Jom shopping di Saila Saleh Boutique & Tailoring

Assalamualaikum wbt

12 September 2015 adalah hari yang sangat bermakna buat pemilik butik SAILA SALEH BOUTIQUE & TAILORING kerana pada hari tersebut berlansungnya GRAND OPENING yang dibuat secara sederhana tapi meriah.

SAILA SALEH BOUTIQUE & TAILORING atau boleh anda dekati di FB dan IG dengan nama Sailasaleh_BT bermula secara online pada tahun 2014 sebelum mengorak langkah dan membuka cawangan pertama nya di Taman Melur, Teluk Intan.

Lokasi yang strategik dan mudah dikunjungi membuatkan Sailasaleh BT terus mendapat perhatian. Apatah lagi butik ni sangat special tau.

Sebab?

Ianya antara butik di Teluk Intan yang menawarkan konsep VENDOR. Disamping membeli barangan jenama Sailasaleh BT, anda juga berpeluang membeli banyak lagi produk lain yang berkualiti dan dijual oleh vendor terkenal di sini.

Pelbagai blouse, shawl, tudung dan pakaian yang boleh dipilih antaranya  shawl instant yang labuh dari Raudhah Crown
Lagi satu yang bestnya, jika anda tak dapat ke Teluk Intan, anda tetap boleh membeli di butik ini secara online!

Tempah dan pihak Sailasaleh BT akan poskan kepada anda!


Majlis telah bermula jam 10.30 pagi dengan ucapan dari penaung a.k.a sponser, iaitu Puan Jamaliah Mat Tahir, kemudian ucapan perkenalan dari owner butik sendiri, Cik Saila dan diikuti ucapan motivasi dan perasmian dari Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak.


Detik perasmian oleh Datuk Tajuddin
Ucapan dari Puan Jamaliah Mat Tahir

Owner butik adalah yang dua dari kanan tu. Glams gituh



Setelah perasmian, 50 pelawat butik yang terawal telah menerima goodies bag istimewa dari Sailasaleh BT dan menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan.

Ok, kalau nak tahu, ni adalah alamat lengkap butik ini dan juga senarai vendor-vendor yang ade di dalam nya



Butik Sailasaleh BT beroperasi seperti berikut:


Isnin - Jumaat
9.30 pagi - 6.30 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
10.00 pagi - 6.00 petang



Blouse nya semua yang trendy tau! Plus size pun ade

Salah satu ruang pameran vendor. Nak tempah goodies bag pun boleh dari Mimie Kukiss

Kain pasang dengan corak  menarik dan pelbagai material untuk anda pilih
Ruangan menjahit. Jika anda nak tempah baju, boleh tempah dengan tukang jahit profesional di sini


Satu lagi ruang pameran untuk vendor-vendor

Beg pun ade tau!

Sand Art yang ni homemade dari Homie Stuff

Rak display Shaklee. Kalau nk beli boleh hubungi, nanti kami poskan terus ke rumah anda



Jadi, jangan tunggu lagi ya. Jika anda berada di Teluk Intan, singgahlah ke butik Sailasaleh BT. Harganya berpatutan, dan anda pasti akan datang lagi!


Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment