Tips cukupkan keperluan air setiap hari

Assalamualaikum wbt

Kita memang memerlukan banyak air setiap hari kerana air memainkan peranan besar dalam fungsi organ kita.

Pada hari biasa, mungkin kurang sedikit masalah yang timbul untuk mencukupkan kuota air harian kerana kita minum sepanjang hari.

Namun, pada hari tertentu seperti musim panas, keadaan berjerebu, bulan puasa dan ketika sakit, kita menghadapi sedikit kesukaran mengekalkan paras air didalam tubuh badan.

Hari ni saya nak kongsikan dengan anda, cara utk mengira pengambilan air yang sewajarnya untuk setiap individu mengikut berat badan masing-masing

Saya jumpa website ini ketika mencari info tentang air didalam badan.

Sangat mudah dan membantu!

Kalau nak cuba, boleh ke link ini: Daily Water Intake Calculator

Caranya, letakkan info anda seperti contoh di bawah.



Selepas itu klik butang 'Calculate' dan anda akan dapat jawapan yang khas utk kondisi anda. Contohnya dibawah ini:





Anda juga boleh melihat rajah dibawah jika ingin panduan secara umum:









Dengan mengetahui berapa banyak yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari, kita boleh mula melakukan beberapa 'strategi' antaranya:


  • Menyediakan botol khas bagi setiap individu didalam rumah dan memastikan air didalam botol tersebut habis setiap hari
  • Menyediakan jadual pengambilan air. Sebagai contoh, 2 gelas ketika sarapan, 1 gelas setiap sela 2 jam dan sebagainya mengikut selera dan kreativiti masing-masing
  • Buat check list dan tandakan apabila mencapai piawaian. Yang ini tahap kronik jika tak boleh berdisiplin secara semulajadi. Hehehe
  • Ketika bulan puasa, pastikan antara waktu berbuka dan sahur digunakan dengam optimum utk mencukupkan kuota air. Contoh 2 gelas ketika berbuka, 1 gelas selepas solat magrib, 1 gelas selepas solat isya', 1 gelas selepas terawih dan teruskan hingga waktu bersahur.



Semoga perkongsian ini membawa manfaat!

Selamat mencuba

Love,

Salwa

Salwa Mohd Saleh

A WAHM of 3 boys who wish to be extraordinary.

No comments:

Post a Comment