Jadilah orang KAYA yang berkat dan bermanfaat!

Kaya yang berkat dan bermanfaat
Kita ni mungkin dari kecik sangat selalu di 'momok' kan dengan orang kaya yang seerti dengan kedekut, sombong, suka tindas orang bawahan dan kaut untung sorang-sorang
Disebabkan persepsi begitulah tak kurang yang seronok berkata:
"Duit bukan segalanya"
"Aku tak mahu jadi kaya, nanti lupa akhirat"
"Buat apa kejar dunia. Duit tu tak bawa kemana"
Namun tu semua tidak mematahkan impian saya dari kecik untuk menjadi kaya. Dulu-dulu waktu sekolah saya nk kaya sebab nak beli Red Ferrari, banglo siap lif dan heli deck dan ade tukang masak dan tukang urut peribadi. Fuiyoooo

Sekarang lagi saya nak jadi kaya dan berazam sungguh-sungguh supaya dapat la menjadi kaya.
Sebabnya?
Makin lama mata saya makin terbuka tentang pentingnya menjadi orang kaya. Perhatikan berapa ramai yang mampu menderma jutaan ringgit (tanpa publish nama pun). Mesti kene kaya dulu baru boleh derma. Kemudian tubuhkan yayasan (in my bucket list), rumah anak yatim, rumah orang tua, maahad taafiz. Semua tu pakai duit u olsss. Jadi saham gitu.
Lupakah kekayaan Saidina Uthman yang kalau nak pikul hartanya pun berbaris-baris unta. Billionaire. Siap jadi sahabat confirm masuk syurga lagi. Sebab hartanya tidak mengikat hatinya kepada dunia.
Dan, saya ade raaaaaaamai kawan yang kaya raya
Ada beberapa yang pakai beemer tapi humble ya ampun macam dia pakai kanch aje..
Ade yang pakai merc tapi kalau buat tempahan dengan saya sokmo nya bayar lebih. Siap dia plak bagi hadiah
Ada banyak yang kalau saya bukak aje projek ke ape ke, bank in paling koman ratus-ratus. Ribu pun ade
Ade yang rumah berderet-deret tersusun, tapi sembang rilex macam tkde ape. Merendah diri macam padi
So, kenapa nak teruskan persepsi negatif?
Bangkitlah
Usaha dan jadikan kaya itu suatu yg berkah!!!
Bukan duit yang salah
Dan saya tahu, jika saya tak kaya harta pun saya akan cuba dan terus berusaha untuk kaya jiwa, kaya budi bahasa, kaya sopan santun, kaya pengetahuan agama dan dalam peti ais ada sebotol kaya...
Kbai
Emak,
Yang bakal kaya

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Dari pandangan positif...seronok sebenarnya jadi kaya dunia akhirat

    ReplyDelete