Macam mana surirumah nak handle banyak kerja?

Macam mana awk handle banyak kerja ye?

Saya selalu ditanyakan soalan mcm ni. 
Ni bukan kes #2Kerja yang hangat diperkatakan tu. Ni kes surirumah yang bekerja dari rumah atau WAHM atau SAHM yang tak menang tangan uruskan rumah tangga

"Saya anak sorang pun kelam kabut dah kak"

"Aku dari pagi sampai petang sibuk hal umah je, aku pelik gila tengok ko macam-macam dibuat"

"Buat satu mende pun dh letih, camne ko buat keje lain?"

"Akak ni tido pukul bape? Bangun pukul bape?"

Saya rasa saya bagi jawapan yang sama je pada semua soklan yang drg dok Pm ni.

Jawapannya cuba lah merancang. Itu je



Rancang ni tak boleh dalam kepala. Yang tu bahaya sebab kita ni makin pelupa. Kalau ingat pun tak semestinya akan sentiasa register kt kepala sebab sentiasa di busy kan dengan sepahan mainan anak, nasi nak masak, kain belum sidai dan rumah tak sapu lagi.

So tulis la pelan-pelan, letak satu-satu. Semua letak sekali supaya senang kita nak perhati. Apa list nk buat bulan ni, minggu ni, hari ni. Apa budget nak di beli dan di spent kan. Apa nak di baca, apa nak ditulis. Apa nak disudahkan.

Paling penting, letakkan matlamat apa nak capai. Biarlah nampak macam gah gila dan rasa macam mustahil nak mati tapi

"Bukan lah impian tu betul-betul impian kalau orang tak cakap kita gila"

Contohnya lah, saya letak nak beli mesin robot vacuum tu. Itu bukan impian tu. tu wishlist je. Letak la dalam wishlist. atau nk beli kereta auto. Itu wishlist. Kalau impian letak

"Nak beli kereta auto pakai cash"

Deal?

Satu lagi, jangan la pandang saya ni supermom sangat.
Dey, rumah saya lagi banyak time bersepah dari kemas. OCD telah dikebumikan ketika dengan kelahiran anak-anak saya berlaku. 

Memang stress tapi saya learn to let it go. Saya cuba tak pakai hanger sama warna dah, atau penyepit mesti sama warna dengan baju yg disidai, atau susun kain ikut tona warna atau plastik mesti ikut size. Well, mana yang boleh di kurangkan tu dibuat lah kan.

Saya masih membebel dengan jayanya. Ingat saya robot or malaikat ke? Nampak cun dan cantik je tak selekeh kalau kt umah? Kadang-kadang teruk tau nak  mandi pun susah. So ade jugak la kene beralah.

Saya pun ade masanya amik time utk nap kalau dh penat sangat walaupun sangatlah jarang kan dapat nap. Saya dok hospital dalam wad jaga anak seminggu pun saya tk nap lansung sebab tk bese tido siang.

Memang nk ade me time tu sangat susah tapi nk buat camne. Try la kalau dapat. Dulu time keje kalau hari jumaat ade rehat dua jam tu dapat la pi spa sejam kadang2 tp skrg kim salam je. So pepandaila cari hiburan hati sendiri

Paling utama, jaga solat, jaga ketaatan, jaga maruah, jaga diri!

Settle!


Semoga 2016 lebih berkah dan bahagia. Muah!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Bestnyer baca entry Salwa...sungguh teruja dengan tugas super mom.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farah. TUgasnya tak mudah tapi in sya Allah kita semua boleh buat! Chaiyok2

      Delete