Adakah kismis makanan sunah?

Assalamualaikum wbt

Hari ni tadi sambil saya mengemas dan buat kerja rumah, saya buka rancangan Book Cafe di TV3. Tetamu hari ni adalah Dr Danial Zainal Abidin yang mengupas buku beliau tentang Perubatan Islam & Bukti Sains Moden.

Ada satu bab dimana saya terkejut. Dr Danial mengatakan bahawa kismis bukanlah makanan sunah yang dimakan nabi sedangkan kita sangat sinonim dengan kismis yang dikaitkan dengan amalan nabi.

"Makan kismis tu bagus, tak haram pun tapi janganlah dikaitkan dengan sunah kerana ianya tak benar"

Begitulah lebih kurang ayatnya. Makan kismis adalah baik. Seperti kita makan buah yang lain. Katanya kismis ni selalu dipergunakan dengan mengaitkan dengan nabi sedangkan ianya tidak benar.

Setelah perbincangan dengan beberapa rakan, dan di tambah pula dengan kitab lain karangan Yusof Qardhawi, kami bersependapat mengikut kata mereka bahawa selagi makanan tersebut halal dan suci, maka ianya adalah sunah dan boleh dikatakan sebagai makanan sunah.




Waaah, ini ilmu baru. Terdapat beberapa kitab yang Dr Danial petik saya tak sempat salin. Jadi saya teruskan dengan membuat sedikit pencarian tentang isu ini.

Oh, rupanya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) juga pernah menegur perkara yang sama!

"..banyak dakwaan seperti makan kismis menguatkan ingatan, sebenarnya tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya..Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis tidak sahih.. cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan..orang berniaga jangan sandarkan kepada Nabi s.a.w!"
Dipetik dari post beliau di FB dari page DrMaza.com

Saya juga jumpa video Dr Danial dari Youtube tentang perkara ini:




Saya harap kita lebih maklum selepas ini. Bukanlah tujuan posting ini menjatuhkan apa-apa perniagaan. Nauzubillah. Bukan itu tujuannya. Saya berkongsi agar kita tahu ilmu yang betul dan dapat pula menyebarkan ilmu yang betul kepada orang lain

Wallahu'alam

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

9 comments:

  1. TQ Pn Salwa for sharing.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini. Baru tahu. Tapi anggur adakah ia makanan sunnah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Wallahu'alam, saya tidak mencari pula info tentang tu

      Delete
  3. nice info & sharing.. sebaiknya, selagi makanan tu bersih, halal, suci serta menyihatkan, kita amalkanlah saja tanpa membandingkan samada ianya makanan sunnah @ tidak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sebenarnya konsep pemakanan sunah itu sendiri sangat luas maknanya :)

      Delete
  4. Great and good info. Jgn kita terlalu rigid dgn term makanan sunnah itu sendiri

    ReplyDelete