4 Info penting tentang ebola

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya ingin kongsikan dengan anda tentang virus yang telah menggemparkan seluruh dunia beberapa hari kebelakangan ini. Syukur alhamdulillah, Malaysia masih bebas dari sebarang kes Ebola dan semoga kekal bebas.

Jom kita lihat beberapa perkara yang kita perlu tahu tentang Ebola


1: Apakah Ebola?

Ia adalah virus yang menyerang sistem darah manusia. Ebola adalah sejenis demam haemorraghic - ia beroperasi dengan menjadikan mangsa berdarah dari hampir mana-mana sahaja pada badan mereka dan kebiasaannya mangsa berdarah sehingga mati.


2. Bagaimanakah Ebola berjangkit?

Virus ini boleh merebak melalui sentuhan dengan pesakit yang menghidap Ebola seperti cecair badan (darah, peluh, air liur, air mani dan cecair lain).

Ebola TIDAK merebak melalui udara (airborne). Virus ini sangat merbahaya kerana hampir 90% orang yang dijangkiti akan meninggal dunia dalam masa hanya beberapa minggu.

Setakat ini tidak ada rawatan atau ubat khusus yang diketahui boleh mengubati Ebola. Mangsa kebiasaannya dirawat kerana gejala yang mereka hidapi dengan harapan ianya akan pulih seperti keadaan normal.


3: Bagaimana mengenal pasti pesakit yang menghidap Ebola?

Antara simptom yang dikaitkan dengan Ebola adalah:

• Demam
• Sakit kepala
• Cirit-birit
• Muntah
• lemah2 badan
• sakit2 sendi
• Sakit Perut
• Kurang selera makan




Rajah: Keadaan pesakit ebola 




4: Bagaimana melindungi diri dari Ebola?

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih:

• Basuh tangan dengan sabun atau boleh juga menggunakan hand sanitizer. Elakkan sentuhan fizikal yang tidak perlu dengan individu terutamanya yang tidak dikenali.
■ Cuba banyakkan makan makanan yang anda sediakan sendiri.
■ Pastikan persekitaran rumah anda sihat dan bersih kerana virus ini tidak boleh hidup dengan haba, cahaya matahari langsung, bahan pencuci dan sabun.
• Basmi makhluk perosak seperti tikus kerana ianya boleh menjadi pembawa Ebola.
• Mayat pesakit Ebola masih boleh mengakibatkan Ebola. Jangan sentuh mereka tanpa pakaian perlindungan atau lebih baik lagi mengelakkan mereka sama sekali.
• Gunakan pakaian perlindungan jika anda mesti mengambil berat atau pergi berhampiran
seseorang yang anda mengesyaki mempunyai Ebola.
• Laporkan kepada pihak kesihatan jika terdapat tanda-tanda mencurigakan pada diri sendiri atau sesiapa sahaja dengan SEGERA.
• Sebarkan maklumat tentang penyakit ini.


Infografik di bawah yang di ambil dari Berita Harian juga boleh mambantu kita utk mengenali Ebola.


Semoga maklumat ini bermanfaat.

Love,




Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment