Menangis hari ini, esok terbang tinggi!

Assalamualaikum wbt
Sempena keputusan UPSR baru-baru ini yang di luar jangkaan, saya nak kongsikan satu cerita yg berlaku dua puluh tahun yang lalu sewaktu saya menerima keputusan UPSR saya.
Saya menangis teresak-esak.
Kali ini lebih kuat lagi kerana melihat satu persatu kawan-kawan saya dipanggil ke hadapan pentas dan diperkenalkan sebagai murid-murid yang mendapat keputusan 4A.
Saya selaku antara murid yang sangat diharapkan dan dijangkakan mendapat 4A, hanya memperolehi 3A 1B (B dalam matapelajaran Bahasa Inggeris) terperuk di barisan belakang kerusi kantin ditenangkan oleh Emak.
Hancur hati saya waktu itu. Seolah dunia gelap gelita. Saya rasa Kementerian Pelajaran tidak adil. Saya rasa UPSR itu kejam. Saya rasa saya tak layak untuk belajar lagi.
Drama kan?
Untuk anak usia 12 tahun ketika itu, mungkin itulah perasaan normal. Kecewa. Mana nak faham aturan Allah lagi cantik rupanya.
Selang beberapa minggu, saya dapat tawaran sambung belajar di Sekolah Menengah Agama Negeri di Ipoh. Saya satu-satunya wakil dari sekolah yang berjaya mendapat tempat di Sekolah Raja Perempuan Taayah (baru dinobatkan SMAN terbaik Malaysia)
Dan kemudian saya terus mengorak langkah lebih jauh lagi selepas itu. PMR dan SPM pun keputusan sangat baik. Elok je, belajo sampai negara Kiwi nun. Takde la bodoh mana rupanya Hahahahahahhaa
Jadi anak-anak yang kecewa kalau tak dapat keputusan yang diharapkan hari ini, tengok aje la acik awk ni. Well, menangis aje la. Jangan ditahan rasa kecewa tu. Manusia kan? So normal lah tu kecewa dan menangis.
Tapi lepas tu MOVE ON ye.

Gambar di ambil dari Astro Awani

Jangan tenggelam dalam rasa kecewa dan kemudian rasa tak mahu belajar lagi. Belajar ni sampai kita dah ke lubang dalam 6 kaki tu pun mungkar nangkir akan masih tanya soalan. Jadi jangan pernah rasa nak berhenti belajar.
Acik yang anak keliling pinggang dan tak menang tangan ni pun sedikit tak pernah luak rasa nak sambung belajar.
Ingat tau, menangis arini, esok TERBANG TINGGI!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

1 comment:

  1. Short article. Smart truths and good insights.

    ReplyDelete