Assalamualaikum wbt
Beberapa hari yang lepas, saya ada menulis tentang 5 Punca kenapa Wanita gagal hamil. Antara sebab yang dikenal pasti adalah kerana menghidap penyakit Endometriosis atau lebih banyak digelar singkat denga Endo dikalangan wanita Malaysia.
Penyakit ini melibatkan hormon dan seorang yang menghidapinya perlu mengawal dan menjaga pemakanan dalam seharian kerana ianya penting bagi pertahanan tubuh. Pemiliha bahan dan makanan adalah aspek yang sangat penting dalam mengawal penyakit ini dan mengelakkannya dari terus berulang.
Apakah makanan yang sesuai dan di galakkan untuk penghidap Endemetriosis?
Sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak
Sayuran dan buah-buahan mengandungi serat dan pelbagai khasiat penting. Kedua-dua jenis makanan ini juga tidak mengandungi lemak tepu, dan mengandungi nutrien yang setara dengan daging dan ayam.Makanan tenusu rendah lemak
Produk tenusu adalah sesuatu yang baik dan perlu dalam diet. Namun utk pesakit Endometriosis, pastikan produk tenusu yang diambil adalah rendah lemak.
Ini kerana produk tenusu yang mengandungi lemak tepu mampu memberi tekanan kepada hati, dan ini menyebabkan kitaran estrogen berlaku dengan cepat. Ia juga menyebabkan kekejangan otot dan membuatkan gejala endometriosis makin terasa.
Ini kerana produk tenusu yang mengandungi lemak tepu mampu memberi tekanan kepada hati, dan ini menyebabkan kitaran estrogen berlaku dengan cepat. Ia juga menyebabkan kekejangan otot dan membuatkan gejala endometriosis makin terasa.
Makanan tanpa kafein
Penghidap ENdometriosis digalakkan untuk meninggalkan sebarang bentuk makanan yang menandungi kafein seperti kopi dan teh. Jika anda tidak mampu utk meninggalkan terus, berusahalah utk mengurangkannya. Kafein menghalang penyerapan vitamin B, dan ini meningkatkan paras estrogen lantas memburukkan simptom endometriosis.
Mengambil produk organik dan produk yang tidak diubah genetiknya (non-GMO)
Banyak makanan yang dijual masa kini telah di tukar genetik utk tujuan keuntungan. Ada pula yang disuntik dengan hormon atau dibaja dengan bahan kimia. Bukan saja ayam cucuk hormon, malah segala jenis baja kimia dan racun yang digunakan dalam pertanian boleh memberi kesan kepada endometriosis.
Apakah supplement yang sesuai utk pesakit Endometriosis?
- B Complex – Membantu untuk merendahkan paras estogen
- Antioksidan - Membnatu mengurangkan simptom endometriosis
- Ostematrix - Membantu hati untuk metabolisma hormon dengan baik

No comments:
Post a Comment