Main sampai pancit diIndoor playground di Dreamworld IOI Putrajaya

Assalamualaikum wbt

Kelmarin kami bawa anak-anak ke salah satu indoor playground yang ada di area Lembah Klang ni. Yang ni latest addition. Namanya Dreamworld. Dekat aras 2 IOI Putrajaya Mall. Betul-betul atas tempat ice skating tu.

Dari pagi sampai dah ke malam baru sampai rumah. Pengsan dibuatnya tapi yang pengsan tu emak ayahnya la.



So, apa yang menarik di sana?
1. Mainan
Segala macam mainan meransang minda dan fizikal ada dalam tu. Sesuai untuk baby sampai lah anak-anak sekolah rendah. Kalau sekolah menengah dah tak excited la kot. Kot la sebab kitorang takde anak sekolah menengah lagi. Imran baru 9 tahun hehehe.
Ada untuk sensory, visual, kinestetik, fine motor skill. Tarikan utama tentulah triple slides dekat main area. Masuk je itu la yang budak tengok dulu. Selain tu ada juga giant slide, mini rock climbing, trampolin, bridge.
Track dia memang panjang dan agak luas. Jadi selesa la budak berlari. Sebenarnya emak ayah pun boleh masuk sama dalam track tu tapi kene datang super awal time takde orang lagi. Kang berebut dengan budak, tak sesuai sgt.





2. Time
Waktu buka jam 10 pagi sampai 10 malam. Buka setiap hari kecuali sehari setiap bulan dia tutup untuk maintenance. Katanya boleh rujuk kt FB kalau nak tahu tarikh tutup tu. So kitorang 'check-in' pukul 10.30 macam tu. Lapang selapangnya. Ada 2 orang je time tu.
Emak dengan ayah bergilir-gilir dok perhatikan Israa'. Sorang akan ikut dia dan sorang lagi pegang baby Iyaad. Imran dengan I'jaaz tak payah briefing ke ape ke. Terus on je engine diorang lepas masuk.
Sebab tu la kitorang berpeluang menjadi komando selama sejam lebih. Merangkak mengejar sambil amik video. By the time abes pusing 1 round tu terus rasa hilang 5kg. Hahahaha. Tak boleh brain macam mana anak-anak ni boleh main berjam-jam.
Ibubapa dibenarkan naik ke dalam track tu. Kukuh. Jangan risau roboh. Cumanya 12 ke atas memang dah ramai kids. Dah tak sesuai la nak berebut space dengan diorang time tu.




3. Fee
Setiap hari weekend, public holiday, school holiday yuran dia RM55 seorang. Kalau weekdays RM45. Bawah 2 tahun RM20. Baby bawah 1 tahun free. Setiap tiket kanak-kanak boleh bawa 1 adult percuma.
Bayaran per entry. Dapat gelang kertas warna oren untuk kids warna green untuk adult. Percuma 1 kotak/botol air. Tunjuk resit bila nak claim air. Stoking wajib pakai. Takde stokin kene beli kat sana so pakai la siap-siap kan untuk setiap ahli rumahtangga.
Sebab per entry jadi boleh la keluar masuk keluar masuk. Kitorang mula masuk 10.30 pastu keluar pukul 12.45 untuk lunch dan Zuhur. Pastu maauk balik. Pastu keluar Asar pulak. Pastu masuk balik. Pukul 6.15 baru betul-betul keluar untuk dinner. Itupun diorang cakap kalau boleh nak stay lagi. Fuhhhhh


4. Apa parents buat?
Ada kerusi dan meja disediakan untuk parents. Ada yang siap bawa laptop buat bisnes dan keje. Ni sebab anak dah beso kot. Jadi tak payah riso. Ada yang berjemaah membawang. Ada yang tido. Ramai yang main hp.
Tapi kalau parents macam kitorang ni yang ada anak bawah 3 tahun memang pancit habis la. Kehulu kehilir berkejo memerhatikan. Takut kene langgo. Almaklumlah budak beso sangat excited jadi kita la kene monitor. Jangan pulak tak amik tahu. Kang sikit je tersenggol, mengamuk tak tentu hala. Takmo la eh. No drama drama


dreamworld ioi putrajaya, ioi putrajaya, dreamworld, dreamworld indoor playground, dreamworld malaysia, indoor playground malaysia, indoor playground, tempat bermain dreamworld, harga tiket dreamworld, entrance fee dreamworld, playground malaysia, indoor playground klang valley, taman permainan di lembah klang, indoor playground in kl, indoor playground bangi, indoor playground putrajaya, dreamworld playland


So kesimpulannya,
Ok la. Berbaloi-baloi nak bawa ke sana.
Afterall mungkin boring untuk kita tapi heaven untuk anak-anak.kan?

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment