Penggunaan waktu pagi, tengah hari,petang dan malam yang paling tepat

Assalamualaikum wbt

Biasa tak korang confuse dan pakai ayat-ayat mcm 

"pkl 1 petang karang kita jumpe tau"

atau

"laaa, kenapa datang pkl 7 petang ni"

Tahukah anda itu salah sebenarnya???

Jom tengok yang betul:




SISTEM PEMENGGALAN WAKTU

(Sumber DBP)

1  Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
2  Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59
3  Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
4  Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
5  Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Terima kasih.

ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. good info...saya pun ada dpt info ni...nak share juga di blog

    ReplyDelete