4 FAKTA penting tentang DEMAM DENGGI yang anda wajib tahu

Assalamualaikum wbt

Kes denggi sekarang makin menjadi-jadi. Sana sini cerita tentang denggi. Di dalam beberapa group whatsapp saya pun, ramai bercerita pasal denggi yang dihidapi kawan, spouse, ahli keluarga. Ada yang sampai meninggal dunia :(


Denggi dulu pula tak sama macam sekarang. Walaupun nyamuk nye sama iaitu nyamuk Aedes yang menyebarkan virus, tapi skrg ni lebih kurang 'evolve' lah katanya. 





Simptom pun berubah hingga doktor pun kadang-kadang pelik sebab tanda yang biasanya berlaku boleh jadi tak berlaku dan yang tak biasanya berlaku, boleh jadi berlaku.


Suami dan saya juga pernah kena denggi ni sekitar tahun 2010.
Perit dan sengal satu badan. Suami sampai kene warded hampir seminggu


Saya ingin berkongsi, 4 perkara penting yang anda perlu tahu tentang demam denggi



FAKTA #1: ANDA BOLEH DIJANGKITI DENGGI LEBIH DARIPADA SEKALI


Kalau dah pernah kene denggi, jgn pula sewenang-wenangnya biar kan diri kene gigit nyamuk ye. Sebab, denggi ni ade 4 jenis virus nye iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis tu aje. jadi ade lagi 3 yang tak imun ye. Makanya, sentiasa lah berhati-hati dan pastikan persekitaran kita bebas dari nyamuk aedes atau nyamuk2 lain.





FAKTA #2: JANGAN RASA DAH SEMBUH WAKTU DEMAM KEBAH

Yang ni la sangat bahaya tau. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke 3 hingga la hari ke 14 selepas digigit oleh nyamuk aedes tu. Lepas tu kita akan demam mengejut, sakit kepala, sakit belakang, sakit sendi, semua sakit lah.
Sakit teruk pada tulang, otot dan sendi ni sampai demam denggi ni juga di panggil breakbone fever dek kerana kesakitannye. Biasanya ada ruam-ruam kecik akan tumbuh di kulit. Bila di sahkan denggi, lepas tu kita punya suhu turun dan rasa dah kebah, waktu tu la yg fasa bahaya sebenarnya kalau tk monitor. Biasanya berlaku paa hari ke-3 hingga ke-5 demam. 

Waktu ni suhu normal tapi akan jd lebih lemah. Jadi resah, muntah, kalau amik darah pun platlet akan rendah time ni. Pendarahan pun boleh berlaku time ni.

FAKTA #3: BOLEH KESAN MELALUI UJIAN DARAH

Bukan pakai agak-agak aje. Biasanya kalau dah demam 3 hari baru boleh test. Sebab antibodi waktu tu dapat dikesan dalam darah (dengue IgM). 
Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.
NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.


FAKTA #4: TIADA RAWATAN KHAS UTK DEMAM DENGGI

Memang tkde ubat. antibiotik pun tk perlu. Habis tu kenapa nak kene warded? Sebab nk monitor darah,platlet dan keadaan kita. Macam saya kata kat atas tu, yg bahaya bila orang rasa dia dh sehat sedangkan waktu tu paling teruk.
Rehat kene cukup, air kene banyak minum. Apabila digigit nyamuk aedes, virus akan masuk ke dalam tubuh badan, dan menyebabkan kebocoran plasma. Ini salah satu sebab pesakit denggi kehilangan air dlm badan.
Sbb tu sgt penting utk pesakit denggi mendapatkan air yg byk utk gantikan air yg hilang.

Sekarang dah jd viral pasal jus daun betik atau daun betik buat ulam (biar betik, pahit kot?). Ye. Yang pahit tu la yang baiknya, jgn asyik nk minum gula aje. Sup ketam jugak mmg sangat popular sebab boleh tingkatkan platlet katanya. Adapun ketam tu hendaklah di masak sup ye. bukan masak lada telur masin atau gulai lemak cili api. 
Jus buah macam buah kiwi, kurma,jambu batu atau tembikai juga membantu. selain menambahkan air boleh juga sejukkan badan dan lawan radikal bebas dlm badan.
Jika anda berminat mencuba supplement, disarankan jugak pengambilan beberapa supplemen semulajadi dari Shaklee utk membantu pesakit kekal bertenaga dan meningkatkan imun sistem pesakit (bukan utk merawat atau mencegah ye).

Dibawah ini di kongsikan, tips dari Puan Sarah, Nutritionist dari Shaklee apabila anda dijangkiti demam denggi:





  • Membantu mengekalkan cecair dlm bdn dgn lebih lama.
  • Membantu mengurangkan kekejangan
  • Minuman isotonik yang menstabilkan paras cecair didalam badan. Gula minimum dan dari sumber semulajadi.
  • Telah diuji secara klinikal ukt membantu meningkatkan tenaga



  • Membantu meningkatkan interferon dalam badan. Inteferon memberi signal kepada badan untuk melawan virus.


  • Membantu menghalang virus denggi terus merebak
  • Membantu meningkatkna imunisasi
  • Antioksida yang kuat
  • Membantu sel darah putih utk lawan virus denggi


  • Membekalkan tenaga dengan pantas
  • Membantu menyimpan nutrien dan vitamin di dalam badan
  • Diperbuat daripada soya tanpa perubahan genetik (non-GMO)

Nota: Jika anda berminat utk mendapatkan sebarang item di atas ini, hubungi saya melalui SMS/Whatsapp di 019-5558027




KESIMPULAN


Jika dapat dicegah, eloklah pencegahan dimulakan segera

Bersihkan kawasan sekitar rumah
Pastikan yang patut dibuang tu dh dibuang

Semoga kita dapat mencegah demam denggi ini


Love,




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment