Kenapa penting utk berangan?

Assalamualaikum warah matullah

Pernah tgk cerita Up?
Seorang isteri yang berangan sejak kecik nak duduk di Paradise Fall. Betapa besarnya angan tu sampai si suami sanggup nk kotakan janji dan meredah semua cabaran.



Tapi kan, 

Kita dulu kalau waktu sekolah rendah, kita sering di momokkan kisah angan Mat Jenin yang tak kesampaian. Akhirnya mati terjatuh dalam istilah Melayu nya 'mati katak'.

Maka kita pun takutkah nak bercerita tentang impian kita
Sebab kita takut di ketawakan atau takut kita mati jadi macam Mat Jenin.
Kita pun terus dipaksa hidup atas realiti tanpa ada angan (apatah lagi nk usaha) utk baiki diri.


Sedangkan Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka -Ar-Ra'd:11"

Salahkah Mat Jenin?

Haaa, tu la, sebenarnya Mat Jenin punya salah adalah berangan di tempat yg salah dan tidak berhati-hati. Itu je. Beranagan dan memasang impian tu pulak adalah langkah pertama utk kita memotivasikan diri sebelum memulakan usaha utk mendapatkan apa yang kita dok angankan tu.

Tak percaya?

Saya nk bercerita ni. Kisah saya sendiri. 


IMPIAN 1: KASUT


Waktu saya berada di sekolah rendah, kasut yang saya pakai memang kasut paling basic dan simple dan harganya tak lebih dari RM10 sepasang. Saya kalau tgk iklan aje mula la berangan nak kasut Pallas la, Bata la. Kasut bunyi lah, kasut tebal la. Asyik tengok aje kawan pakai. Nak beli sendiri tak mampu lg. Nak mintak parents belikan tak sampai hati. Tapi saya masih simpan hajat tu sampai lah masuk ke tingkatan 3. Waktu tu saya berjaya beli sendiri kasut idaman dan puas hati sangat-sangat.


IMPIAN 2: COMPUTER


Waktu saya darjha 5 pulak, utk pertama kalinya sekolah membuat kelas komputer dan saya antara murid cemerlang dalam kelas waktu tu. Ala, fungsinya lukis-lukis aje. Saya masih ingat company yang dijemput tu namanya FATRA COMPUTER. Suatu malam cikgu komputer tu hubungi abah saya utk menawarkan komputer pada harga lebih 2 ribu ketika tu. Saya memasang telinga. Abah saya kata mana ada duit banyak macam tu dan tak mampu. Saya kecewa tapi saya sedar kenyataan tu. Jadi saya berazam, suatu hari nanti saya akan ada komputer sendiri hasil duit sendiri. Azam saya tu menjadi kenyataan 8 tahun kemudian bila saya berjaya memiliki laptop pertama saya.


Banyak lagi cerita pasal berangan ni tapi yang ni paling latest la ye.

IMPIAN 3: AIR FRYER



Dah setahun lebih saya berangan memilik air fryer. Dok jenuh la google sana sini, buat perbandingan, tengok video youtube lah. Saya tetapkan hati dan siap tulis kat Vision Board yang saya akan memiliki air fyer awal tahun ni. Jadi, ape saya buat? Saya kumpul duit setiap bulan (nak beli sedebuk mmg tak lah kan) dan pastikan tak usik budget lain. Setelah beberapa bulan, akhirnya impian jadi kenyataan.  Hari ni saya menggunakan air fryer buat pertama kali dan rasa sihat sangat okeh..

Ni gambar ayam goreng yang di air fyerkan tanpa setitik minyak pun!
Woooo


Sob sob sob
Begitulah fungsi impian atau berangan
Kita sebut hari-hari

Kita visualise kan yang kita dh dpt
Kita doa banyak2
Kita jadikan sebagai dorongan

In sya Allah, impaknya mmg besar!

Tak caya?

Haa, cuba lah sendiri!!

Hehehehe





Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Wah best best.. Tahniah kerana berjaya merealisasikan impian mu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. More to come! Hehehehe

      Delete