Dulu tak sama macam sekarang

Dulu tak sama dengan sekarang

Dulu kita main, lari, panjat pokok, terjun tiruk dalam sungai, balik dah nak senja pun emak abah tak risau. Jiran-jiran kenal belaka. Main pun ramai-ramai penuh mesra. Lunch pun ikut dan la kat rumah sesiapa. Jatuh luka sana sini lastnya parents cakap padan muka.

Sekarang anak nak main dalam pagar rumah sendiri pun kena ada yang perhati. Main pulak sesama sendiri tak tahu jiran kanan kiri. Baru main 10 minit dah suruh masuk sebab parenta banyak kerja menanti. Dalam rumah sepah lah sebab ape lagi aktiviti nak buat selain menyepah dan tengok tv?



Dulu nak kenduri kahwin paling seronok. Sekampung pakat turun gotong royong seminggu kacau periuk. Bawa pula beras gula sekampit dua buat bantu tuan rumah save belanja. Meriah dengan lagu hiburan nasihat, pengantin pula malu tersipu-sipu atas pelamin. Anak-anak berkejaran kutip gula-gula atau buat percubaan amik bunga manggar atas buah betik di pacak di tepi jalan sana.

Sekarang kenduri berlumba siapa yang gah dan mewah. Dewan mana katerer mana ahli kompang mana diundang, semua nak tayang. Tetamu datang jadi pengkritik. Yang nak jumpa pengantin, pengantin tkde sebab shooting katanya. Anak-anak pakat menghadap skrin hp dan tab belaka sampai sepupu sepapat tak kenal tak bertentang mata.

Dulu nak masuk tadika sebab nak bagi anak rasa selesa. Jadi nanti masuk tahun satu dah terbiasa. Tak apa tak pandai baca dan eja asalkan pandai berkawan dan tahu hormat guru. Main sepuasnya tak ada mengejarkan apa-apa. Tak ada homework. Hujung tahun salam cikgu bagi sabun sebuku. Tanda terima kasih.

Sekarang masuk tadika macam nak dapat sarjana muda. Yurannya beribu kalau swasta. Yang tak swasta pula banyak beratur dan penuh kuota. Tak berkawan tak apa asal periksa berderet a macam itulah penentu kehidupan agaknya. Homework banyak bukan cikgu nak tapi puaskan kehendak ibubapa yang mendesak. Hujung tahun majlis penuh grand sampai kadang terlebih dari sepatutnya.

Memang
Dulu dan sekarang tak sama
Pilih lah mana yang berguna
Bukan nasihat, ini bebelan sahaja
Kan nanti kubur pun lain-lain lubangnya!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment