4 langkah MUDAH buat DIY Topeng Muka

Assalamualaikum wbt

Harini saya nak kongsikan satu lagi projek DIY yang sesiapa pun boleh buat. 

Kita pun sekarang ni musim panas yang sangat tinggi suhunya. Ramai yang mudah jatuh sakit terutama kalau anak-anak yang berada di luar rumah. Jadi, untuk mengelakkan dari mudah dijangkiti kuman, dan jimat pulak sebab boleh basuh topeng muka ni, makanya mari la kita buat sendiri



Takde mesin jahit pun boleh buat sebab mende ni sangat la simpe dan pantas!

Jom kita belaja 4 langkah paling Mudah untuk buat sendiri Topeng Muka supaya boleh pakai waktu jerebu, waktu tak sihat, waktu berjalan-jalan ke luar!


LANGKAH 1: GUNTING KAIN

Yang ni boleh pakai kain cutton ke, kain kasar sikit ke, ape2 yang sesuai la. cuma macam kain satin tu tak sesuai la kot. Licin dan tak serap peluh dengan efektif.

Untuk saiz dewasa boleh potong: 23cm x 13cm
Untuk saiz kanak-kanak boleh potong: 18cmx 11cm


LANGKAH 2: LIPAT KAIN

Yang ni untuk membolehkan topeng kita tu nanti berkembang. Macam yang kita beli kat kedai yang disposable tu kan ade lipat-lipat. Gitu la kekdahnya. Kita lipat bagi dua atau tiga lipatan.


LANGKAH 3: POTONG TALI

Tali ini boleh beli kat kedai jahit. Atau kedai macam Mydin pun ade jual. Pastiakan hujungnya tu di layurkan atas api supaya 'mati'. Jadi takde la berbulu-bulu. Ukurannya ikut la panjang mana yang rasa sesuai dan boleh ikat. 


LANGKAH 4: JAHIT

Mula-mula jahit di bahagian atas kain dan bawah kain. Saya sarankan lipat dua kali sebelum jahit sebab kita tak mahu tepi-tepi kain tu terkeluar nanti. Bila lipat dua ni nampak kemas sikit. Kemudian jahit bahagian tepi yang kita dah lipat tadi tu. Lepas tu ambil tali yang dah dipotong kemudian jahit di tepi kain tadi.


Dah siap!


Senang sangat kan? Kan?
Semua orang dalam dunia pun boleh buat!!!

P/s: Berminat dengan projek-projek DIY dan tips berkenaan parenting masa kini? Dapatkan buku Emak dengan klik link di bawah:

Order buku Bila Emak Berdrama


Selamat mencuba!
Love,

Emak



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment