7 cara positifkan MINDA untuk menjayakan penyusuan

Assalamualaikum wbt

Ini kali pertama saya menulis sepenuhnya tentang kuasa minda. Mindset ni sebenarnya faktor utama yang kita kene jaga apabila kita memilih untuk breastfeed bayi kita. Cuma, faktor inilah yang paling banyak di abaikan hingga menyebabkan penyusuan dirasakan susah, sukar, tidak boleh dilakukan dan semua perkataan negatif lain. Akhirnya, tewas sebelum betul-betul mencuba

Jadi saya suka nk kongsi beberapa perkara yang penting utk di lihat dan di praktikkan supaya dapat buat penyusuan dengan berjaya.


CARA 1: FIKIR POSITIF


Sebelum bayi lahir lagi dah cakap siap-siap yang kita  nak susukan dia. Kita kata kat dia yang susu ibu paling berkhasiat, kita minta bayi bekerjasama, kita kata yang susu kita pun dah cukup utk tumbesaran dia. Saya praktikkan dari waktu mengandungkan anak pertama lagi. Alhamdulillah, setakat ini semua anak saya dapat menyusu dengan baik dan lengkap.

FIkir positif ni termasuklah bersangka baik. Kita sentiasa sangka baik yang semuanya akan ok dan tidak terlalu memikirkan perkara diluar kawalan yang negatif walaupun kita di sarankan utk mengambil kira juga risiko dan masalah yang bakal di hadapi (seandainya ada) untuk bersedia menangani nya. Yang penting, pastikan balance ye



CARA 2:  DAPATKAN MENTOR PENYUSUAN


Yang ini selalunya lebih elok kalau orang yg kita kenal dan tahu mmg berjaya menyusukan bayi nya. Jadi kita akan fokus pada orang ini utk dijadikan ala-ala idola gitu. Kita boleh tanya dan dapatkan sebanyak mungkin nasihat. Bila kita dengar cerita orang yang dh berjaya, secara tak lansung minda separa sedar kita akan sentiasa ingat akan kisah kejayaan tu dan kita pun sama nak berjaya mcm dia. Kalau rasa susah nk dapatkan, boleh juga hubungi Lactation Caunsellor (LC) utk dapatkan khidmat nasihat.



CARA 3: DOA


Yang ini mmg sangat sangat sangatlah penting. Dari sebelum hamil, sampai lah hamil, sampai lah dah bersalin nanti, ingatlah semuanya atas izin Allah. Jadi kita perlu sentiasa doa agar penyusuan kita di permudahkan, dapat menyusukan bayi dengan sempurna dan tidak berhadapan masalah. Kuasa doa ni sangat power. Jangan under estimate. Bantuan Allah akan datang dari arah yang tk disangka bila kita sudah berdoa dan usaha sungguh-sungguh. Penting juga utk minta pasangan doakan.



CARA 4: ZIKIR


Yang ni adalah amalan paling mudah sebenarnya sebab tk perlu sebut dan dari hati pun cukup. Tapi amalan ni jugak la paling susah nak buat.. sob sob sob

Saya sarankan utk permulaan kita banyakkan istigfar. Kalau boleh lebih 100 kali sehari. Kemudian boleh la mulakan dengan selawat dan sebagainya. Antara manfaat zikir ni selain mendekatkan diri dengan Allah, kita juga akan tenang dan rasa 'cukup'. Secara saintifiknya pula, bila kita tenang dan tidak stress, pengeluaran susu lebih mudah dan banyak in sya Allah!



CARA 5: MOTIVASI DIRI


Kita boleh cari dari sumber yang pelbagai. Terpulang. Cari sesuatu yang dapat memotivasikan anda. Lain orang lain caranya. Ada orang tengok kawan punya stok EBM banyak, dia rasa termotivasi utk banyak juga. Tapi ada yang tgk orang punya EBM banyak dia rasa down.. huuuhu

Jadi cari la yang sesuai dan anda rasa termotivasi. Contohnya tengok gambar baby sehat comel montel ke, atau rajin membaca buku dan artikel pasal penyusuan berjaya ke. Atau rajin cari maklumat pasal pemakanan sihat. Explore lah pendek katanya :)






CARA 6: SOKONGAN KELUARGA


Paling utama adalah suami anda. Terangkan dengan jelas yang anda nak menyusukan bayi dan minta beliau tolong bagi sokongan moral dan fizikal. Moral ni makna kata bagi semangat ketika anda down (bukan dok offer nak beli formula milk). Doakan anda dan selalu yakinkan anda boleh. Kalau bab fizikal pulak tolong urut time anda menyusukan baby ke, tolong basuhkan peralatan utk pam ke, atau tolong belikan buku ke. Macam tu la

Keluarga juga sama penting utk anda beritahu. Biar mereka tahu anda ingin menyusukan baby dan mereka boleh tolong beri sokongan sama. Deal?



CARA 7: KUMPULAN SOKONGAN


Tak semestinya forum di internet sahaja. Anda juga boleh join atau create group sendiri yang terdiri dari kenalan yang anda tahu berjaya dalam penyusuan atau sama2 ingin mencari ilmu dalam dunia penyusuan. Kadang-kadang bila masuk group yang advance sangat boleh jadi inferior atau tukang baca sahaja. Ini tidak mengembangkan potensi anda. Biarlah sama-sama bertatih supaya masing-masing dapat share ilmu.

Ok?

Saya rasa semua ini anda boleh lakukan kerana anda adalah ibu yang hebat!!

:D

Semoga  berjaya! 

Jika anda ingin tips utk susu ibu, boleh juga like Page TIPS IBU SLIM SUSU BANYAK di FB


Love,



Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

3 comments:

  1. thank u wa info yang best

    sharing tips perkukuh mental dan emosi penyusuan ibu

    http://supplementsaya.blogspot.com/2015/06/8-cara-atau-tips-perkukuh-minda-dan.html

    ReplyDelete