Ni entri santai sempena cuti sekolah. Dalam banyak-banyak tempat, kadangkala kita tak terfikir pun nak pegi tempat yang simple dan bagus pulak utk aktiviti keluarga. Tempat ni kalau pegi memang confirm la anak-anak suka;
Taman permainan!
Menariknya Taman Sri Empangan ni adalah bukan sekadar taman permainan. Macam-macam boleh dibuat di sini. Lokasinya sangat mudah, di Presint 5 berdepan dengan PICC dan seberang aje dari bangunan Kementerian Keluarga dan Wanita. Ada jambatan yang cantik dan ada Empangan ditepinya. Sebab tu la kot namanya Taman Sri Empangan?
Lokasi utk GPS: @2.896109604798026,101.6792231798172
Di sini, aktiviti paling biasa orang buat adalah berlari-lari anak a.k.a jogging. Nak berlari setempat pun tkde masalah, takde siapa akan gelakkan anda. Boleh juga berbasikal sebab track utk basikal di sediakan tapi mind you, ada tempat agak berbukit so bersiap sedialah kalau rasa nak berbasikal kat sini ye
![]() |
Para atlet telah bersiap sedia memulakan larian |
![]() |
Akhirnya para atlet memutuskan utk main sahaja |
![]() |
Seronok je picnic walaupun makan roti je pun |
Taman ni juga sering dijadikan tempat utk orang lepak-lepak, reunion secara mini atau buat aktiviti sukan kecil. Sebab ade banyak juga wakaf disediakan. Untuk perjumpaan berskala kurang 100 orang, sangat molek la tempat ni dijadikan venue.
![]() |
Reunion batch sekolah menengah dulu kat sini. Seronok of course! |
So, siapa-siapa belum cuba tu, boleh la ye ke sini!
Love,
Salwa
No comments:
Post a Comment