Bila anak mengamuk teruk

Assalamualaikum wbt

Mesej kali ini bukan dari pengalaman peribadi saya.
Saya ambil dari perkongsian salah seorang ikon dalam bidang keibubapaan iaitu Ibu Rose.
Ibu Rose boleh juga di ikuti melalui page FB beliau di sini: Ibu Rose - Mesejnya Kasih





Ini adalah cerita yang telah Ibu Rose kongsikan tentang anak yang mengamuk teruk:



*****************************

Cabaran adalah guru kita. Jika anda tercabar lebih di dalam mendidik anak-anak, maka sedarilah anda sedang digurui oleh anak-anak anda. 

Menerimanya dengan sabar dan penuh sedar diri dan berlapang dada adalah amat penting dalam konteks peningkatan diri.

Tidak ada orang yang sangat sabar hari ini, tidak melalui cabaran yang telah membina diri mereka.
Jika salah seorang anak-anak anda sangat mencabar perangainya, dialah guru paling utama bagi anda buat masa ini.

Semalam cucu Ibu, Muhamad telah berkelakuan sangat mencabar mamanya. Muhammad berusia hampir 2 tahun dan pada usia ini seorang anak sedang mengalami apa yang Ibu selalu katakan tahap - EGO CETRIC dan INDIVIDUATING. Dimana mereka hanya sedar keperluan mereka sahaja. Mereka hendak dan mereka hendak, tanpa memahami perasaan orang lain.

Seorang anak pada usia ini kuat mengamuk dan tidak mahu mendengar kata. Dia juga belum pandai untuk bergaul. Pada usia begini, bila disekat apa yang mereka mahu lakukan, mereka akan mengamuk. Ini tiada kaitan dengan akhlak. Ini adalah perkembangan seorang manusia. Dengan bijak dan sabar, seorang ibu atau bapa boleh memimpin anak itu keluar dari tahap ini dengan baik dan mempunyai akhlak sosial yang baik.

Bila sesaorang kurang faham mengenai tahap ini adalah perkembangan diri seorang anak kecil dan berlaku di dalam diri semua diri manusia, maka mudahlah orang itu memberi judgement kononnya anak itu buruk akhlaknya dan ibu bapanya tidak pandai mendidik.

Sabar dulu, sebelum membuat andaian begitu. Jangan kita hendak memberi stress yang tidak perlu kepada ibu bapa yang anak-anaknya sedang melalui tahap ini. Kita dahulu pun melalui tahap ini. Cuma kita tidak ingat.

INDIVIDUATING adalah satu tahap yang penting di dalam perkembangan diri seseorang anak itu. Ianya berlaku pada usia 1.5 tahun ke 2.5 tahun. Sekirannya ditangani dengan baik, maka tahap ini akan berakhir dengan segera dan beralih kepada tahap INTERPERSONAL dan SOCIAL AWARENESS dan EMPATHY.

Kembali kepada cerita cucu Ibu Muhammad, sejak hari Isnin dia keluarganya kecuali papanya tidur di rumah Ibu. Maka suasana berlainan dengan rumahnya. Banyak benda yang selalu dia buat di rumahnya dia tidak dapat lakukan dan sudah beberapa hari dia berasa sangat kecewa disebabkan itu.
Hendak bermain dengan kakaknya juga dia tidak dapat kerana kakaknya bermain dengan sepupunya. Namun Muhammad terlalu kecil untuk dibenarkan turut serta dengan mereka. Maka bertambah membuaklah kekecewaannya. Ditambah dengan rindu kepada papanya yang sedang 'outstation'.
Semalam kerana sudah sampai 'limit', maka dia menangis, mengamuk dan menjerit-jerit melepaskan geram dan meluahkan perasaannya.

Apa yang Ibu hendak cerita di sini ialah respons mamanya yang memahami situasi yang sedang dilalui oleh anaknya ini. Dia menenangkan anaknya. Sedikit pun dia tidak meninggikan suara dan memarahi anaknya. Diambilnya anaknya itu digosok dipeluk dan dibacakan ayat Quran.
Masih tidak tenang juga anaknya itu. Oleh kerana Muhammad sangat manja dengan datuknya (grandfather), maka Grandfathernya pula yang menenangkannya. Diambilnya Muhammad dibawa mandi dan disebutkan segala doa-doa yang baik dan kata-kata indah untuknya. Hampir setengah jam di dalam bilik air, jeritannya masih kedengaran. Sangat tenang Grandfathernya menangani 'melt down'cucunya itu. Setelah setengah jam lebih barulah Muhammd tenang dan berhenti menangis dan mengamuk.

Ibu tahu mungkin ada yang mengatakan, mengapa tidak dipukul atau dijeritkan saja kepadanya untuk dia diam. Ibu tahu ramai yang melakukan sedemikian. Kononnya takut anak naik kepala. Sebenarnya, ini bukan masa mendisiplin anak supaya tidak naik kepala. Kerana semasa 'melt down' ini, si anak kecil itu sebenarnya sangat memerlukan kefahaman kita, kasih-sayang kita dan keprihatinan kita dalam dia menewaskan 'monster' yang sedang mengawal dirinya itu. (Ibu pernah menulis mengenai ini sebelum ini).

Ya, bila ditengking dan diherdik memang anak itu akan namun ada juga yang akan menjadi lebih teruk. Ya, memang anak itu akan senyap kerana takut, namun apa yang berlaku ialah semangatnya juga akan terkubur bersama.

Langkah mengendali situasi itu dengan kasih sayang dan tenang mungkin nampak lambat, namun ia memberi kesan jangka panjang yang baik.

Menghargai dan memahami bahawa anak kecil itu sedang berasa sangat kecewa dan perlukan kasih-sayang kita untuk membantu dia mengawal emosinya yang sedang bergelora itu adalah amat penting.
Setelah dikendalikan dengan baik oleh mama dan grandfathernya, malam itu Muhammad tidur dengan tenang dan lena kerana situasi 'melt down' nya itu dikendalikan dengan tenang. Semasa bangun pagi tadi pula dia kembali good mood terutama setelah melihat video papanya yang bercakap kepadanya yang dihantar oleh papanya semalam.

Semalam itulah guru kami di rumah kami. Dia mengajar kami terlalu banyak ilmu berharga. Allah datangkan guru kami mendidik kami menjadi lebih sabar di dalam diri seorang anak kecil, cucu kami, Muhammad.

Ibu sangat bersyukur kerana Allah memberi kami kebijaksanaan dan kesabaran yang kami rasa amat luar biasa dalam mengendalikan keadaan itu.

Sepanjang perkara itu berlaku, Ibu teringat akan hadith Nabi Muhammad s.a.w.
Dari Aisyah r.a.: Ada seorang Arab dusun datang kepada Nabi Saw. sambil berkata,

“Engkau mencium anak-anak, sedangkan kami tidak pernah mencium mereka.” Nabi Saw. menjawab, “Apa dayaku apabila Tuhan telah mencabut kasih-sayang dari hatimu.” (HR. Bukhari).

Di dalam keadaan berkecamuk dan mencabarkan seperti semalam, kasih-sayang kerana Allahlah yang menjadikan kita sedar diri bahawa anak kecil itu hanya alat yang Allah hantar untuk mendidik hati dan jiwa kita.

Ibu mendoakan anda senantiasa dapat menerima cabaran dan belajar mendepani cabaran-cabaran itu dengan baik.


Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

3 comments:

  1. Salam Kak Salwa...
    I'm actually your super super junior KISAS dulu..
    You actually inspired me to study hard dulu hehe
    Teringat lagi masa tu akak baru balik dari oversea and you came to KISAS to visit the teachers and students.
    Masa tu saya F5. Memang akk tak kenal saya. Tapi, masa tu mata saya tak berkelip2 tgk akk.
    Comel je kakak ni and she is so smart boleh blaja kat oversea.
    Ingat lagi Cikgu Rosnani invite you to my class to give sepatah dua to motivate us at that time.
    Later that evening..akk spend time dengan pelajar muslimat kat surau Siti Khadijah waktu maghrib Isyaq.
    Again akk bagi kata2 semnagat and tell your experience study kat oversea.
    Just nak bgtahu..all the memories still sy simpan dalam ingatan walaupon akk tak kenal saya. hehe
    just to let you know, kehadiran akk pada hari itu mungkin telah menyentuh banyak jiwa dan motivate kami utk study and achieve our dreams that time.
    Alhamdulillah i managed to study in UK lepas tu.hehe.
    And now i follow your blog pulak untuk parenting tips and other stuffs jugak hee
    Moga akk terus menulis dan motivate other people. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This message brought tears in my eyes

      I just finished up the daily chores, my sick baby is sleeping and i log in to my blog when i found out this comment.

      I thank Allah for making Liyana wrote this beautiful note.

      Liyana dear, you are right. I don't know you yet thank you for spending sometimes writing this. I appreciate it much.

      Life as a WAHM is beautiful
      It's not always a bed of roses of course
      My challenge would be to stay at home and interact using social media (only) whereas the fact that i was born as extrovert

      I miss meeting people
      I miss going to schools/universities telling those students that they are good, able to achieve higher positions, telling them they have purpose in their life, that they are much more valuable than they think they are, telling them to rectify their niat/intention
      I miss that
      and today, when I think i wasn't good enough, and that i am a nobody, this message comes and hence the tears

      Delete
  2. atikel tsb meruntun hati dan tanpa disedari sy menitiskan air mata. Subhanallah begitulah Pencipta kita mengajar hambaNYA dengan cara yg tak terfikir dek akal kita sbg hamba yang lemah di sisiNYA... memberi semacam semangat untuk bekata pada diri ini teruskan usaha untuk lebih dekat kepdaNYA..
    THE CLOSER U GET TO ALLAH, THE CLOSE U R TO EACH OTHER

    TQ salwa for sharing..

    ReplyDelete