7 tips duduk dlm wad hospital kerajaan

Assalamualaikum wbt 

Sesuai dengan keadaan saya sekarang yg dah masuk hari ke-4 menjaga bayi di hospital, makanya saya nak kongsikan beberapa tips kepada anda semua di luar sana supaya keberadaan anda di hospital kerajaan menjadi lebih senang dan TENANG

Oh sebelum tu, memang semua ahli keluarga saya ada insurans perubatan dan anak-anak juga ada medical card. Tapi kami masih memilih hospital kerajaan kerana lebih yakin dengan mutu konsultasi, ubatan dan ketelusan mereka dalam diagnosis walaupun mengambil masa yang lebih lama dalam mendapatkan rawatan atau temu janji. Saya tidak kata swasta tidak baik. Saya kata kami LEBIH YAKIN mendapatkan rawatan di sini.

Sebelum melalut lebih panjang biar saya ke point sebenar entry ni. Hehehe. Tips wajar di praktikkan ketika masuk wad di hospital kerajaan.

Tips 1: Bekerjasama dengan semua kakitangan 

Memanglah masuk hospital mesti ada check berkala dari nurse. Setiap hari beberapa kali akan periksa tekanan darah, suhu badan, paras SPO2, ada kes yang kene amik darah. Jadi redhalah. Janganlah merungut dan marah mereka. Itu tugas mereka. Kalau anak jagaan anda susah nk tidur dan baru 0.005 saat tertidur waktu nurse dtg nk amik bacaan, berunding lah dgn nurse tersebut dengan berkata baik dan lembut minta ditangguhkan kejap. Biasanya tkde mlsh pun sbb nurse juga faham. Tp kalau kita buat muka masam tk puas hati, ingat org nak ke tolong?

Pakcik makcik cleaner juga kita kene bg kerjasama. Mana yang boleh diminimalkan sampah tu boleh dibuat sendiri. Contoh botol atau plastik jatuh ke lantai ,  boleh kutip dan masukkan dalam tong. Kalau mereka dtg nak sapu atau ambil sampah, jgn pula tak layan dan sibuk dgn hp. Cuba ucap terima kasih. Mereka ni dah bertahun kerja hospital dan silap silap lg banyak ilmunya dari kita. Saya selalu dapat tips best daripada mereka ni.

Tips 2: Houseman pun doktor juga

Nampak simple tapi sebenarnya ramai lepas pandang. Kalau waktu 'round' hanya pakar sahaja yang kita nak entertain. Kalau yang dtg housemen buat 'clerk' atau 'round' pagi-pagi tu kita jawab nak tak nak aje. Tak boleh gitu sebab mereka juga harus belajar dan tahu apa kondisi penyakit anda atau anak anda. Nanti mereka juga yg akan brief MO dan pakar jd mereka juga patut dilayan sama rata.

Semua pakar dalam dunia ni melalui proses yg sama. Mereka satu masa dahulu seorang houseman juga. Kenapa kita tak mau bantu mereka?Saya akui kdg ada juga terlepas layanan jika waktu tu busy anak meragam nak menyusu/makan. Yang tu tak dpt nak elak makanya jangan terasa hati ye. Kalau ada doktor or houseman yg baca, ketahuilah kalau baby dah meragam nak susu, emaknya mmg serabut!

Sama juga kalau ada medical students yang dtg nak interview. Layanlah dgn saksama kerana drg dlm proses belajar. Cuma adik-adik students ni kene pandai baca situasi ye. Kalau org tu tgh nmpk serabut toksah la pegi dekat dia time tu.

Tips 3: Bawa/Beli sambal, budu, tempoyak

Makanan hospital. Biasalah kan. Kalau kita tak makan membazir sangat. Tk elok membazir walaupun tekak kembang je tengok. Jadi apa yang saya biasa buat adalah turun ke kantin dan beli sambal belacan. Tiiinggg! ! Semuanya bertukar jd sedap...nyum2

Jadi utk elak pembaziran, anda bawa la apa sahaja yang boleh membangkitkan selera. Tapi ingat,  masukkan dlm tupperware kedap udara! Jangan kita dok sedap makan tapi baunya menusuk satu wad. Gangguan emosi kepada pesakit lain.

Tips 4: Bahan bacaan yang mencukupi

Walaupun sekarang ada smartphones dan tab, kdg2 mslh bateri ni isu sejagat juga. Bagi mengelakkan anda boring dan sunyi ketika bateri mati..bawalah bahan bacaan yg diminati 

Mcm saya mesti akan bawa beberapa buku kerana waktu inilah paling tenang nk baca buku. Tkde la teringat kain tak sidai lagi, lunch tak masak lagi, rumah belum sapu...u know all that stuff.

Tips 5: Penggunaan gadget minimal dlm wad

Kalau untuk anak elok juga bawa yg dia suka buat mcm buku mewarna, buku sudoku , crossword puzzles or ape2 je la yg dia suka utk kill the time. Jgn biasa kan sgt anak menghadap tab dan gadget. Tidak bagus .

Paling tak bagus kalau kita bg anak tgk movie or game or video lepas tu sound dia tk reti nak kecilkan. Tak kira la katil sebelah tu tgh tido ke tgh berperang nk bg neb kt anak ke..itu tidak wajar ok? So pastikan sound slow aje. Kalau dpt bwk headphone lagi bagus. Dan lepas isyak tu toksah la pasang video dh. Bawak bawak tido lg bagus.
Lagi pulak kt hospital. Minimum kan penggunaan nye

Tips 6 : Waktu melawat dan pelawat

Kita ni sakit mungkin setahun sekali je masuk wad. Bayangkan pak guard yang hari hari nak menghadap kerenah pelawat nak melawat kita. Saya pun tak faham juga kenapa lah sampai nak bergaduh. Kalau nak cuba minta izin, minta elok - elok.  Guard pun kdg2 kalau tgk tkde mslh dia akan izinkan tp kalau dh tk dpt kebenaran tu tunggu la.

Di wad pun mereka kelam kabut nk kejar pesakit, nak sediakan ubat, nak round. Kalau kita dtg sesuka hati kang menyusahkan ramai pihak dan ganggu pesakit lain.

Oh ye, hari minggu plg susah hati kalau saya jaga anak. Kenapa? Sudahlah sebatalion dtg melawat katil-katil disekitar,lepas tu borak kemain kuat. Di wad kanak-kanak, jgn la berlama-lama. Anak-anak yg sakit ni lebih mudah dpt kuman. Nak tidur, nak tenang. Mmg lah siang tu ok tp malam nanti demam dan meragam. Kalau bawa anak naik wad, pesan jgn lari-lari dan jgn buat mcm rumah sendiri ye. Bahaya! :) 

Tips 7: Alert ketika doktor round 

Yang ni penting. Sangat penting. Pasang la telinga dan dengar elok elok..kalau tk berapa nak faham tanya semula. Tkde mslh. Biasanya doktor akan happily explain balik dgn layman term pd kita.

Selalu juga jd pakar dah ubah paras ubat contoh neb daripada 3 hourly jd 4 hourly tapi doktor time tu tk dpt nk masukkan dlm sistem sebab tertinggal or time tu la dia kene panggil la etc. Nurse pulak tgk dlm sistem tak berubah. So just make sure kita pun ade buku nota dan catat sama. Then kita boleh betulkan. Biasanya mereka sentiasa double check dgn pakar/doktor balik.

Sama juga mcm appointment dan dos ubat atau details lain. Bukan drg sengaja nak silap. Ye la bayangkan berapa banyak pesakit drg ada so terkeliru pun boleh jd juga. Bukan malaikat ye tk? Jd tugas kita kene lah amik tahu sama. Jgn nak main hp aje ye :p

Kesimpulan

Rasanya dh banyak tu tips dikongsi. Jika kita jaga hak org, in sya Allah hak kita juga terjaga. Kan harmoni duduk dlm wad sama-sama. Rasa senang dan tenang dan lebih cepat sembuh insya Allah kalau dibandingkan dgn jiwa asyik merungut.

Aaa ok ke ok?

Selamat mencuba!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment