Apa TERJADI pada TUBUH kita ketika puasa 30 hari?

Assalamualaikum wbt

Fasa pertama Ramadhan dah berlalu semalam. 10 hari yang begitu mengujakan. Kita berharap supaya terus kekal istiqamah dengan amalan yang baik dan dapat pula di teruskan di bulan yang akan datang

Saya mendapat mesej Whatsapp daripada salah satu group
Menarik!



Ianya adalah rumusan dari sudut saintifik, bagaimana tubuh badan kita menyesuaikan diri ketika berpuasa di bulan Ramadhan

Sumber asal saya tak dapat pastikan, jika ada pembaca yang tahu, mohon tinggalkan di ruangan komen supaya saya dapat berikan kredit sewajarnya

:)

Rumusan Fisiologi Puasa


Fasa 1 - Hari 1-2


  • Gula dalam badan menurun.
  • Jantung berdegup perlahan.
  • Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
  • Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.


Fasa 2 - Hari 3-7


  • Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
  • Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
  • Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
  • Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.


Fasa 3 - Hari 8-15


  • Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
  • Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
  • Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.


Fasa 4 - Hari 16-30 


  • Badan mula selesa dgn puasa.
  • Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.


Fasa 5 - Hari Raya Syawal (ni tambahan yg agak kelakar)

Badan jadi tak tentu arah..nafsu makan membuak tatkala terlihat ketupat dan rendang. Lemak baru dikumpulkan dan ketika inilah berat badan ditambah kembali dengan cara yang paling ganas. Darah menjadi naik dengan cepat naik ketika acc bank tiada berbaki..dan akhirnya pernafasan menjadi hampir tiada apabila gaji lama lagi nak masuk...‍‌‌‌‌‍‌‌‍‌‌‌

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment