Salwa dah jadi Certified Google Marketer!

Assalamualaikum wbt

Ni nak bercerita tentang satu perkara yang paling mengujakan yang berlaku bulan ni selepas raya. Heheheheh. Isnin, selasa dan rabu lepas, saya disponsor oleh MDEC sebagai Master Trainer mereka, untuk mendapatkan certification dalam Google Adwords.

Memang melompat lompat lah nak kan! Sebabnya saya dah lama aim nak pergi course dan dapatkan certification dalam Adwords nih. Adwords juga memang banyak digunapakai syarikat-syarikat besar macam Lazada, Shoppee, 11Street dan syarikat lainnya. Dan makin lama makin banyak company pakai marketing gunakan Adwords.

Since awal tahun lalu saya dah dapat certification dalam Google Analytics, ianya lagi membantu untuk saya faham Adwords sebab dua perkara ini hubung kait nya sangat besar.

Hari isnin ditakdirkan Allah saya sakit. Sakit musim raya ni memang berkaitan perut la huhuhu. Mujurlah lepas tu dapat pergi dan dapat belajar juga. Cuak lah, takut tak faham. Rugi nanti. Dah la nak kene jawab exam pulak. Dua exam pulak tu!!
Lega lah bila dah lulus!

Trainer saya, Sam Suresh kebiasannya kelakar dan buatkan kelas tak boring sangat. Kebetulan dia tak sehat jadi semua orang pun jadi lebih serius dan fokus. Nasib baik akhirnya saya dan peserta lain lulus kedua-dua exam dan officially boleh di iktiraf sebagai Google Certified Adwords Marketer.







Kat sini saya nak cerita kelebihan Google Adwords:
  • Boleh memasarkan produk kita dengan pantas di carian Google
  • Boleh bid gunakan keyword yang tepat dan sesuai untuk bisnes
  • Boleh bantu kita faham apa yang customer nak based on carian mereka
  • Boleh di experimentkan dalam pelbagai bentuk
  • Pemasaran boleh jadi lebih tepat dengan tools yang disediakan
  • Tidak perlu berteka-teki dengan keywords yang bakal digunakan


Sebenarnya ada banyak lah lagi kelebihannya. Jika anda ingin belajar tentang Google Adwords, nanti saya cuba merajinkan diri dan buat kelas ye. Hehehe



Tapi kalau serius ingin amik Certification macam saya, boleh tengok laman web MU.MY untuk dapatkan info tentang pensijilan ini dan kemudiannya attend training yang berkaitan.

Ok, masa untuk praktikkan apa yang perlu!
Jumpa lagi!

Love,
Coach Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment