Cara buat Ohsem BELL TOTA

Assalamualaikum wbt

Projek DIY weekend kali ni sebenarnya buat minggu lepas tapi emak tak sempat nk upload dalam blog. Ceritanya mereka berdua ni di ajak buat Bell Tota.



Apa Bell Tota tu? 


Asalnya dari Northern India. Diorang pakai patch kain-kain then jahit jadi macam burung lepas tu cantum-cantum kt tali. Bawah sekali ada loceng. Haa gitu lah. Sebab apa diorang gantung dan asal usul yang sebenar tidak diketahui wpon emak dh google.

Well, rasanya tkde masalah pun dengan mencuba aktiviti nih. Ianya bagus sebab melibatkan skill yang banyak seperti kekreatifan mewarna, fine motor, ade gunting-gunting (wpon yang ni emak aje yang buat sebab takut bird tu jd tk comel hahahaa) dan gantung.

Okeh, mcm mana nk buat?

Langkah 1: Lukis gambar burung atas kertas dan pastikan boleh di pasangkan burung tu nanti. Utk penjimatan masa di tambah pulak mak takut tak sama lukisannye nanti, maka print lah template Bell Tota ni dari Babble Dabble Do


Langkah 2: Warnakan se kreatif mungkin. Biar diorang buat apa yang diorang rasa nak letak tapi dalam masa yang sama, ajar mereka utk warna ikut garisan supaya motor skill diorang lebih terasah. 



Langkah 3: Gunting setiap kepingan burung tu dengan penuh hati-hati dan kasih sayang. hahahaha

Ni bahagian belakang burung
Ni bahagian depan burung

Langkah 4: Pasangkan setiap burung supaya tkde kes salah gam nanti.

Langkah 5: Ambil riben dan potong panjang sedikit. Pastikan yang hujung atas tu membentuk Loop supaya boleh letak jari atau gantung. Kemudian gam la burung-burung tu.


Siap!!!
Haaa, menarik dan senang kan?



Diorang berdua aritu tak sabar tunjuk kt kawan-kawan.
Mak perhatikan ada sense of proud pada Imran dan I'jaaz atas usaha nya buat. Good job boy!

So, sila la cuba di rumah ye

Love,

Salwa




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment