevening application! You have gone this far – it shows that the British embassy/high com...
-
♪BELAJAR BAHASA ARAB♪ terima kasih - syukran (شكرًا ) sama sama - afwan ( عفواً ) saya minta maaf - aseef (asif) ( آسف ) baiklah - h...
-
Assalamualaikum wbt Post ini saya telah lama 'hutang' dengan beberapa rakan yang kerap bertanya bagaimana saya berpantang selepas ...
-
Assalamualaikum wbt Since ramai yang masih tertanya apa kudapan yang sesuai untuk anak especially kudapan untuk bayi 6 bulan ke atas, m...
-
Assalamualaikum wbt Biasa tak korang confuse dan pakai ayat-ayat mcm "pkl 1 petang karang kita jumpe tau" atau &...

salam.
ReplyDeletesmg bahagia dalam tindakan2 yg telah dipilih..
semuanya, segalanya berlaku dgn izin ALLAH jua.
selamat berbahagia sbg seorang suri rumah.
ALLAH is the best planner. 200% agreed.
ayong ej
Ws wbt
ReplyDeleteThanks ayong for the doa and wish. In sya Allah akan cuba yang terbaik untuk mengisi waktu-waktu yang terhad ini.
Muah2