Pengalaman saya menyusukan bayi SULUNG


Assalamualaikum wbt

Penyusuan esklusif susu ibu adalah yang terbaik. Hakikat ini memang tidak dapat dinafikan.
 
Saya mengenali dan cuba membantu beberapa kenalan yang telah berusaha keras untuk menyusukan bayi mereka, tetapi terhalang disebabkan faktor kesihatan, masalah fizikal/tekanan, tugasan yg memerlukan 'travelling' secara konsisten dan pelbagai masalah lain.

Golongan ini sangat saya kagumi dan 'respect'. Jelas mereka telah berusaha tapi Allah mentakdirkan rezeki menyusukan bayi tidak di tangan mereka.

Mereka ini harus diberi perhatian dan bantuan dan sangat wajar untuk diraikan usahanya. Mereka cuba mencari ibu susuan. Jika masalah yg sama berlaku kepada anda, saya juga sarankan anda mencari ibu susuan jika berkemampuan.

Dan jangan pula khuatir. Kes seperti ini adalah dalam kelompok minoriti. Majoritinya ibu mampu menyusukan bayi. Halangan terbesar adalah mengekalkan sifat positif, momentum kerajinan dan persekitaran.

Kepada yang rasa kurang yakin, carilah jalan dan ilmu pengetahuan tentang subjek penyusuan ini. Saya juga ada menulis beberapa artikel penyusuan termasuk konsep asas, cara kekal positif, punca susu kurang, tanda bayi kurang susu, cara menyusu ketika puasa dan pelbagai lagi di laman web ini.

Dan harus juga saya ingatkan, raikan juga usaha keras ibu yg berjaya menyusukan bayi dan mengumpul stok ebm mereka. ianya bukan urusan mudah dan seringkas;

"Untunglah kamu, susu kamu banyak"

Ini adalah pengalaman peribadi saya ketika anak sulung lahir dan keadaan yg serba serbi tidak tahu:

- mengepam susu selama sejam dan dpt 1 oz . Gigih juga pam utk bekalan susu kepada anak yg ketika itu di tahan di nicu. 1 oz sahaja utk sejam tapi saya sgt happy
- mengalami nipple sore kerana bayi tidak melekap betul. Google dan menelefon beberapa org. Order nipple shield dan krim online dan cuba selama 2 minggu hingga masalah selesai
- pam second hand yg dibeli rosak selepas 2 minggu berpantang sbb overused. Beli pam manual sementara. Setelah buat kajian, melabur dgn membeli pam madela free style (waktu tu rm2300 sob sob) . Nyata berbaloi sbb dh pakai 6 tahun hingga anak ketiga skrg
- travel sejauh 200 km dari tlk intan ke seri kembangan dengan ditemani abah sewaktu bayi berusia 28 hari kerana nak jumpa lactation counsellor sebab rasa 'tak cukup susu'. Lepas 1 seisi peribadi, berjaya mengubah minda dan jadi sgt positif dan berjaya kumpul 700 oz ebm sblm masuk kerja
- melabur membeli freezer khas utk penyimpanan ebm
- melabur membeli makanan tambahan yang membantu badan bertenaga dan bekalkan nutrisi kepada badan.

Cerita di atas saya ceritakan pertama kali. Bukan atas niat utk riak tetapi utk mengatakan anda juga mampu!



Jangan mengalah dan terus maju

Salam sayang,

Emak 3 anak lelaki yg semuanya alhamdulillah allah beri reseki utk disusukan sepenuhnya

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. betul3.. usaha ibu mengumpulkan stok ebm perlu diraikan, kerana bukan satu perkara yg mudah.
    memerlukan komitmen dan keazaman, kesungguhan yang tinggi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. in sya Allah , alah bisa tegal biasa..

      terima kasih nisa!

      Delete