Babywearing menggunakan kain batik lepas

Assalamualaikum wbt

Beberapa tahun kebelakangan ni, babywearing a.k.a menggendong bayi menjadi lebih terkenal dekat Malaysia. Makin ramai parents yang mula cuba ber babywearing dan makin banyak juga gears yang muncul.

Antara yang selalu jadi pilihan adalah SSC, CC, Ring Sling, Wrap, Mei Tai dan sebagainya. Walaupun bukan semua yang okay dan ada beberapa masalah berkaitan ergonomics dan safety yang dibincangkan, itu tak mematahkan semangat ramai parents yang berminat utk mencuba

Jadi saya rasa nak kongsi cara babywearing yg simple, mudah, convenient dan MURAH

Dan of course, paling penting TRUSTED dari sudut keselamatan



(Mak opah moyang kita dah lama dok guna dah)

Makanya timbul lah idea utk membuat video di bawah ni




Waktu ni umur Israa' nak masuk 6 bulan dan berat dalam 7.8kg

Somehow, Israa' lebih prefer berada di dalam batik lepas berbanding RS. Mungkin sebab material batik lepas yang light dan lebih pengudaraan kot.

Ye la, Malaysia kan panas.

Jadi, saya menyeru sesiapa yg mempunyai masalah budget buat masa ni, utk cuba dengan batik lepas dulu. kos nya murah. RM15 pun boleh dapat batik lepas yang basic.

Selamat mencuba!

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

2 comments:

  1. Wink! wink! wink! Sangat jimat. Persediaan sebelum ada anak. Ihihhihi. Sangat tradisional tapi comel. Memang banyak boleh berjimat ni. Again....good idea kak salwa

    ReplyDelete