Paragliding di Kuala Kubu Baru!

Assalamualaikum wbt.



Selalu asyik cakap fly high la, terbang tinggi la, haaa kali ni memang betul-betul pergi terbang. Asalnya kawan-kawan trainer yang organise, so diorang ajak la. and i said OK.

Why?

Saje nak cabar diri dan i wanted to start off 2017 with something yang diluar kebiasaan sikit. Lagipun mmg dah lama berangan nak buat mende-mende gini sebab i like it. Hehehehehe.

So i drove this morning for 118km from Putrajaya to Kuala Kubu Baru. Stuck kt Batu Caves sebab jem teruk. Lupa Thaipusam is around the corner, patut ikut route lain tadi. 

Sampai sana dh lambat sikit. Then terus naik 4WD utk ke puncak Bukit Batu Pahat. Kene naik 4WD lah eh sebab tinggi gila kot. 1400 kaki dari aras laut. Boleh tahan laju jugak mamat driver tu tadi bawak.

Sebbaik I chomey. So dok depan sekali (perasaaaaan)
 
Sampai ats, haa amikkaaaw. Baru tau langit tinggi ke rendah. Betoi-betoi tinggi! Hahahahaha. Slope dia memang menjunam. Kalau guling hindustan kompem terus masuk gaung. Muahahahahha.



Nampak tak slope tuh? Peeeggghh. Di larang berguling-guling ye..

Tandem pilot saya tadi Abg Mus. Memula cuak gak sebab saya nk pilot perempuan tapi arini tkde. Lepas explain dan tgk equipement, oh ok la sebab tak bersentuhan pun. Masing-masing ada 'bucket' or seat dia. So teruskan je la. Go Pro tidak dilupa. Sebab yg ni masuk pakej sekali.


Checking equipments. Paling penting Go Pro kene berfungsi dan supaya muka I nampak cun time bergambar..
Terasa begitu patriotik sekali berada di bawah Jalur Gemilang nih..

Saya nk upload video tapi tak jadi sebab lepas tengok, time take off tu tudung saya terangkat sikit. So i need to edit here and there. Later la eh.



Waktu take off tu je gayat sekejap. about 5 seconds lepas tu saya takde gayat mana pun. Memang sebab saya jenis tak gayat sangat agaknya. I just enjoyed the view yang ma sya Allah memang cantik. Nampak seluruh kuala kubu bahru.



Nampak tak muka cool dan tak cuak? Hahahahhaha
Tadi angin kejap kuat kejap tak. Time saya take off tak berapa nak kuat so dlm 7 minit je la saya kat atas. But still worth it. Ye la, terbang kot kan. Strongly recommended to those yang suka cabar diri. I pun tetiba rasa nk amik lesen hahahah


Ni dh nak landing dah nih. Hampirrrr sampai
So lepas tu kitorang pi makan(pun dalam pakej). Bukan pack, ni pi kedai terus. So pilih la nak makan dan minum apa. 


Nampak tak unsur kepenatan di setiap orang yg pi tuh?

Then lepas zuhur, kitorang bergerak pulak pegi ke air terjun. Memula nk pegi tempat tu nama Chiling ke ape ke tapi ditutup sebab ade kes keselamatan. So ended up pegi ke tempat awam satu lagi. Not bad la. Air dia i told u, sangat sejukkkkkkkkkkkk. Kalah air ais keluar dari freezer. 
Ni kita panggil duduk termenung mencari ilham akibat kesejukan melampau

Dinasihatkan bawa la makanan sikit. Sebab lapo lepas berendam dalam air.


Penat mmg penat. 8.30 malam baru sampai umah tp ok la sekali sekala kan. If korang rasa nk ade adrenaline rush gini boleh terus je book trip.

Ade a few dates yg available. Harga ke pakej ke details ke semua ada kat sini: https://goo.gl/71Zjqz

Macam kitorang pegi Leader Group kitorang nama Atanz Meor. Kelebihannya sebab dia mmg org situ so port2 best nk picnic ke, selok belok kawasan ni ke semua dia tau. So, boh je la nama dia kalau korang nk pi sana


Yeaaaaay... mission accomplished!

Okeh..bai



Yang tgh rasa dia ohsem,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Memang emak ohsem! Sape jaga anak-anak Wa? Apapun, syabas bete! hehe

    ReplyDelete