War Dance dalam RWC selain Haka dari All Blacks

Assalamualaikum wbt

Siapa sini suka tengok Haka? Kalau orang yang minat All Blacks dan rugby, dah tentu sinonim la haka ni dengan mereka. Lagi-lagi pulak sekarang tengah berlansung Rugby World Cup 2015 kan.

Haka adalah 'War Dance' tradisi yang telah dilakukan turun termurun bagi orang Maori yang di lakukan sebelum berlakunya apa-apa 'cabaran' atau perang.



Saya ni mula terjebak dengan Haka waktu zaman student lagi. Suka tengok especially time baru kenal legend All Blacks, Jonah Lomu. Waktu tu saya baru 9 tahun kot

Then lepas sambung study kt NZ, mmg aura All Blacks tu meresap habis la kan, hahahaha. Dia kira macam ala-ala automatik jadi lebih dekat dengan Haka gitu.

Anyways, ramai orang tau haka tapi tak ramai tahu negara Kepulaun Pasifik lain juga ada War Dance mereka yang tersendiri Mari kita kenali setiap satu dari mereka. 

Terima kasih kepada Sports Joe kerana merangkumkan semua info dengan lengkap. Dan saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin

Dan kalau di RWC berlaku pertembungan War Dance macam ni mmg superb. Antara favourite saya adalah waktu All Blacks bertemu dengan Tonga pada peringkat kumpulan ketika RWC tahun 2011




Ok, so mari kita tengok negara dalam RWC yang ada War Dance:


  • New Zealand
  • Tonga
  • Fiji
  • Samoa


Setiap war dance ini ada versi versinya. Kalau kita ni macam Mak Yong lah. Ada beberapa jenis tarian. Begitu la juga dengan setiap war dance.


New Zealand: HAKA


Paling famous yang lirik dia ramai orang hafal termasuklah saya adalah KA MATE . Korang mesti pernah dengar punya la. Ka Mate ni start di persembahkan kt luar dari New Zealand oleh orang Maori yang ke Uk dan Ireland pada tahun 1905.




Satu lagi versi yang pernah All Blacks bawak adalah KAPA O PANGO . Yang ni lebih panjang tapi saya tak berapa nk minat. Diorang pakai pun kejap aje. Tahun 2005 dan sekitarnya sebelum di tukar semula kepada versi Ka Mate

Fiji :  Cibi

War cry ini diguna pakai sama seperti haka oleh puak di sana ketika berperang. Versi I Bole bermula tahun 1939, bila Gabenor di Fiji mengarahkan team mereka untuk mencipta war cry bagi menyahut haka All Black yang sedang berkunjung di FIji ketika itu



Samoa : Siva Tau

Terdapat dua versi Siva Tau yang di guna pakai oleh ream rugby Samoa. Mereka mulanya menggunakan  versi tradisional iaitu Ma'ulu'ulu Moa dan kemudian ditukar kepada versi baru yang pertama kali di pakai ketika RWC 1991 bernama Manu Siva 

Tonga : Sipi Tau

Antara Sipi Tau paling popular adalah versi yang digunaka pakai oleh ketika tarian kebudayaan di Tonga yang di gelar Kailao.

Ok, panjang dah kot
Semoga All Black berjaya mengekalkan kejuaraannya! Gooooo AB!

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. wow hebatla salwa nie mengikuti perkembangan rugby.
    keep it up...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee,,mmg peminat All blacks sebenarnya :D

      Delete