Berpantanglah secara sederhana

Assalamualaikum wbt

Maksud saya sederhana tu adalah mengikut keupayaan, keadaan, tuntutan agama dan adat. Sebenarnya apa-apa perkara pun memang kita perlu bersederhana. Umpamanya makan nasi secara sederhana, bila terlalu sedikit tidak mengenyangkan, bila berlebihan jadi penyakit.

Antara kisah-kisah benar berpantang yang extreme hanya untuk tujuan tertentu (kurus kembali misalnya) seperti:

- Minum segelas air kosong sehari
- Makan hanya 3 sudu nasi sehari
- Mandi seminggu sekali
- Tidak membersihkan kepala sepanjang pantang
- Terlalu kurang pergerakan hingga semuanya orang kerjakan
- Berbengkung sepanjang waktu
- Makan ikan bilis/ikan masin sahaja sewaktu berpantang
- Tidak makan buah lansung

Banyak lagi kisah saya dengar sendiri. Ini contoh sahaja. Kebanyakannya akibat tidak cukup ilmu dan mendengar cakap-cakap orang. Terutamanya jika ada 'konon pakar' yang menasihati berdasarkan pengalaman.

Amalan-amalan extreme ini saya lansung tidak setuju. Biarlah jika ada persatuan bidan seluruh dunia nak hentam saya sekalipun, silakan. Saya bercakap tentang fakta dan bukti saintifik, bukan sekadar cakap mulut gossip-gossip petang hari yang sudahnya makan diri. (macam kes meruang tempohari)

Dan ibu bila dipaksa keterlaluan untuk mengikut adat-adat berpantang yang tidak sepatutnya, lebih cenderung menjadi stress dan tertekan. Sampai nampak lesu, tidak bermaya malah tak dapat hasilkan susu badan yang mencukupi.



Badan kita sudah cukup banyak hilang darah dan nutrisi selepas melahirkan dan ketika dalam pantang. Waktu inilah makanan minuman antara sumber penting untuk kembalikan zat yang perlu. Tidak ada larangan yang terlalu extreme dalam menu berpantang sebenarnya.

Perkara ini wujud kerana 'so called pengalaman' si polan si polan atau orang yang merawat si polan. Ada orang mungkin alahan pada ikan, ada yang alahan ayam, ada pula makan buah tertentu jadi sembelit. Itu bergantung pada individu sebenarnya, tapi bila dikumpulkan masalah dan alahan semua orang, semua jadi tak boleh makan!
Disinilah kesalahan utama. Sedangkan kita perlu makanan sempurna dari segala aspek. Ada karbohidrat, protein, sayur, buah dan air yang mencukupi. Bukan sekadar ikut-ikut cakap orang kerana khuatir bentan dan badan kembali naik mencanak.

Gali ilmu. Tapi bukan di whatsapp atau laman sosial semata. Buka buku, journal atau bahan bacaan ilmiah dan persiapkan diri. Baru tahu mana yang boleh di ambil, mana yang kena tapis. Usah peduli cakap-cakap orang yang menyakitkan hati.

Oh ya, dari sudut pemakanan, tidak ada beza berpantang bagi yang bersalin normal atau pembedahan. Sama sahaja. Cuma saya pernah dahulu, menulis 7 tips bagi ibu berpantang secara pembedahan bagi menguruskan luka secara khususnya kerana luka pembedahan berbeza dengan luka bersalin normal.

Jika ingin baca, boleh rujuk di sini:

Saya harap tidak ada ibu yang terpaksa menjalani pantang dalam keadaan terseksa jiwa raga. Buatlah dengan sederhana. Berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan ibu, dan juga bayi yang baru lahir.

Yang membebel,
Emak anak tiga

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Assalamualaikum puan. Salam ziarah.

    Setuju sangat. Sebab badan kita perlu nutrisi secukupnya utk recovery juga utk hasilkan susu. Sy ambik food/drink ikut keperluan badan, takde sukat2 esp air & sayur/buah

    Yang setuju,
    Ibu 4 anak semua czer :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws wbt. terima kasih kerana sudi ziarah.

      hebat dh 4 org ye. saya pun semua czer hehehe

      Delete