Kempen 10 minit pertama!

Bagaimana anda luangkan 10 minit yang paling PENTING?

Saya rasa kecewa. Saya belum cukup luangkan masa untuk Imran dan I'jaaz terutama ketika mereka baru pulang dari sekolah. 

Saya akan masuk kerumah dan mengarahkan Imran mandi dan solat sedangkan saya terus masuk ke dapur menyudahkan apa yang tidak beres. Baru setelah itu kami makan bersama.

I'jaaz lebih kesian. Dalam kekalutan dan kepenatan sebab dah petang pun, arahan yang sama diberi. I'jaaz akan lebih menunjukkan pemberontakan dengan gemar mengusik Israa'.

Adakah anda pun sama?

Jom, saya ajak anda bersama saya untuk berikhtiar.
Spend the first 10 minutes ketika sampai dirumah dengan berkongsi cerita, bertanya soalan dan berjenaka dengan anak-anak

Mereka sangat hendak PERHATIAN kita
Mereka hendak BERKONGSI cerita dan rasa
Mereka mahu KASIH SAYANG kita

Okeh, saya nak print dan tampal.
Harini jugak start!

Chaiyok2!!!!!

Emak,
Yang tak perfect tapi akan selalu cuba bagi yang terbaik





P/s: Berminat dengan projek-projek DIY dan tips berkenaan parenting masa kini? Dapatkan buku Emak dengan klik link di bawah:

Order buku Bila Emak Berdrama

#SalwaSaleh
#BilaEmakBerdrama

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment