7 jenis Customer yang saya REJECT dengan jawapan berhemah

Assalamulaikum wbt

Waktu masak tengahari tadi teringat macam-macam peel customers saya sejak saya ber bisnes online ni. Dulu-dulu pun lama juga tolong abah dan keluarga meniaga ikan dan hasil laut di pasar malam, memamg banyak karenah pelanggan ni!

Jadi nak kata lebih senang daripada bisnes yang face-to-face tu tidaklah juga sebab pelanggan online ni pun boleh tahan juga tau.




"Customer is always right" pada saya harus kena pada masa dan tempatnya.

Normal kalau customer minta info, minta testimoni, minta diskaun atau nak barang dengan cepat. Tapi.. ada juga yang tak normal tau!

Jadi, dipendekkan cerita, saya kongsikan beberapa jenis pelanggan yang saya terpaksa tolak dan ini semua daripada pengalaman saya sendiri



Jenis 1 : Nak barang dulu



Yang ini kecuali lah anda kenal rapat atau ahli keluarga sendiri, saya nasihatkan tak perlulah ikutkan kehendaknya. Berapa banyak seller online yang tertipu dengan janji manis especially kalau heret bab-bab sakit berat macam kanser lah, anak OKU lah, mak dah nazak la. Kita hati mulia la nak tolong, sekalinya dia tak bayar-bayar.

Jawapan berhemah: Maaf encik/Puan, saya hanya buat penghantaran selepas bayaran diterima. 



Jenis 2 :  Nak COD tapi....




kat Kulim lah, kat Bukit Gambang Lake Resort la, dekat Zoo Negara lah. Walhal kita dah bagitahu lokasi kita. Selalunya saya akan pass pada kawan-kawan yang ada di sekitar tu.

Kadang-kadang ada yang nk COD tengah hujan lebat, atau waktu malam di tempat tak sepatutnya.

Jawapan berhemah: Saya hanya dapat COD waktu 9 pagi di persimpangan Alamanda atau jam 5 petang di PICC. Jika Encik/Puan nak COD di tempat lain, saya akan cari kawan yang boleh bantu. 



Jenis 3: Nak test dulu


Errrr...sebotol tu kalau dah bukak kira jual je tau. Dulu ade trial pack sekarang company dah LARANG jual. 

Jawapan berhemah: Kalau nk cuba boleh la datang ke rumah saya. Trial pack kita dah tk boleh jual. 



Jenis 4 : Urgent terlampau



"Kalau saya bayar, bila boleh dapat? Lagi 2 jam boleh dpt tak? " Ni antara kes exegerrate tapi itulah hakikatnya. Time mintak payment ya ampun, 5 hari kene remind. Lepas bayar je 5 saat dah nak dapat barang. Kebanyakan seller ni jenis yang tunggu lori pick up kt umah atau pos dari post office. Kadang-kadang kenderaan pun limited atau nk heret anak-anak lagi. 

Jawapan berhemah: Saya buat penghantaran hari ni jika dapta bayaran sebelum jam 11 pagi. Jika selepas itu, penghantaran saya buat pada hari Rabu. Terima kasih



Jenis 5 :  Discount terlampau


Kami bukan lah company besar nak buat YES gila-gila. Kadang-kadang harga modal pun tk lepas yang customer mintak. Pastu suka pulak compare dengan harga orang lain. Pelik juga, dh org lain tu murah, kenapa dia tak nak beli kat orang tu? Oh, sebab orang tu tak bagi konsultasi, jadual vitamin, cara pengambilan terbaik, tips, support online macam kita. Tu la, barang yang baik dan servis yg baik mesti lah ada harganya. Jika yang jual murah tu, bukan sahaja tindas peniaga lain tau, ntah-ntah barang pun dh nak expired jadi nak abiskan stok.

Jawapan berhemah: saya tak dapat beri harga tu . Jika encik/Puan ingin harga ahli, mari lah join kami jadi ahli. Sentiasa murah sampai 20-30% discount tau.



Jenis 6: Kaunter pertanyaan

Bertanya sangatlah normal. Yang tak normal tu yang tanya dekat beratus mesej pastu tanya pulak perkara yang sama. Customer paling dasyat saya pernah layan (kenapa  ntah sabar gila waktu tu) bertanya 4 perkara yang sama dalam masa 2 hari saya layan dia dengan beratus-ratus mesej di Whatsapp dan akhirnya tak beli pun sebab saya sound dia "saya pun tak paham kenapa puan tanya saya soalan yang sama sampai 4 kali ye?"

Jawapan berhemah: Ntah la. tkde skema jawapan. Besenye yang ini ikut kerajinan



Jenis 7: SPY


Peniaga tapi menyamar sebab nak tau harga kita, cara kita layan customer, cara kita jawap.
Ini zalim tahap ke 18. 
Diorang ni sepesen je. Akan tanya macam-macam, kejap nk beli set tu, kejap nk beli set ni.
Pastu nak tanya MIL, bf, anak sedara, cucu angkat etc

Biasanya lepas tahu, kita tak bagi jawapan berhemah, kita bagi tazkirah atau TALQIN kan aje

"Tak baik buat macam ni. Semalam awak kata awk umur 18 nak set kulit, harini nk set slimming pulak tapi semalam kata takde budget nak tanya emak dulu. Sebenarnya awk ni pengedar kan? Saya baru je mintak kawan saya tlg checkkan dan awk pun dh reply kata awk mmg pengedar. Jangan la menipu. Membuang masa orang adalah berdosa. Tak berkat rezeki awak. Lain kali awk tayah la menyamar lagi ye. Takut sikit pada Allah"


Jadi,

apa fungsi saya tulis ni?
Copy paste la jawapan tu!

Hehehehe


Love,




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

12 comments:

  1. Hahaha...sabar je lah..

    ReplyDelete
  2. Customer memangla macam-macam perangai

    Kadang-kadang memang sakit hati

    Tu lah ujian Allah, ade rezki lain lebih besar selepas tu InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Kena save entry ni!

    ReplyDelete
  4. Wakaka.. best kan jumpa customer gitu2.. yg jenis nk tanya mcm2 tu mmg byk la. Ibarat kita ni kamus online. Maklumlah. Free consultation kan..

    ReplyDelete
  5. Hahahs yang bab bertanya2 tu memang boleh tahanlah mcm nak membeli je gayanye...last2 huby sy dah beli dari kawan dia la..sorry ek...kejammm

    ReplyDelete
  6. Huda:

    Betul tu. in sya Allah

    ReplyDelete
  7. Khadeejah:

    Beso deeja gelak ni. mesti selalu jumpe macam2 peel hehehehe

    ReplyDelete
  8. Zaleha:

    kan..semua nak free sebab brg free mmg orang suka

    hehehe

    ReplyDelete
  9. mamasnia:

    tiap2 minggu mesti ade yang pesen mcm tu. :p

    ReplyDelete
  10. macam2 perangai customer ni..ada yg pernah sy dpt,saya ade baca blog awk dan baca testi awk..betul ke? pastu tanya jadual makan,cara makan dll tp nak beli dgn kawan opis..

    huhu..senang2 je kawan dia dpt sale kan..

    ReplyDelete
  11. Wa, nak tambah list yang kami penah jumpa pulak:

    - sound dan tazkirah kita balik sebab tak dapat bagi diskaun yang dia nak atau tak dapat COD luar kawan.

    - nak bayar tapi nak bayar dekat posmen yang hantar barang tu..nanti mintak posmen pass kat kami..Adoiii.

    - mengorat, ajak keluar makan

    - marah kat kami dan semua SID yang dia contact sebab taknak bagitau cara makan. SID yang dia beli pun taknak bagi cara makan. Kesian...

    - Yang ni paling rare..nak barang percuma. Terang-terang cakap takde duit tapi nak. Rezeki dia, dapat Buku MMR sebab ada ejen lain memang allocate untuk sedekah. Tapi lepas tu dia mintak novel dan buku2 lain pulak yang kami review dalam blog. Aduss.

    Sorry..panjang benor komen. haha.

    ReplyDelete