Assalamualaikum wbt
Best tak cuti sekolah minggu lepas?
Korang berjalan ke mana? Penuh saya tengok sana sini gambar orang pergi
bercuti. Memang la, seronok kan dapat bercuti tapi tak semua juga yang senang
nak bercuti sebab susah nak dapat cuti, susah nk angkut ramai-ramai anak dan sebagainya.
Tapi, saya rasa la, di Malaysia sendiri
pun banyak je lokasi menarik yang boleh kita pergi dan sometimes pergi secara
unplanned tapi pengalaman dia masih ohsem sangat. (Nampak beno selalu buat
hahahaha)
Salah satu lokasi tu adalah Melaka!
Yeah. Senang dan mudah nak pergi. Naik
highway PLUS, tup-tup dah sampai Melaka. Saya sendiri pun dah beberapa kali la
pergi Melaka tapi harini nak cerita pasal Jonker Street kat Melaka.
Pernah dengar?
Ya. Famous sangat. Kalau ikut nama betul
nya Jalan Hang Jebat tapi nama hispser nya (ye ke hispter hahaha) orang selalu
panggil Jonker Street. Glamour sangat terutama pasal Jonker Walk dia tu la.
![]() |
Gambar di ambil dari laman malacca.ws |
Apa nak buat di Jonker Street?
Kalau nak tahu, Jonker Street ni kalau dalam kalangan penduduk
setempat dan pelancong merupakan jalan yang paling sibuk di Melaka. Sebabnya
pelancong pun berpusu-pusu ke sini sebab banyak sangat lokasi menarik yang
boleh dilawati disini. Korang boleh rasa kepelbagaian juadah hidangan tradisi masyarakat Melaka, boleh
jenguk butik pakaian , kedai cenderahati hinggalah berkunjung ke
award-winning museum yang terletak di sekitar Jonker Street ini. Kalau dekat
Kuala Lumpur, Jonker Street ni kiranya macam Pasar Seni la.
Sorry la gambar amik dekat Jonker itu
hari semua telah habis musnah kerana masalah hp sob sob sob. (Sape suruh tak
back up) so saya kene la pakai gambar orang-orang lain. Anyways, korang nak
cari apa je cenderehati kat sini yang berkaitan Melaka, semua ada. Terompah?
Kebaya Nyonya? Keychain dengan yang biasa-biasa tu usah cakap la. Saya pun sama
la jugak pi sana nak cari suoveniers. Memang heaven!!!
![]() |
Gambar di ambil dari laman themalaysianlife.blogspot.com |
Kemuncaknya adalah waktu malam hujung minggu, bermula hari jumaat
pada jam 6 petang, jalan ini akan ditutup untuk trafik kerana akan didirikan
gerai-gerai untuk night market di jalan ini. Jonker Street ni memang crowded
lebih-lebih lagi kalau korang pergi time public holidays atau cuti sekolah.
Therefore, plan masa anda wisely jika ingin ke sini.So, kalau dah ke sini,
mesti korang tercari-cari hotel yang berhampiran kan? Jangan risau!
Saya ada solution paling mantap punya untuk korang. Korang just pi
je dekat Traveloka.com, korang boleh dapatkan list of
Melaka hotels near Jonker Street. Here
are some suggestion of the hotels yang boleh korang pilih di sekitar Jonker
Street ni.
RC Hotel Melaka
Hotel ni terletak di tepi sungai di Jalan Kampong Pantai, kiranya hotel
ni memang berada tak jau la dari Jonker Street. Hotel yang menawan mata
memandang ini cheeewah, dia pakai konsep art deco melalui seni bina dan hiasan
yang ditonjolkannya. Bestnya sebab ade sebanyak 31 buah bilik yang korang boleh
pilih dari executive deluxe, family deluxe dan deluxe twin. Harga je la beza
kan.
![]() |
Gambar di ambil dari laman rchotelmelaka.com |
Satu lagi, hotel ni menawarkan pemandangan yang indah. Why? sebab
korang boleh terus tengok keindahan Sungai Melaka serta Bukit St Paul. Bilik pun
agak luas dan sesuai bagi korang yang ingin merasa suasana bilik gaya inggeris.
Fefeeling kt Eropah gituh. Selain itu, kalau tengok review memang ramai la
tourist yang rate bagus hotel ni sebab layanan yang diberikan oleh staf hotel
ini superb. Diorang mesra dan sedia menjawab sebarang kemusykilan korang ok?
![]() |
Gambar di ambil dari laman priceline.com |
Hotel ni ade wifi so jangan risau, korang boleh update sebanyak
mana gambar kt FB and IG korang hehehehe. Pastu banyak la lagi kelengkapan lain
dan dan dan paling utama, jarak dengan Jonker Sreet ni kira-kira 400 meter atau
5 minit perjalanan aje ye! So, RC Hotel ini sememangnya pilihan yang tepat
untuk korang.
Jonker Boutique Hotel
Ni satu lagi la option. Sesuai dengan namanya, hotel ni dah memang
ada dalam kawasan Jonker Street tu sendiri. So, kalau korang ni memang tak
berapa nak rajin nak pi jalan, hotel ini adalah pilihan yang sesuai bagi korang.
Keluar je dari hotel ini, dah boleh rasa dan tengok sendiri kesibukan sebenar
Jonker Street ni.
![]() |
Gambar di ambil dari laman tripadvisor.com.sg |
Hotel ni dah mula beroperasi dari tahun 2010 dan menerima ribuan
pengunjung pada setiap tahun sebab lokasinya yang amat strategic. Kalau korang
tengok dari luar hotel memang senibina gaya lama, tapi korang pasti tak percaya
bila masuk dalam. Kenapa? Sebab hiasan dan binaan dalamannya amatlah moden dan
kontemporari macam dok berada di hotel-hotel ternama gituh. Korang boleh buat
beberapa pilihan bilik untuk pada
harga yang amat berpatutan. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan pilih bilik
yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan korang ye.
![]() |
Gambar di ambil dari mana tak ingat. Ampun je la ye owner gambar |
Korang mestilah takmo overbudget semasa bercuti ni kan? So jangan
risau sebab bilik-bilik disini dilengkapi dengan kemudahan asas seperti set
pembancuh kopi dan tea, hair dryer, aircond dan banyak lagi. Apa yang lagi
best, parking di hotel ini juga adalah free dan dibawah pengawasan. Jadi korang
takyah risau lagi.
Oooooo, kalau korang Non-Muslim dan ke hotel ini, jangan lupa singgah di Jonker Café yang
disediakan. Café ini kan tarikan utama dia adalah jeng jeng jeng, CENDOL! Mula
bukak jam 7 pagi lagi. Tetapi harus diingatkan sekali lagi ianya adalah untuk
non-muslim sahaja. Bagi yang muslim, jangan risau sebab korang boleh berjalan
di sekitar Jonker Street dan cari kedai yang halal ye. Boleh tanya jika tak
pasti.
Jadi, tunggu apa lagi, berkunjunglah ke Jonker Street hari ini dan
buatlah tempahan awal di Traveloka.com sekarang!
Highly recommended!
Sekian.
Emak yang ohsem,
Salwa
No comments:
Post a Comment