Cerita Imran & I'jaaz sambut Hari Guru 2015

Assalamualaikum wbt

Tahun ni pertama kali sambutan hari guru utk I'jaaz. Utk Imran pula kali kedua. Sambut berdua di sekolah yang sama ni memang istimewa sikit la




Emaknya dari beberapa minggu dah terfikir apa nk buat kali ni. Taska mereka pulak buat sambutan sedikit lewat berbanding hari guru yang biasa sebab tengah sibuk buat persediaan utk sukan tahunan.

Makanya banyak la masa nak prepare kan.


Projek 1: Kad besar


Yang ni paling banyak melibatkan diorang berdua. Mak tolong tulis yang besar tu then diorang warnakan. Lepas warna ikut suka hati, tepek lah sticker yang ada waktu tu. Makanya penuh la kad besar tu dengan sticker dan kertas toy story.. hehehehe. 






Projek 2: Buat tasbih 

Ni mak buat sorang-sorang time diorang pegi sekolah. Kalau tak huru hara nanti. Lagi pun dah lama tk buat ni skill agak merudum sikit. Hahahaha

Lastnya dapat jugak siapkan 10 tasbih. Boh dalam bekas tasbih then masuk dalam paper bag. Settle!



Projek 3: Cupcakes bouquet

Yang ni paling mencabar. Huk huk huk. Not only sebab first time try tapi sebab nak buat nya boleh tahan leceh. Malam-malam sebelum hari sambutan tu lagi dah kene bakar. Dekat pukul 12 malam baru sejuk dan boleh cucuk cucuk. Imran sangat semangat buat pertolongan sambil mengepau sebiji cupcakes emak. Cuak gila takut tak cukup. End up cukup-cukup aje. Alhamdulillah

Then esok paginya terus kene hiaskan bouquet tu. Sebbaik jadi. Fuuuh. Yang ni coklat cupcakes atasnya ada topping yam dan strawberry.

Yeyeyeyeye





Imran sangat excited sampai pepagi buta dah nak mandi pi sekolah sebab tak sabar nk bagi hadiah especially cuppies ni pada cikgu-cikgu dia. I'jaaz ok la. excited jugak tapi tak macam abangnya

So  begitulah ceritanya diorang sambut hari guru
Balik dari sambutan kat sekolah mmg tak habis cerita lah kan
Seronok sangat la tu

Itu la, diorang yang excited sebenarnya
maknya tumpang sama tapi kadang-kadang macam maknya yg lagi excited

Mihmihmihmih

Ok, apapun terima kasih kepada semua cikgu seluruh dunia dan universe atas ilmu dan jasa bakti yang telah di curahkan. Memang tak terbalas

Jumpe lagi next year (sambil memikirkan hadiah apa pulak nk bagi ni)

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment